13 -WHAT SHOULD I DO NOW?

1.2K 73 3
                                    

Aurora/Meisara pov

Kau muncul semula, Leon. Dan kali ni aku akan pastikan aku akan bunuh kau. Smartphone milik Aurora aku genggam kemas. I'm back, too, Aurora. Sudah lama aku tidak munculkan diri. Apa yang berlaku sebenarnya?

Aku membuka mesej yang berada di dalam smartphone Aurora. Ada satu nama pengirim mesej yang membuatkan aku tertarik. Evan?

Aku membaca isi mesej berkenaan. Senyuman sinis terukir di bibir. Jadi mereka berdua sudah bersama? Dan mereka berdua mahu hapuskan aku? Interesting. Nice, Aurora.

Kau sepatutnya berterima kasih dengan aku. Kerana selama ni aku yang backing kau. Aku yang pertahankan kau. Dan sekarang kau nak hapuskan aku? Geez. Kau tak reti berterima kasih. Aku pun boleh hancurkan hubungan kau, Aurora. Kau tunggu.

Daun pintu terbuka. Seorang gadis berambut coklat masuk ke dalam sambil memandang aku.

"Kenapa Aurora? Muka kau macam marah semacam je?"soal Chloe.

Aku terus mengukir senyuman yang paling manis sekali. Maybe, aku perlu menyamar sebagai Aurora. Yaa maybe.

"Tak ada apa. Bilik ni macam panas semacam. Kau dari mana?"

Chloe menaikkan kening kanannya lalu duduk di atas katilnya.

"Kan tadi pagi aku dah bagi tahu kau. Aku ke taman, jogging. Kau tak sedar ke aku jerit kat telinga kau pagi tadi?"

"Maaf. Aku tak sedar."aku menjawab sambil tertunduk malu. Thats right, Meisara. Kau kena jawab dengan lemah lembut seperti Aurora.

"Kau bukan ada date ke dengan Evan kejap lagi? Dan kau masih tak bersiap?"Chloe bertanya dengan nada hairan.

Date? Mereka ada date, huh? Inilah masanya, Meisara. Inilah peluang kau.

"Habislah aku! Jam smartphone aku lewat satu jam. Aku terlambat. Macam mana ni, Chloe? Evan dah sampai ke?"

"Calm down, Aurora. Kau dah mandi, kan? Biar aku tolong kau bersiap."

Aku pantas angguk laju lalu berjalan ke arah almari. Pintu almari aku buka besar dan membelek baju satu persatu. Aku kena pilih baju yang kena dengan citarasa Aurora, kan? Semua baju dia berwarna-warni! I hate all that colours. Gosh.

"Aku rasa mini dress pink tu sesuai dengan kau, Aurora."cadang Chloe.

Pink? Seriously?! Damn. Aku mengambil mini dress pink yang tersangkut di dalam almari.

"Err, Chloe. Tak terlalu menyerlah ke warna ni?"

"Okay je aku tengok. Sesuai lah dengan kau. Mesti Evan terpukau. Percayalah cakap aku."

I don't want to wear this ugly dress! Urgh. Aku hanya perlukan tshirt hitam dan jeans hitam sahaja. Aku tak perlukan baju ini.

"Nanti jangan kau bercium pula dengan Evan. Tak memasal Meisara muncul."tambah Chloe lagi.

Wait! Apa maksud dia?

"Eh! Aku silap. Kau yang akan kembali muncul bila Meisara bercium dengan Evan. Aku tertukar antara kau dan Meisara. Tapi pelikkan, Meisara sudah lama tak muncul?"

Aku hanya diam membisu. Jadi kalau aku dan Evan bercium, aku akan bertukar personaliti dengan Aurora kembali? Jadi aku tak boleh bercium dengan Evan? Wow. What a nightmare!

"Mungkin sebab Evan bersama kau. Ye lah, Evan kan penawar penyakit kau. Your treasure! Lucky you, Aurora."sambung Chloe tanpa menyedari kebisuan aku dari tadi.

Aku bagaikan terkena panah petir seketika selepas mendengar apa yang Chloe katakan. Evan penawar? Was that true? Setelah menukar pakaian, aku menoleh ke belakang lalu memandang Chloe tajam. Kaki menapak ke katil untuk melabuhkan punggung di situ.

"Kau rasa betul ke Evan tu penawar Au... Aku?"

"Betul lah. Itu yang Cruz katakan, bukan? Your life just same like fairytales, Aurora. Semua bergantung kepada cinta sejati. Aku semakin cemburu dengan kisah hidup kau, Mrs Alexander."

Cinta sejati? What the hell?! Pfft. Jadi dalam cerita ni, aku lah si ahli sihir. Hahaha. Let's do it, then Aurora. I don't enjoy losing games either. Aku akan pastikan niat kau nak hapuskan aku tak berjaya.

***

Aku keluar dari pintu asrama Avondale dengan langkah berterabur. Aku dipaksa memakai high heels! Puas aku menolak, namun Chloe tetap berkata "Aurora, kau kena kelihatan ayu dan menggoda. Ini first date kau, kan?"

Kata-kata Chloe terulang berkali-kali di dalam fikiran. Apa kejadah kena pakai dress masa first date? Colour pink pulak tu!

Aku membetulkan dress yang tersarung di tubuh lalu tangan disilangkan ke dada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku membetulkan dress yang tersarung di tubuh lalu tangan disilangkan ke dada. Ini adalah kali pertama dan kali terakhir aku pakai benda ni semua! Kali terakhir, Meisara.

"Aurora? You look so beautiful."

Aku mengangkat muka lalu memandang Evan yang sedang ternganga merenung aku. Bola mata diputar. Relaks, Meisara. Tenangkan diri kau dan senyum. Senyum manis seperti Aurora. Just smile!

"Hahaha. Terima kasih."aku membalas lalu memberi senyuman lebar. Kaki melangkah perlahan mendekati Evan. Kasut tumit tinggi ini mula tidak stabil atau aku tersilap langkah? Aku hampir terjatuh namun Evan pantas bertindak. Tangannya memaut pinggang aku.

Aku segera memandang wajahnya. He looks at me right now. Segera terimbas kata-kata Chloe di fikiran "Kau yang akan kembali muncul bila Meisara bercium dengan Evan."

Evan mula mendekatkan wajah kami. No, no! Not this time. Kau tak boleh cium dia, Meisara. Aku terus menolak dada Evan perlahan dan bingkas berdiri semula. Evan kelihatan terkejut dan memandang aku hairan. Damn. What should I do now?


***

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now