15 -WELL DONE, BUDDY

1.1K 65 0
                                    

Isaac pov

Jaket biru disarung ke tubuh seraya kaki melangkah menaiki anak tangga. Lirikan mata terhenti ke arah seseorang. There she is, Olivia Jackson. My ex-girlfriend.

Gadis berambut hitam itu sedang tertawa. Aku rindukan senyuman itu. Namun semua tidak akan merubah apa-apa. Aku tak akan kembali kepada kau. Aku mahu kau bahagia. Kau tak mungkin bahagia bersama aku.

Flashback

"Isaac, macam mana kau boleh sukakan aku?"soal Olivia sambil memintal hujung rambutnya.

"Soalan apa ni? Kalau nak cerita sebabnya, aku rasa sampai esok tak habis."

"Cuba kau pendekkan. Make it short, please."

Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum. Olivia masih menanti jawapan dengan mata bundarnya tertacap kepada aku.

"Fine. But please, jangan buat muka seperti ini lagi, sugarpie. Kau tahu kan itu kelemahan aku. Geez."

Senyuman kegemaran aku terukir di bibirnya. You know right, how gorgeous you are, babe.

"That smile was the answer for your question."

Aku mendekatkan wajah kami lalu aku kucup dahinya lama. This girl, tak mungkin aku lepaskan dia walau apa yang terjadi.

End flashback

Helaan nafas lemah dilepaskan. Wajah diraup perlahan sambil kelopak mata dipejam. I miss you, sugarpie.

"Isaac?"

Kelopak mata aku buka dan aku memandang gerangan yang sedang berdiri di hadapan aku.

Senyuman terukir di wajahnya. Gadis berkenaan bingkas melabuhkan punggungnya tanpa aku pelawa.

"Kau sihat?"soalnya.

Aku masih memandangnya. Aku tak tahu mahu memberi reaksi bagaimana. Olivia tegur aku setelah sekian lama kami membuat haluan masing-masing.

"Lama kita tak duduk macam ni, kan?"sambung Olivia lagi. Kini, matanya mula berkaca lalu dia mengesatnya pantas.

"Aku rasa kita tak perlu duduk seperti ini lagi, Oliv. Kita tak perlu bertegur sapa walau sekalipun."aku berkata dengan nada tegas.

Esakkan Olivia semakin kuat. Aku mengepal penumbuk lalu menghentak permukaan meja.

BAMM.

Olivia tersentak.

"Shut up! Just.. shut up, Olivia Jackson."

Aku mula berdiri namun tangan aku disambar pantas oleh Olivia.

"Isaac, please. Aku perlukan penjelasan. Kau tak boleh buat aku seperti ini. I still love you. Dan aku tahu kau pun masih cintakan aku. Betul, kan?! Answer me."

"Kau nak tahu kebenarannya? The truth is I never loved you. I was only pretending. So stop coming back!"

Aku merentap kuat agar pegangan tangannya terlepas. I'm sorry, Oliv. Aku kena lakukan semua ini. Aku nak lihat kau bahagia.

"Isaac.. sampai hati kau. Kau tipu, kan? Aku tak percaya! Kau tipu."

Aku melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang. Mungkin ini adalah benda yang aku akan sesali seumur hidup aku. Tapi aku tak mahu melihat kau lebih menderita.

"Isaac."

Evan berlari mendapatkan aku. Kenapa dengan dia?

"Tyler! Dia kat hospital sekarang ni. Dia kena tikam."

"What?! But how?"

"Dah tak ada masa, bro. Kita kena gerak sekarang ke hospital."

Aku hanya menurut dan berlari anak mengikuti Evan. Tyler ditikam? Siapa yang tikam dia? Setahu aku dia tiada musuh. But wait, he loved to annoy people, right? Damn, Tyler!

Aku bingkas masuk ke kereta Evan lalu pintu ditutup. Evan terus menekan pedal minyak setelah enjin dihidupkan. Kereta menyusur meninggalkan Avondale.

"Macam mana dia boleh kena tikam? Kau dapat info?"

"Dia bantu Aurora dan Chloe dari penjahat."

"Really?! Jadi teruk tak keadaan dia?"

"Tak tahu lagi. Masa Aurora hubungi aku, Tyler masih dalam bilik bedah. Dan kau, kenapa kau tak jawab panggilan aku? Aku call bagai nak gila, ya bullshit."

"Aku turn on silent mode."

Evan hanya menggelengkan kepalanya. Aku bingkas memandang ke luar tingkap.

Setelah sepuluh minit perjalanan, kami tiba di hospital.

"Tyler sudah selesai dibedah. Dia berada di tingkat 5."kata Evan.

Aku dan Evan bingkas keluar dari kereta dan berlari masuk ke dalam. Setiba di hadapan lift, punat lift ditekan. Setelah pintu lift terbuka, kami melangkah masuk. Ada seorabg gadis aneh berada di dalam lift ini juga. Gadis berambut putih yang sedang duduk di kerusi roda. Pintu lift tertutup. Punat tingkat lima ditekan.

Aku memandang Evan. He's looking at that girl. Gadis itu masih menundukkan kepalanya. Dan dia juga memakai kaca mata hitam. Kulitnya putih seputih kain putih. What are you exactly?

Pintu lift terbuka setelah tiba di tingkat lima. Aku dan Evan melangkah keluar.

"Dia di wad mana?"aku menyoal.

"Aurora di sana."jawab Evan sambil menuding jarinya.

Kami terus menapak ke arah Aurora. Aurora perasan kehadiran kami lalu berdiri dari bangku di luar wad.

"Evan. Aku takut."

Aurora terus memeluk Evan namun Evan tidak berkata apa-apa. Dia melepaskan pelukkan Aurora lalu masuk ke dalam wad. Aku dan Aurora terpinga-pinga dengan kelakuannya.

"Evan terlalu risaukan Tyler sahaja tu. Jom lah masuk."

Aku juga melangkah masuk ke dalam wad. Kelihatan Tyler sedang baring dan masih tidak sedarkan diri.

Look at you, buddy. Senakal-nakal kau, kau masih lagi mahu menolong orang lain. Well done, buddy.

***

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now