31 -SILLY GIRL

1K 50 0
                                    

Evan pov

Rambut basah aku lap menggunakan tuala seraya kaki melangkah ke katil. Aku bagai dihidupkan kembali dengan nafas baru. Aurora sudah bersama aku semula. Betapa gembiranya hari-hari aku selepas ini.

Pintu bilik aku diketuk dari luar. Urgh! Siapa pula ni? Ni mesti Julian. Selalu kacau mood pagi aku lah dia ni.

"Ada apa, Julian?"aku menyoal dengan nada sedikit tinggi.

"Tuan Alexander minta Encik Evan dan Cik Aurora bersiap untuk bersarapan dengannya di bawah."

"Aku tahu lah. Ish kau ni. Kacau mood aku je pagi-pagi."

"Maaf, saya hanya ikut arahan. Baiklah, saya nak ke bilik Cik Aurora pula."

"Eh.. Eh.. Tak perlu. Nanti aku panggil dia sendiri."

"Baiklah."kedengaran suara Julian lagi.

Aku mengambil sikat lalu menyisir rambut aku sehingga kemas. Butang T-Shirt berkolar juga aku betulkan. So, I'm ready.

Shall we go to princess's room? Aku membuka pintu bilik lalu segera melangkah keluar. Kaki menuruni tangga dan menapak ke bilik Aurora di bawah. Setiba di hadapan bilik Aurora, aku melekapkan telinga ke pintu biliknya. Senyap. Dia masih tak bangun ke?

Tombol pintu aku pulas perlahan seraya pintu terbuka perlahan juga. Aku menguntum senyuman tatkala melihat Aurora masih di buai mimpi di atas katilnya.

Aku masuk ke dalam bilik Aurora dan menutup pintu perlahan kerana tidak mahu Aurora terjaga. Kaki perlahan-lahan menapak ke arah katil.

Kerusi aku ambil dan aku letak di sebelah katil Aurora. Aku duduk di situ sambil mata menatap Aurora tidur. What a good day? Setiap pagi aku akan berjumpa dengan dia. Every single morning start today.

Mata Aurora terpejam rapat. Mulutnya pula sedikit terbuka. She's cute even while in sleeping. Aku mengusap rambutnya perlahan lalu mengucup dahinya.

"What are you doing?"

Aku menghentikan kucupan di dahi Aurora serta merta. Awh, dia sudah bangun. Mata biru itu memandang aku dengan pandangan tidak berpuas hati.

"Nothing. Aku cuma nak lihat kau tidur sahaja."

"Kenapa aku ada di sini? Aurora dah tinggalkan resort tu?"

Aku menaikkan kening kanan. Apa dia cakapkan ni? Dia masih bermimpi? Wait, this is not Aurora. Ini Meisara. Aku hampir terlupa berkenaan Meisara.

"Meisara. Yes, Aurora dah kembali. Dan dia tinggal di rumah aku mulai sekarang."

"What?! And kau buat apa di sini? Kau ceroboh bilik tidur dia?"Meisara menyoal lalu bingkas duduk dari berbaring.

"No, aku cuma nak kejutkan dia untuk mandi..."

"Mandi dengan kau?"Meisara memintas.

"Meisara. Aku baru saja mandi tadi. Buat apa aku nak mandi lagi? Okay, stop. Kau pergi mandi dan turun bawah untuk bersarapan. Papa aku ajak kita bersarapan bersama. Dan jaga tingkah laku kau."

Meisara memutar bebola matanya. What a nightmare. Aku ingatkan dia Aurora. Aku bingkas berdiri dan meninggalkan Meisara sendirian.

Pintu aku tutup selepas melangkah keluar. Macam mana dia boleh munculkan diri? Wait! Urgh, kau bodoh, Evan. Kenapa kau tak cium dia tadi? Fool, Evan. Kalau tidak, mereka akan switching semula.

***

Aku mengerling Meisara di sebelah. She keeps eating. Kau lapar sangat ke? Berapa lama kau tak munculkan diri? One week? One month? Aku memandang papa pula.

"Evan, papa rasa kau dan Aurora perlu berkahwin."papa mulakan perbualan.

"What?!"aku dan Meisara tersentak. Meisara sempat menekup mulutnya daripada makanan tersembur keluar. Memang aku nak kahwin dengan Aurora. But we still young. Dan sekarang, di sebelah Evan bukan Aurora, papa. Dia adalah Meisara. A devil!

"Kenapa? Kan Evan cintakan Aurora? So why not?"

Aku mengeluh perlahan,"Papa, kami masih muda."

"Kalau macam tu bertunang sahaja lah dahulu."

Aku dan Meisara saling berpandangan. Kami terdiam seribu bahasa.

"Aurora, setuju?"papa menyoal.

Meisara segera menelan semua makanan yang ada di dalam mulutnya segera.

"Aurora tak kesah."Meisara membalas. Apa kau merepek, silly girl? Kalau Aurora tak setuju bagaimana?

"Evan?"papa memandang aku semula. Aku segera melontarkan pandangan kepada papa. Air liur aku telan perlahan.

"Fine. Evan setuju."aku terpaksa menyetujui rancangan papa juga. Semua kerana kau, Meisara. Kau sepatutnya bagi aku berbincang dengan Aurora dahulu. Bukan terus setuju macam tu!

"Jadi kita buat majlis esok malam je lah. Lagi cepat lagi bagus."

"Pa! Are you serious? Esok malam?"

"Yes, Evan. Julian! Come here."papa berkata lalu memanggil Julian. Julian segera melangkah laju mendekati meja makan.

"Ya, Tuan?"

"Siapkan segalanya. Esok malam majlis pertunangan Evan dan Aurora."

"Baik, Tuan."

Aku harap Aurora kembali sebelum majlis. Bagaimana reaksi dia? Dia setuju? Kalau dia tak setuju bagaimana?! Apa aku nak jawab dekat papa?

"Evan, kita keluar sekejap."Meisara berkata seraya menarik lengan aku. Aku bingkas bangun dari kerusi dan mengikutinya dari belakang. Dia menarik aku sehingga ke kawasan laman di luar. Pegangannya terlepas lalu dia memusingkan badannya dan menghadap aku.

"Kalau Aurora tak mahu bagaimana?" Meisara menyoal sambil tangan disilangkan ke dada.

"Kau yang setuju tadi."

"Kau pun setuju, Evan. Bukan aku seorang. Dan kenapa papa kau beria mahu kau dan Aurora bertunang?"

"Aku tak tahu. Aku pun terkejut tadi."aku menjawab seraya meraup wajah perlahan.

"Jadi rancangan aku dan Aurora hari ni dibatalkan lah kan? Kami nak melawat Isaac hari ni. Or should I kiss you right now? Dan kembali kan Aurora semula?" sambungku sambil merenung bibir merah Meisara.

"Whoa! Jangan! Kau jangan datang dekat dengan aku! Tolonglah, bagi lah chance kat aku hari ni? Aku dah lama tak lihat dunia luar."rayu Meisara seketika lalu terus melarikan diri ke dalam rumah.

Silly girl. Macam mana aku boleh ada teman wanita dengan dua personaliti seperti ini. Just because I'm lucky, right?

***

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now