40 -SHE NEEDS ME

914 46 0
                                    

Aurora/Meisara pov

RING... RINGG...

"Jam loceng.. siapa ni..?"

Kelopak mata aku buka perlahan. Cahaya matahari menerangi ruangan bilik. Aku menoleh ke arah jam loceng di sebelah katil lalu aku capai. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Sejak bila aku set jam ni? Butang ditekan lalu jam tersebut berhenti berbunyi.

Aku menggosok kelopak mata. Apa yang berlaku semalam? Aku mula memerah otak untuk mengingati apa yang berlaku.

"Kalau aku dah tiada..."

"Stop. Kenapa nak bangkitkan hal ni lagi? Kau tahu kan aku tak suka?"Evan pantas memintas.

"Hurm. I just wonder..."

"Benda tu tak akan berlaku, Aurora. What ever it is, I'm going to protect you."

"Evan, kau tak faham..."

"Tak faham apa? Kau yang tak faham. Tak faham bahasa yang aku tak nak dengar benda ni lagi. Kenapa kau degil?"tengking Evan.

Mata aku mula berkaca. Kau tak faham, Evan. Kau tak faham! Aku bingkas berdiri dan melangkah ke arah pintu. Pintu bilik aku hempas setelah melangkah keluar.

Semalam aku menangis dan aku mula switching dengan Meisara. Jadi itu yang berlaku? Dan apa yang berlaku selepas itu?

TOKK TOKK..

Aku memandang ke arah pintu apabila terdengar bunyi pintu diketuk dari luar. Daun pintu terbuka lalu Evan menjengahkan kepalanya.

"Boleh aku masuk?"Evan menyoal lalu menggariskan senyuman di bibirnya. Tanpa sebarang kata, aku sekadar menganggukkan kepala. Evan melangkah masuk lalu pintu ditutup. Dia menghampiri katil aku lalu punggung dilabuhkan di situ.

"Kau masih marahkan aku?"

Aku menunduk dan bermain dengan jari jemari aku. Sudah tentu aku marah, Evan. Kau tengking aku. Kau tak pernah buat macam tu sebelum ni.

"Okay. I'm sorry. Maafkan aku?"

Aku masih lagi memilih untuk berdiam seribu bahasa.

"Aurora, kau kena tahu apa yang berlaku semalam."sambungnya lagi. Aku mengangkat muka dan memandang Evan yang tertacap kepada aku.

"Apa yang berlaku?"

"Maafkan aku dahulu. Baru aku cerita."

Just tell me. Kenapa perlu buat deal macam tu?

"Nak tahu ke tak? Kalau tak nak, aku keluar sekarang."

You're totally a jerk sometimes! Fine. As you wish, Evan.

"Aku dah maafkan kau."

"Then smile. Muka cemberut kau tu buruk, Aurora."

Aku menyimpul senyuman kelat,"So apa yang berlaku semalam?"

"That's my girl. Keep smiling. Kau lebih cantik bila kau senyum. Okay, the thing is.. semalam kita nyaris ditembak. Aku teman Meisara makan burger, dan ada orang naik motor lepaskan tembakan ke arah aku dan Meisara."

"What? Siapa orang tu? Kau nampak muka dia?"

"Aku tak nampak muka dia. Dia pakai topeng muka, tapi aku rasa ini kerja Leon. Aku rasa dia dah tahu kau masih hidup."

Leon? Of course he know. Chloe mesti sudah beri tahu dia. Dan kau juga buat majlis pertunangan kita besar-besaran, Evan. Kau dah lupa? Geez. Everyone know that I was your Fiancee.

Evan capai tangan aku lalu dia genggam erat,"Tapi kau jangan risau. What ever it is, I'm going to protect you. Trust me."

No, Evan. Mungkin kau boleh lindungi aku dari disakiti Leon, tapi kau tak boleh lindungi aku dari kematian. Aku ada masa sebulan sahaja lagi. Aku akan pergi, pergi tinggalkan kau.

***

Aku menyedut teh hijau menggunakan penyedut minuman lalu aku lontarkan pandangan ke luar tingkap. Kelihatan kereta berpusu-pusu ke destinasi masing-masing. Dan kehadiran aku di cafe ini adalah untuk bertemu dua orang yang amat penting.

"Hi, Aurora. Sorry lambat."

Aku tersenyum apabila melihat kehadiran lelaki yang terpacak di hadapan aku. Lirikkan aku beralih ke arah seorang perempuan yang sedang duduk di atas kerusi roda. She so beautiful. Rambutnya putih bagaikan salji. Kening dan bulu matanya juga berwarna putih.

"Hey, have a seat. Tak lambat pun, kau datang tepat pada masanya. So macam mana perjalanan dari Eastardom?"

John mengambil tempat di sebelah gadis itu. Lirikkan aku beralih ke arah gadis itu, dia menyimpul senyuman kepada aku.

"Just okay. Kami gerak semalam dan tidur di hotel dekat-dekat sini."

"Oh really? I'm so sorry because you guys kena tidur di hotel."

"Ah nevermind. Ini benda kecil sahaja, budi kau lagi besar, Aurora."balas John.

"Jadi kau bawa dokumen yang aku minta tu? Kita nak lakukan benda itu bulan depan, on 22nd."aku menyoal. Inilah masanya, I need to sign that document.

John mengeluarkan kertas putih dari sampul coklat. Dokumen bertukar tangan. Aku membaca teliti isi kertas putih itu.

"Kau memang dah fikir masak-masak tentang hal ini? Ini tentang hidup mati kau, Aurora."

Aku mengangkat wajah lalu memandang mereka berdua. Senyuman manis aku berikan. Paparan reaksi wajah gadis ini kelihatan sungguh sedih dan serba salah. Jangan risau tentang aku. Aku ikhlas.

"Aku dah buat keputusan. Aku nak tolong. She needs me."balasku lalu aku mengelus perlahan tangan gadis itu.

"Terima kasih cik Aurora."ucap gadis itu dengan nada perlahan.

"Just call me, Aurora. Most welcome."

***

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now