20 -I'M NOT A MONSTER

1K 60 0
                                    

Aurora/Meisara pov

Buka sahaja kelopak mata, wajah Chloe betul-betul rapat dengan wajah aku. Matanya pula merenung aku tajam.

"Chloe, what's going on? I'm still sleepy right now."aku berkata dengan nada perlahan.

"Wake up, sleeping beauty. Ada bungkusan untuk kau. Aku baru balik jogging lepas tu guard depan tu hulur suruh bagi kat kau."

"Siapa yang bagi?"aku menyoal lalu bingkas menggosok mata yang masih payah untuk dibuka.

"Tak ada tulis pun dari siapa. Tapi benda ni macam pelik je. Bau dia, busuk gila! Kau bukak lah cepat."

Bau busuk menerjah masuk ke dalam rongga pernafasan apabila bungkusan itu dihulurkan tepat kepada aku. What the hell is this?! Aku terus membuka mata sebesar yang boleh lalu mencapai bungkusan tersebut.

Terdapat satu kotak sederhana besar di dalam plastik berkenaan. Kotak tersebut aku keluarkan lalu tanganku segera membukanya. Mata aku terbuntang besar apabila melihat isi di dalam kotak itu.

"Arghhhhh!"aku menjerit lalu kotak tersebut jatuh ke lantai dan isi kotak itu terkeluar darinya.

"Chloe! Bangkai tikus! Siapa yang bagi?!"bentakku kuat seraya mata mula berkaca.

"Oh my god! Bangkai tikus?! Bangsat mana yang main-main dengan kau ni?"

Air mata mula deras menuruni pipi. Ini mesti kerja Leon. Aku cukup kenal dengan dia. Dia akan ganggu hidup aku. Tujuan utama dia adalah untuk membunuh aku.

Chloe bingkas mendekati aku lalu memeluk tubuh aku erat.

"Aurora, kau tak boleh menangis. Aku ada dengan kau."pujuk Chloe seraya tangannya menepuk belakang badan aku perlahan.

Pandangan mata semakin kabur dek kerana air mata bergenang di tubir mata. Sabar, Aurora. Kau tak boleh seperti ini. Pandangan kabur terus bertukar gelap gelita secara tiba-tiba. Namun telinga masih dapat menangkap suara Chloe memanggil nama aku beberapa kali.

"Aurora, hey, Aurora. Wake up!"

***

Apa yang basah-basah ni? Aku berpeluh? Kelopak mata aku buka. Chloe sedang merenjis air ke wajah aku. Aku memandang Chloe hairan, what the hell are you doing?

"Girl, stop!"aku menjerit perlahan lalu bingkas duduk di atas katil.

"Baguslah kau dah bangun! Puas aku kejut kau, Aurora."

"Apa berlaku dengan aku? Maksud aku, Aurora, apa yang berlaku dengan dia?"

"Kau pengsan, idiot! Sebab bangkai tikus tu! Dan sudah dua kali aku kejut kau hari ni."Chloe mula membebel sambil bercekak pinggang.

"Eh wait! Kau cakap apa tadi?"sambungnya lagi.

Aku memutar bebola mata,"Thats right, aku Meisara. Aurora pengsan, huh? The heck! Sebabkan bangkai tikus?!"

"Kau Meisara. Okay, baiklah. Dan sekarang aku tak tahu nak buat apa. Mungkin aku patut bersiap ke kelas."Chloe berkata dengan tangannya yang sedang menekup mulutnya rapat. Kakinya diundurkan perlahan dan menuju ke arah katilnya.

"Hold on, kau kenapa? I'm not a monster. Kenapa kau perlu takut sampai macam ni. Tell me, what exactly happened to Aurora?"

Chloe menghela nafas lemah,"Fine. Leon Thompson hantar bungkusan tadi. Dan dalam tu ada bangkai tikus."

"That old man! Bila dia nak mati? Apa lagi dia buat?"soalku seraya mata memandang Chloe tajam. Cadar katil pula menjadi mangsa genggaman tangan aku.

"Dia hampir membunuh Aurora tempoh hari. Tapi tak berjaya sebab Tyler datang bantu kami."

"Damn. Kau tahu Leon di mana?"

Chloe menggeleng perlahan lalu melangkah ke almarinya.

"Kau nak ke mana?"aku bertanya lagi.

"Kelas. Kau macam mana? Nak skip kelas Aurora?"Chloe memandang aku seraya tangannya mencapai baju yang tergantung di dalam almari tersebut.

"Aku kena pergi juga. Kau pun tahu Cruz bagaimana."jawabku lalu bingkas bangun daripada katil.

Tuala di bahagian penyangkut aku capai seraya kaki terus melangkah ke bilik air.

***

"Meisara, aku rasa pakaian kau ni tak sesuai lah. Macam bukan Aurora je."kata Chloe sambil memandang aku dari atas hingga ke bawah.

"Aku memang bukan Aurora sekarang ni. Tapi kira okay lah aku tak pakai sebarang solekan. Kau pula, waktu kali pertama jumpa aku, kau tak perasan kan itu bukan Aurora? Jadi apa masalahnya?"

"Baiklah. Aku faham. Sorry."tutur Chloe perlahan. Aku dan Chloe terus melangkah bersama ke kolej.

"Aurora!"

Tiba sahaja di perkarangan Avondale, seseorang memanggil nama Aurora. Aku segera menoleh. Evan? Dia dan Aurora masih bersama? Like seriously?! Look at his smile. Macam tiada apa yang berlaku. Jadi rancangan aku tempoh hari telah gagal? Damn.

"Evan, ini bukan..."

"Hi, Evan."aku segera memintas percakapan Chloe seraya tangan mencubit pinggangnya.

"Pasal hari tu, aku nak minta maaf. Aku tak patut desak kau, Aurora."ucap Evan.

"Oh pasal tu? Tak apa. Aku dah lupakan dah."balasku lalu memaut lengan Evan.

"Jom lah masuk dalam."sambungku seraya memandang Chloe. Jari telunjuk aku letakkan di bibirku untuk menyuruh Chloe tidak membuka mulut.

Shhh, Chloe. Aku nak teruskan rancangan kedua aku. Jangan berani-berani kau nak masuk campur.

***

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now