INTRODUCTION OF MPD

5.2K 179 15
                                    

Hi everyone😊

Author akan memberi penjelasan sedikit mengenai Multiple Personality Disorder untuk para pembaca. Mungkin ada di antara kamu yang pernah dengar tentang penyakit ini atau ada yang tidak pernah mengetahui langsung. Alhamdulillah, Author ada membuat sedikit rujukan berkenaan penyakit ini sebelum Bab 1 karya ini dipublish.

Multiple Personality Disorder (Gandaan Personaliti) dimana seorang individu yang mempunyai perwatakan lebih dari satu. Sebagai contoh, seorang pesakit MPD ini boleh menjadi keanak-anakan, boleh menjadi orang tua, boleh menjadi seorang pembunuh dan sebagainya. Kes yang paling popular seperti kes DR. Jekyll dan Mr. Hide.

Seperti yang diperkatakan tadi, penyakit ini muncul selepas pesakit pernah mengalami penderaan yang melampau berulang kali dari segi emosi, fizikal, seksual dan psikologi yang extreme. Setiap personaliti memiliki beberapa sikap, tingkah laku yang berbeza dengan personaliti yang sebenar.

Perubahan dari personaliti asal kepada yang lain dikenali sebagai "switching". Switching boleh berlaku dalam jangka masa minit kepada jam bergantung kepada keadaan penyakit pesakit tersebut.

Inilah hasil rujukan Author yang dapat dikongsi kepada pembaca. Maaf kepada pemilik artikel, Author lupa menyimpan alamat artikel awak. Mohon halal saya kongsikan di sini.

Harap pembaca sudah faham tentang penyakit ini. Sebab saya tak mahu anda keliru apabila switching berlaku ke atas watak Aurora kepada Meisara dalam karya saya nanti. Kerana saya menggunakan 1st POV, takut anda keliru sahaja.

Akhir kata, semoga "The Devil's Inside You" diterima dan disambut baik oleh pembaca dunia oren ini. Jangan cuba plagiat ya, nak kena ketuk cuba lah😬

Sekian daripada saya💞

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now