21 -WHO ARE YOU?

1K 54 0
                                    

Aurora/Meisara pov

Sandwich telur aku suap masuk ke dalam mulut seraya mata tertacap kepada Evan yang sedang menikmati hamburger miliknya.

"Aurora, aku nak pergi hospital melawat Tyler. Kau nak stay dengan Evan, kan?"Chloe menyoal.

Aku segera memandang Chloe di sebelah. Ini adalah peluang terbaik aku. Thanks, Chloe!

"All right. Pergilah."aku menjawab ringkas lalu menyimpul senyuman kepada Chloe.

"Eh, nanti aku pun nak gerak pergi sana juga. Sekali je lah dengan aku."Evan mencelah.

No. Tak boleh!

"Err, tak apa lah. Aku pergi dulu. Kau borak lah dulu dengan Aurora. Aku tak mahu ganggu korang. Okay, gerak dulu. Bye."kata Chloe lalu melangkah pergi.

Good job, Chloe. Macam mana kau boleh faham apa yang aku fikirkan? Aku rasa kau boleh jadi geng aku sekarang.

"Aku rasa Chloe cintakan Tyler. Kau tak rasa macam tu ke?"Evan menyoal lalu menyedut air coke miliknya.

"Mungkin. Chloe memang seorang yang baik hati, dan aku harap Tyler juga begitu."

Aku membalas lalu menyimpul senyuman. Yes, Meisara! Smile like that! Kau tak boleh gagalkan rancangan kau apabila Evan tahu kau adalah Meisara. So keep smile.

"Evan."

Evan menoleh ke belakang apabila mendengar suara menegur. Aku juga mengangkat wajah dan memandang pemilik suara halus itu. Seorang gadis cantik terus melabuhkan punggungnya di sebelah Evan. Senyuman halus tidak lepas dari bibirnya.

Siapa dia ni? Aku memandang wajah dia lalu jatuh ke pakaiannya pula. Siapa gadis cantik ni? Dia rapat dengan Evan?

"Hai, Olivia. Kau dah makan?"Evan menyoal.

"Aku macam biasalah, diet."jawab gadis bernama Olivia itu.

Diet? Kau nak kurus macam mana lagi? Macam tiang besi ke? Aku memutar bebola mata.

"Girl's problem. Kau dah cantik dah, Oliv. Tak perlulah nak diet lagi."balas Evan.

Hello? Aku tunggul ke di sini? Macam mana dia ni boleh rapat dengan Evan?

"What ever, Evan. Oh ya, bagaimana keadaan Tyler? Aku tak sempat nak melawat dia."soal Olivia.

"Dia okay je, mungkin esok atau lusa dia dah boleh keluar dari hospital."

Olivia angguk perlahan tanda faham. Apa lah perasaan Aurora jika dia ada di tempat aku sekarang? Perempuan ni rapat semacam dengan boyfriend dia! The hell?

Tiba-tiba aku mendapat akal. Mungkin aku boleh gunakan Olivia untuk pisahkan Evan dan Aurora. Kau bijak, Meisara! Brilliant!

Olivia merapatkan tangannya lalu mengesat sisa sos di tepi bibir Evan. Wow! Dia ni pun boleh tahan! Aku tak perlu lagi nak bertindak lebih kerana dia sudah bertindak dahulu.

"Put your hand down, girl!"aku menengking seraya berdiri. Olivia dan Evan tersentak lalu memandang aku.

"Aurora. Kau kenapa?"Evan menyoal tanpa rasa serba salah.

"Aku tak suka perempuan lain sentuh kau."

"Aurora, aku dan Evan..."

"Diam! Aku tak nak dengar penjelasan kau." aku segera memintas penjelasan Olivia lalu mencapai beg sandang. Jelingan tajam sempat aku lontarkan kepada mereka berdua sebelum aku melangkah pergi dari situ.

"Aurora!"

Aku tidak mengendahkan panggilan Evan dan terus berjalan laju. Yes! You did it, Meisara. Hal Evan sudah selesai, dan sekarang hal Leon pula. Orang tua yang patut mati 10 tahun lalu tu memang cari nahas.

***

Suasana terasa sunyi setelah aku tiba di sebuah taman di tengah bandar. Aku mula berjalan di laluan penjalan kaki sehinggalah tiba di sebuah tasik. Leon telah bersetuju untuk berjumpa dengan aku setelah aku hubungi dia sebentar tadi.

"Kali ni kau tak akan terlepas, Leon. Kau tak layak untuk hidup sekarang ni."

Aku mula menapak naik ke jambatan yang menghubungkan laluan ke seberang tasik. Smartphone di dalam kocek seluar mula bergetar. Aku segera mengeluarkan smartphone dan melihat skrin yang bercahaya itu.

Evan call aku? Tolonglah, Evan. Aku tak ada masa nak layan pujuk rayu kau. Aku segera menolak skrin ke kiri lalu aku matikan smartphone berkenaan.

"Hai Meisara."

Aku segera menoleh apabila satu suara menegur aku. Kenapa kau ada di sini? Perempuan itu tersengih sinis lalu menyembur sesuatu ke muka aku.

Aku mula terbatuk-batuk dan segera menekup hidung daripada menghidu benda asing yang disembur olehnya. Apa benda ni? Kepala aku mula terasa sakit dan pandangan mata mula kabur.

Kaki aku tiba-tiba terasa lemah dan aku jatuh terbaring di situ. Mata aku masih lagi memandang perempuan yang sedang tertawa melihat keadaan aku ini.

"Kau silap, Meisara. Akhirnya kau jatuh juga ke perangkap yang aku buat."

Sebelum penglihatan bertukar gelap, telinga aku masih lagi dapat menangkap apa yang dia katakan. Satu persoalan muncul di fikiran.

Who are you?

***

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now