19 -AM I IN LOVE WITH HIM?

1.2K 63 0
                                    

Chloe pov

Kaki melangkah perlahan ke wad Tyler. Tombol pintu dipulas lalu daun pintu terbuka. Kelihatan Tyler sedang termenung memandang ke arah tingkap. Kehadiran aku membuat dia tersentak.

"Hey."tegurku lalu aku menapak masuk ke dalam. Tyler membalas teguran aku dengan senyuman manis darinya.

"Kau macam mana hari ni?"aku menyoal lalu melabuhkan punggung di kerusi sebelah katilnya.

"Macam biasa lah. Bosan sendirian kat sini. Bila aku boleh keluar dari sini?"jawab Tyler lalu membetulkan bantal yang menjadi penyandar belakangnya.

"Mungkin lagi sehari dua."

"Sehari dua? Aku dah bosan di sini. Dan aku kesian pula dengan kau asyik ke sini setiap hari."

"Dah menjadi kewajipan aku sebagai kawan kau, Tyler."jawabku lalu mencapai remote air-cond. Suhu dinaikkan agar tidak terlalu sejuk.

"Kawan? Tapi cara kau tak macam kawan, Chloe."Tyler menjawab lalu matanya tertacap kepada aku.

Aku terdiam. Hujung baju menjadi mangsa pintalan jariku.

"Chloe?"Tyler memanggil. Aku segera mengalihkan pandangan kepadanya.

"Kau cintakan aku, kan?"sambungnya lalu mengukir senyuman sinis.

Cinta? Sudah tentu jawapannya adalah tidak. Aku cuma risaukan kau sebagai sahabat sahaja.

"Eh apa kau merepek ni. Stop all of this nonsense, Tyler."

"Jadi kenapa kau ke sini? Sekarang sudah lewat petang, Chloe. Kau nak bermalam di sini?"

"Kita ada class tengahari sebab tu aku sampai lewat. Bermalam? No way! Aku akan pulang sekejap lagi."

"Tak boleh. Aku tak benarkan kau pulang. Bahaya. Lagi pun kau sendirian, dah lupa ke kejadian tempoh hari? Jadi kau kena bermalam di sini."

"Esok aku ada class pagi, Tyler. Jadi..."

"Skip that class."

"Tyler!"

"Aku tak peduli. Kau kena bermalam di sini. Jadi mahu tidur kat sofa sana atau sebelah aku?"

"No!"

Tyler mula tertawa terbahak-bahak. Tiba-tiba mukanya berkerut seperti menahan kesakitan.

"Hey, kenapa?"aku bingkas merapatinya.

"Sakit..."rintih Tyler.

"A..aku panggilkan doktor. Tunggu di sini."aku segera memusingkan badan untuk melangkah ke arah pintu namun tangan aku disambar Tyler pantas.

"Gotchuuu! Look at you, Chloe. Kau risaukan aku sampai seperti ini?"kata Tyler lalu sambung ketawa terbahak-bahak.

Muka aku bertukar merah padam. Terasa darah laju naik ke kepala. Dia tipu aku?

"Aku cuma rasa tak selesa bila ketawa. Rasa ngilu di bahagian jahitan luka ini sahaja. Just admit it, Chloe. Kau risaukan aku sebab kau cintakan aku, kan? Kan?"

Am I in love with him? Of course not, ya dummy!

"Nonsense. Aku nak balik!"

"Wait, Chloe. Aku gurau je lah. Kejap, aku call Evan untuk ambil kau di sini. Kau tak perlu balik sendiri. Jadi, tunggu di sini."

Aku memutarkan bebola mata. Tyler masih lagi dengan perangai nakalnya. Tyler still the same person.

***

Majalah di atas meja aku ambil dan selak satu persatu. Sesekali aku mengerling Tyler yang sedang duduk bersandar di atas katil dengan matanya juga tertacap kepada aku.

Mana Evan ni? Sudah 30 minit aku menunggu. Daun pintu dibuka dari luar kedengaran, aku segera menoleh ke arah pintu tersebut. Evan masuk ke dalam lalu bersalaman dengan sahabatnya, Tyler.

"Kau bila nak keluar ni? Aku tengok macam dah sihat."

"Entah lah, aku tunggu keputusan dari doktor. Kalau boleh nak aje aku lari balik rumah."

Aku segera menunjukkan buku lima kepada Tyler. Beraninya dia ni. Tyler terus tersengih sinis.

"Tapi tak berani lah aku, habis kena telan dengan mak singa nanti."

"Hahaha. Siapa? Chloe?"soal Evan lalu memandang aku lalu memandang Tyler semula.

Tyler menaikkan kedua bahunya serentak seraya bibir bawahnya dijuihkan. Kau memang nak kena, Tyler!

"Aku tunggu kat bawah lah, Evan. Kau jangan lama sangat layan dia tu. Nanti telinga kau berbulu macam aku."aku berkata lalu bingkas melangkah ke arah pintu.

"Aku pergi dulu lah, bro. Jaga diri. Malam-malam ada hantu."balas Evan kepada Tyler.

"Shut up, ya bullshit. Just go."

Aku memulas tombol pintu lalu membuka pintu tersebut. Kaki melangkah keluar diikuti Evan di belakang.

"Maaflah menyusahkan kau. Aku dah cakap dah nak balik sendiri, tapi kau tahu jelah kan perangai kawan kau tu."

"Tak apa, aku tak kesah. Tu tandanya Tyler sayangkan kau, Chloe. Dia ambil berat pasal diri kau."

Tapi dia suka kenakan orang, Evan. Aku pun tak faham, tak sedar diri tu sakit tapi masih nakal.

Kami tiba di hadapan lift. Evan segera menekan punat lift. Pintu lift terbuka selepas beberapa saat, lalu kami masuk bersama ke dalam lift.

Pintu lift tertutup kembali selepas punat ditekan. Suasana di dalam lift terasa sepi kerana ada aku dan Evan sahaja. Say something, Chloe. I dont like this situation, it's too awkward!

"Chloe, Aurora ada cerita apa-apa dekat kau?"Evan tiba-tiba bersuara.

Pintu lift terbuka apabila tiba di tingkat 1. Kami segera melangkah keluar.

"Cakap pasal apa, ye? Macam tak ada. Kenapa kau tanya?"

Evan menggaru belakang lehernya. Kami melangkah ke arah kereta Evan yang elok diparkir di parking lot. Evan segera menekan button lock, lalu lampu hadapan keretanya berkelip.

Kami masuk ke dalam kereta. Pintu ditutup. Evan menghidupkan enjin lalu bersandar di seatnya.

"Aku rasa ada sesuatu tak kena dengan Aurora. Ada benda yang dia rahsiakan dari aku. Dan hal itu ada kena mengena dengan Cruz."jelas Evan.

Aku memutar kembali penjelasan Evan di dalam kepala. Persoalan demi persoalan mula timbul. Apa yang Aurora rahsiakan? Cruz? Pasal penyakit dia, ke?

"Aku tak tahu, Evan. Aku rasa kalau ada kena mengena dengan Cruz, pasti pasal penyakit dia. Aku rasa kau perlu tanya Aurora sendiri ataupun tanya kepada Cruz. Tapi seeloknya kau percaya dengan Aurora. Aku tahu apa yang dia rancang semua untuk kebaikkan kita."

"Mungkin benar kata kau. Aku harus percaya dengan Aurora. Untuk apa teruskan sesebuah hubungan jika tidak percaya dengan pasangan kita sendiri? Aku kena minta maaf dengan Aurora."

"Well done. Aku sokong apa yang kau fikir sekarang."balas Chloe.

***

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now