2 -I'M NOT JOKING AROUND, AURORA

2.7K 162 2
                                    

Aurora/Meisara pov

Luggage dibawa masuk setelah aku tiba di bilik 5 asrama Avondale College. Aku telah berjanji dengan Aunty Sierra bahawa aku akan menjaga diri dan cuba untuk kawal diri daripada menangis. Kerana apa? Menangis adalah penyebab utama Meisara akan muncul. Meisara akan muncul apabila aku menangis. Aku mampu mengawalnya. Cruz juga akan memantau aku di sini.

Bilik ini mempunyai dua katil, jadi bermakna aku akan mempunyai teman sebilik. Hm aku akan dapat kawan baru di sini. Harap sahaja orang itu akan memahami dan menerima penyakit aku ini. Aku menghampiri katil kosong di sebelah kanan. Ini katil aku agaknya, katil yang lagi satu agak sedikit bersepah, jadi sudah pasti katil itu sudah bertuan.

Aku melabuhkan punggung di kerusi meja belajar. Petang nanti aku harus ke Kolej untuk masuk ke kelas pertama aku. Aku bukanlah pelajar junior, sebenarnya aku adalah pelajar pindahan dari kolej lain. Aku sudah di semester 3 sekarang ini. Jadi aku tidak perlu mengikuti program orientasi Kolej.

Aku membuka luggage dan mengeluarkan cadar katil. Katil dan bantal dikibas terlebih dahulu. Namun tiada habuk yang beterbangan, mungkin teman sebilik aku rajin mengemas bilik ini. I'm lucky, tho.

Katil dan bantal segera aku sarungkan dengan cadar. Setelah selesai, aku meletakkan luggage ke dalam almari. All right, jadi apa yang aku mahu lakukan sekarang? Maybe aku boleh berjalan-jalan di Avondale. Aku masih baharu di sini, jadi tidak salah bukan?

Aku mencapai beg sandang dan kunci bilik di atas meja. Aku keluar dari bilik seraya punat tombol pintu ditekan. Pintu ditutup rapat. Aku jalan melalui koridor dan terus menuruni tangga asrama ini.

Asrama Avondale dan Kolej tidaklah jauh mana. Hanya beberapa puluh meter sahaja. Jadi senanglah aku mahu ulang alik ke Asrama dan ke Kolej.

Aku mengeluarkan map Avondale yang berada di dalam beg. This thing very important to me right now. Jika hilang, pasti aku akan sesat. Sebab aku tak biasa lagi di sini.

Maybe I should find my class first. So ada 6 dewan kuliah di Avondale. Petang ni aku harus ke dewan kuliah 3.

Aku masuk ke dalam perkarangan Avondale. Lirikan mata aku beralih ke arah beberapa orang lelaki yang sedang melepak di sebuah bangku. Mata aku kembali ke tanah apabila mereka mula memandang ke arah aku. And the worst thing is aku kena lalu di sebelah mereka. Gosh.

Kaki menapak perlahan seraya mata memandang ke bawah. Aku semakin mendekati mereka dan telinga aku dapat menangkap perbualan dan gelakkan mereka.

"Hey blonde girl, aku tak pernah nampak kau pun di sini? Kau pelajar baru?"tegur seseorang seraya tangannya mula menyambar lenganku. Kaki aku terhenti lalu kepala diangkat perlahan dan memandang lelaki bersubang di telinga itu. Aku tidak dapat memandang matanya kerana kaca mata hitam melindungi matanya.

"Gosh. Your eyes are damn beautiful as heck! Guys, mari sini lihat this girl's blue eyes."tambahnya lagi seraya memanggil dua lagi rakannya yang masih duduk di bangku itu.

"Lemme go." aku mula menarik lenganku namun rentapannya semakin kuat dan aku tidak dapat lepaskan diri.

"Let her go, Tyler."kata salah seorang rakannya yang berambut berwarna coklat itu.

"No way, Evan. I like to tease her. She's cute, tho."

Jadi lelaki yang bersubang di telinga ini bernama Tyler dan lelaki yang menegurnya adalah Evan.

"Lepaskan tangan dia, Tyler. Boleh tak kau berhenti kacau perempuan di sini?"kata seorang gadis yang muncul entah dari mana. Tangan aku direntap kuat oleh gadis itu. Pegangan Tyler terlepas juga. Thanks to her.

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now