35 -THE BEST FRIENDSHIP EVER

949 52 1
                                    

Aurora/Meisara pov

Hari ini adalah hari yang barmakna buat aku. Dalam beberapa minit sahaja lagi, aku akan menjadi tunang kepada Evan Alexander.

Aku membetulkan dress labuh sambil melihat pantulan diri aku di cermin besar. Am I pretty? Rambut blonde aku disimpul kemas ke belakang. Solekan aku juga tidak terlalu heavy. Just sweet like the colour of my dress.

"Kau sudah cantik, Aurora."

Aku segera menoleh ke belakang apabila ada suara berkata. Chloe?

"Evan minta aku panggil kau turun ke bawah. Semua tetamu ingin berjumpa dengan bakal tunang kepada Evan Alexander."

Hold yourself, Aurora. Dia tak akan buat apa-apa kepada kau. Aku tahu dia tak akan berani.

"Oh really? Lets go then."

Aku menyimpul senyuman lalu berjalan perlahan. Aku dan Chloe melangkah keluar daripada bilik. Aku menjeling Chloe di sebelah. She looks fine, seperti selalu.

Tangga kami turuni perlahan. Aku sudah dapat melihat betapa meriahnya majlis malam ni. Ramainya! Mereka semua mula terdiam dan memandang ke arah kami.

Aku dapat rasakan muka aku sudah bertukar merah. Telinga aku terasa bahang. Aku mencari kelibat Evan. Mana kau? Lantas aku terpandang Evan yang bersuit hitam berjalan perlahan ke arah tangga sambil tersenyum.

Evan menghulur tangannya kepada aku. Aku pantas menyambut tangannya.

"Ramainya. Aku malu, Evan."aku berkata dengan nada membisik. Evan menyimpul senyuman. Aku memandang dia dengan reaksi tidak berpuas hati. Itu senyuman mengejek atau apa? Gosh, this man.

"I'm here. Kau tak perlu malu. By the way, kau siapa?"

What the hell? Aku siapa?

"Copppp! Aku tahu kau siapa, bidadari dari syurga, kan? Sebab kau terlalu cantik malam ni."Evan membalas lalu mengenyitkan matanya selepas puas memuji.

Stop it. I'm blushing, idiot. Aku memaut lengannya lalu kami berjalan beriringan bersama. Semua tetamu tersenyum memandang aku dan Evan. Ada yang mengucapkan tahniah dan ada juga gadis-gadis menarik muka masam kepada kami. Yaaa, I knew they likes Evan.

Pandangan mata mereka tu nak tembus pandang aku macam tu. What ever, girl. He's mine now. Aku dan Evan berdiri di hadapan para tetamu. Semua orang tersenyum memandang kami berdua. Aku menelan air liur lalu mengukir senyuman lebar.

"Terima kasih kepada yang sanggup datang ke majlis malam ini. So this is my son, Evan Alexander and his girlfriend, Aurora Rose. Sebagai bapa, saya telah menyatakan hasrat saya untuk menyuruh mereka bertunang. Saya dengan besar hati telah menerima Aurora yang tidak lama lagi akan masuk ke dalam keluarga Alexander. What can I see here, anak lelaki saya sangat mencintai Aurora dan saya dapat lihat ketulusan cinta Evan sama seperti cinta saya kepada ibu Evan dahulu. Jadi marilah kita mulakan acara pertunangan mereka." Encik Alexander memberi ucapan sebelum acara dimulakan.

Aku dan Evan menghadap antara satu sama lain. Evan mengambil kotak cincin yang ada di atas meja tinggi ini lalu dibuka perlahan. Aku tergamam apabila melihat sepasang cincin yang ada di dalam kotak cincin itu. So beautiful!

Just like a couple rings

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Just like a couple rings. Evan menyarungkan satu cincin ke jari manis aku.

"Looks great on your finger."tutur Evan.

Aku mengukir senyuman lalu aku mengambil cincin lagi satu. Cincin itu aku sarungkan ke jari Evan. Oh my god, we already engaged! Tepukan para tetamu memecah suasana sunyi.

"Congrats buddy!"Tyler menjerit perlahan. Aku dan Evan berpelukan seketika.

"Kau tak mahu cium aku?"Evan membisik ke telinga aku.

"Silly."aku membalas lalu melepaskan pelukan kami. Kami membalas pandangan antara satu sama lain lalu Evan merapatkan wajahnya ke wajah aku.

And you know what will happen, guys.

***

Aku dan Evan berjalan beriringan serta tangan aku memaut lengannya. Semua yang hadir tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada kami.

"Evan, Aurora."

Aku menoleh dan memandang Olivia yang mengenakan dress biru muda.

"Oliv."Evan bersuara.

"Congrats to both of you."ucap Olivia.

"Jom ikut kami keluar sebentar? We need to talk, Oliv."kata Evan lalu kami beriringan keluar dari dalam rumah. Olivia tanpa sebarang kata hanya mengikuti dari belakang.

Tiba sahaja di perkarangan rumah, Evan menghentikan langkah kakinya.

"Olivia, aku nak kau jujur dengan aku."

"Jujur? Pasal apa?"

"Pasal kau. Kau yakin keputusan test Hiv kau bulan lepas 100% negatif?"

Olivia seakan tersentak setelah mendengar pertanyaan Evan. Dia sedaya upaya mengawal reaksi mukanya.

"Evan, apa kau cakap ni? Kan aku dah cakap hari tu aku tiada Hiv."

"You lying. Aku tahu kau tipu. Kondom takkan halang jangkitan itu berlaku, Oliv."

Olivia menghela nafas panjang.

"That's right. Aku penghidap Hiv."Olivia membalas.

"Apa Oliv? Kau penghidap Hiv?"

Kami bertiga segera menoleh ke arah suara yang menegur. Tyler dengan muka ketatnya berjalan perlahan ke arah kami.

"Tyler."ucap Olivia seraya menutup mulutnya.

"Dan kau tipu kami hari tu? Kan aku dah cakap aku tak mahu semua kawan aku mati? Kenapa kau tipu?!"Tyler mula berang. Evan segera menghampiri Tyler dan menahan dia dari menghampiri Olivia.

Olivia terdiam di situ. Aku berjalan perlahan menghampirinya untuk menenangkannya.

"Aku ada duit lah nak buat korang semua sembuh. Aku dah tak ada sesiapa dalam dunia ni, Oliv. Aku ada korang je. Tapi kenapa kau tipu?!"

Olivia menangis tersedu sedan. Tyler meraup rambutnya kasar. Aku pula terdiam setelah melihat apa yang berlaku. Mereka seperti adik-beradik. Always care of each other. All I can say here, this is the best friendship ever.

***

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now