49 -NOT WITH ME

831 44 0
                                    

Aurora/Meisara pov

Tingkap bilik menjadi tempat lemparan pandangan buat seketika. Lalu beralih ke arah John yang sedang duduk di sofa.

"Aku nak jumpa Evan, John. Buat kali terakhir."

John berhenti membaca surat khabar lalu memandangku.

"Baiklah. Bila kau nak jumpa dia? Lagi satu, Cruz asyik tanya aku keadaan kau."

"Bawa aku jumpa Evan. Dia masih ada kat wad dia kan?"

"Okay, jomlah. Tapi nanti Evan akan curiga. Dia akan kerap ke sini untuk jumpa kau. Bila tiba waktunya, dia akan tertanya-tanya. Kau kena ingat tu."

Aku menghela nafas lalu bersandar. Macam mana aku nak jumpa Evan? Dia tak boleh tahu yang aku akan tinggalkan dia. Tapi... Dalam pada masa yang sama, aku rindu dia.

"Aurora. Apa kau nak lakukan?"

"Nevermind. Aku takkan jumpa Evan."

"Kau pasti? Tinggal dua hari sahaja. Esok kau dah kena standby, kau dah tak boleh keluar sesuka hati."

"Takpa, Evan akan okay."

"Kalau macam tu aku tak boleh buat apa lah. Aku nak keluar ni, nak pergi wad Camellia."

"Aku nak ikut."

John tersenyum kelat. Aku terus turun dari katil lalu mengikuti John dari belakang. Ya, Evan akan okay. He will be fine.

Tiba di tingkat 3. Kami melangkah ke wad Camellia. John membuka pintu. Kelihatan Camellia sedang duduk di katilnya. Ada seorang perempuan berambut blonde bersamanya.

"Del, kau pun ada?"

"Tak pelik, John. I'm her sister."

"Oh ya, inilah Aurora Rose. Aurora, ini Delyra. Kakak kepada Camellia."

Aku menyimpul senyuman. Delyra menghulur tangannya untuk bersalaman. Aku terus menyambut huluran itu.

"Hi. Terima kasih Aurora sebab kau sanggup bantu adik aku."

"Welcome. Aku nak bercakap dengan Camellia sekejap boleh?"

"Sure. John, lets go."balas Delyra lalu menarik John pergi bersamanya.

Aku menghampiri katil Camellia lalu melabuhkan punggung di situ.

"Kau yakin nak bantu aku?"soal gadis berambut putih.

Aku mengangguk perlahan. Camellia mengeluh.

"Aku tak sanggup terima pertolongan kau. Aku serba salah."

"Camellia..."

"Just call me Lia."

"Okay, Lia. Aku nak kau bahagiakan tunang aku bila aku dah tak ada. John kenal dia."

"Tapi..."

"Aku tak minta banyak. Tu je yang aku mahukan. Tolong aku."

Aku capai tangan gadis berambut putih. Camellia terdiam seketika.

"Baiklah."ucap Camellia.

Aku menyentuh rantai yang berada di leher aku. Rantai tersebut aku buka lalu aku berikan kepada Camellia.

"Apa ni?"soal Camellia.

"Ini rantai yang diberi oleh Evan. Sekarang rantai ni milik kau."

Camellia merenung rantai tersebut.

"Rantai tu sesuai dengan kau. Loket tu pun sama seperti nama kau. Camellia. Itu loket bunga Camellia."sambungku.

"Terima kasih."

***

Kaki melangkah perlahan untuk pulang ke wad sendiri. Pandangan mata melekat ke lantai yang menjadi laluan langkah kaki aku.

"Aurora? Kau buat apa kat sini?"

Aku mengangkat wajah apabila ada suara menegur aku. Aku terdiam terpaku di situ. Kaki aku tidak boleh diangkat untuk melarikan diri. Aku bagaikan patung selepas melihat gerangan yang menegur aku itu.

"Bila kau sedar? Dan kenapa tiada siapa yang boleh melawat kau? Apa semua ni?" Evan kembali menyoal bertalu-talu.

"A..aku..."

Evan segera menyambar tanganku. Secara automatik aku mengikutinya. Evan melabuhkan punggung atas bangku di hujung koridor.

"Aku perlukan penjelasan kau. Duduk."

Aku perlahan-lahan melabuhkan punggung di sebelah Evan selepas diarahnya. Jari menjadi tatapanku seraya otak pantas mencari akal. Apa patut aku katakan?

"Aurora."Evan menyebut namaku.

"Aku baru sedar pagi tadi."

"Kau pasti? Kenapa tiada siapa yang boleh masuk dalam wad kau? Termasuk Cruz, doktor di hospital ni. Pelik."

"Aku tak tahu. Evan, aku baru sedar. Macam mana aku nak tahu benda tu semua."

"Okay. Mana wad kau? Biar aku hantarkan."

Ahh sudah. Dia nak hantar aku pula. Tangan aku Evan capai lagi.

"Jomlah? Kau tunggu apa lagi, Aurora?"

Aku tersentak dan terus berdiri. Kaki mengatur langkah ke arah lift. Butang lift ditekan Evan.

"Esok aku dah boleh discharge."tuturnya.

Aku menghela nafas lega. Pintu lift di hadapan terbuka. Kami melangkah masuk ke dalam bersama. Butang tingkat lima aku tekan.

"Tapi, aku akan datang ke sini untuk melawat kau. Haa, bila kau boleh discharge? Aku tengok kau okay je?"

Aku menggeleng perlahan,"aku tak tahu."

"It's okay. Aku akan tunggu kau. Dan kita akan hidup bahagia selepas ni. Sebab Leon dah mati. Chloe pula akan ke penjara tak lama lagi. Tiada siapa akan ganggu kau lagi, Aurora."

Aku memandang Evan di sebelah. Dia tersenyum lebar seraya genggaman tangan kami dia eratkan.

Kau akan bahagia dengan orang lain, Evan. Not with me.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?"soal Evan.

TING!

Pintu lift terbuka. Kami memandang ke hadapan dan terus keluar dari lift. Aku mengerling Evan sesekali, Evan berjalan selamba di sebelah aku.

Maafkan aku, Evan. Kau akan faham satu hari nanti. Maafkan aku.

***

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now