48 -SHE LOOKS FINE

859 45 0
                                    

Evan pov

Kelopak mata aku buka kecil, gadis berambut blonde berdiri sambil menghadap seorang lelaki.

"Mei..."aku memanggil dengan suara lemah.

Meisara menoleh.

"Tolong pergi dari sini. Tinggalkan aku, aku nak Aurora dan kau selamat. Go." sambungku.

"Kau bodoh atau apa? I can't leave you."

"Guys, sudahlah. Berhenti concern each other. Kau dan dia akan mati juga hari ni." celah Leon lalu menghampiri Meisara.

Tangan Meisara dia capai lalu dia menarik Meisara ke ruangan sebelah. Chloe juga turut melangkah mengikuti mereka.

"Lepaskan aku! Lepas! Sakitlah!"jerit Meisara.

"Leon..."aku memanggil dengan nada tinggi namun aku ditinggalkan keseorangan. Aku cuba untuk melepaskan diri tapi daya tenaga aku sudah kehabisan. Badan aku masih terasa bisa dipukul oleh Leon sebentar tadi.

"Meisara!"aku memanggil lagi namun tiada sahutan.

"Evan! Apa dah jadi dengan kau?"

Aku mengalihkan lirikkan mata ke arah seseorang yang datang menghampiri aku. Thanks god, kau datang ke sini, Tyler.

"Leon bawa Meisara. Cepat lepaskan aku!" arahku.

"Meisara? Who the hell is she?"soal Tyler sambil mengerutkan dahi.

"Stop asking, idiot. Cepat lepaskan ikatan aku."

Tyler segera cuba merungkai ikatan di tangan aku.

"But, mana Aurora? And who's Meisara?"

Ikatan terlepas. Tyler segera membantu aku untuk berdiri.

"Meisara adalah Aurora."balasku lalu aku dan Tyler segera menapak ke ruangan di mana Leon membawa Meisara.

"What?!"

"Slow your voice, idiot! Mana Cruz dan John?"

"Mereka on the way dengan bantuan."

Aku dan Tyler menyelusup naik ke tingkat atas.

BANGG!

Kedengaran bunyi tembakan dilepaskan. No! Tak mungkin Meisara kena tembak?! Aku segera berlari dan masuk ke dalam sebuah bilik.

Gadis berambut hitam terbaring di atas lantai. Darah turut mengalir di bawah perutnya.

"Babe! Chloe!"Tyler menghampiri Chloe lalu meletakkan kepala Chloe dipehanya.

Meisara pula terduduk di lantai dan kepalanya diacukan pistol oleh Leon. What happened? Leon tembak Chloe?

"Leon, tolonglah lepaskan Meisara. Lepaskan dia."aku merayu.

Leon tersengih sinis. Meisara segera berdiri dan menggenggam pistol yang dipegang Leon. Dia cuba bergelut untuk mendapatkan pistol itu.

"Mei! Jangan jadi bodoh!"aku berkata dengan nada tinggi.

BANG BANGG!

Dua peluru dilepaskan ke atas.

"Challenging me will be your last mistake, Leon!"Meisara berkata lalu berjaya merampas pistol berkenaan. Pistol diacukan ke arah Leon tepat.

"Mei. Kau tak boleh bunuh dia! Nanti kau dan Aurora..."

"Aku dah tak boleh tahan, Evan. This old bastard! I need to kill him."

Leon mengundur perlahan ke belakang sehingga ke beranda.

"Mei. Fikirlah pasal Aurora. Kalau kau bunuh dia, kau dan Aurora pun akan mati."aku cuba menenangkan emosi amarah Meisara.

"What the hell are you guys talking? Chloe tak sedarkan diri, idiot!"Tyler menjerit tidak berpuas hati.

"Let that bitch die."balas Meisara.

"Please Mei. Jangan bunuh aku! Aku takkan ganggu kau lagi."rayu Leon.

"Boleh pergi mati rayuan kau tu!"

BANG!

Peluru dilepaskan lalu terkena tepat ke peha Leon. Tubuh Leon melayang ke belakang dan dia terjatuh dari beranda.

"You killed him!"jerit Tyler. Aku tergamam selepas menyaksikan apa yang Meisara lakukan.

"No! Dia tak boleh mati di tangan kau, Mei!"aku menjerit lalu berlari ke beranda. Leon sudah terbaring di bawah.

"Aku lakukan semua ini untuk Aurora. Dendam Aurora sudah terbalas..."kata Meisara sebelum dia jatuh tidak sedarkan diri.

"Mei!"

***

KLAKK.

Aku memerhati gerangan yang masuk ke dalam setelah pintu dibuka. Cruz menapak masuk untuk melawat aku di sini. Oh yaa, aku sudah tiga hari dirawat di hospital. Aurora juga turut ada di sini, tapi dia berada di wad lain. Dia masih tidak sedarkan diri.

Leon, mati selepas jatuh dari beranda tempoh hari. Chloe pula dibawah kawalan polis sementara dia dirawat selepas ditembak sewaktu kejadian.

"So kau macam mana hari ni?"Cruz menyoal.

"Aku okay. Aurora macam mana? Dia dah sedar?"

Cruz menggeleng. Aku mengeluh lemah.

"Aurora cuma tak sedarkan diri. Dia tak ada luka luaran atau dalaman. She looks fine."

"Tapi dia bunuh Leon, kan? Dia tak boleh bunuh orang."

"Leon mati bukan sebab Meisara. Leon mati sebab jatuh dari beranda. Tembakan Mei hari tu pun cuma luka yang tak akan membawa maut, Evan."

"Habis, kenapa dia tak sedarkan diri?"

"I don't know. Maybe she need some rest. Mungkin dia penat."

Silly, Aurora. Aku sudah pesan dan suruh kau tinggalkan aku.

"Tapi aku sampai ke hari ni masih lagi tak boleh masuk melawat dia. Aku cuma boleh lihat keadaan dia dari luar tingkap sahaja."

"What? Kenapa pula?"

"Doktor yang rawat dia tak benarkan sesiapa masuk ke dalam."

What happened to her actually?

***

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now