24 -GOSH, I'M CRYING

1K 53 0
                                    

Evan pov

Jantung aku terasa berdebar-debar. Pedal minyak ditekan untuk menambah kelajuan kereta. Semakin laju Audi Merah meluncur di atas lebuh raya, semakin laju jantung mengepam darah. Kenapa dengan aku? Aku sudah mula merasa tidak sedap hati.

Tyler menepuk lengan aku,"Evan, perlahan sikit. Bahaya, dude. Aku tak nak mati sekarang, aku mahu berjumpa Chloe dahulu sebelum aku pergi."

"Aku tak sedap hati, macam ada sesuatu yang akan terjadi. Kita kena sampai di sana secepat yang mungkin."

"Kita dah nak sampai, bro. Relaks."

Stereng kereta aku pusingkan ke kanan. Audi merah pantas belok ke kanan lalu meredah lorong kecil yang akan menghubungkan laluan ke lautan. Setelah beberapa minit, kereta tiba di kawasan terpencil di tepi lautan. Terdapat sebuah gudang lama di sini. Dan terdapat juga sebuah jeti lama, sekejap! Itu.. itu Aurora! Apa dia buat di sana?

Aku segera menarik brek tangan. Pintu aku buka pantas.

"Aurora!"aku menjerit memanggil namanya. Dia masih berdiri di hujung jeti tersebut dan.. dia terjun masuk ke dalam laut. What the fuck?!

"Aurora! Are you crazy?! Damn!!"aku menghempas pintu kereta lalu berlari ke arah jeti tersebut. Dia terjun ke dalam laut? Kau gila!! Apa kau buat?! Aku menarik nafas dalam-dalam dan terus terjun ke dalam laut itu juga.

Mana kau, Aurora?! Aku membuka kelopak mata sebesar yang boleh dan meneliti setiap inci benda yang ada di dalam lautan. Aurora tiada! Aku segera berenang naik kembali ke permukaan laut setelah kehabisan nafas.

Setelah menarik nafas, aku kembali berenang masuk ke dalam air. Ombak semakin kuat memukul di antara satu sama lain, aku mula dihanyutkan air laut namun aku gagahkan diri juga dan berenang ke jeti kembali. Aurora hilang! Mana dia?!

Tangan mencapai hujung jeti dan aku bingkas naik ke atas kembali. Ombak terlalu kuat. Aurora mungkin telah dihanyutkan air laut. Holy shit!

"Evan!"

Tyler berlari ke arah aku bersama Chloe.

"Mana Aurora? Kau tak jumpa dia?"soal Tyler. Aku hanya mendiamkan diri. Aku kehilangan kata-kata. Mata aku pula mula berkaca.

"Evan, jawablah! Mana Aurora?!"Chloe menyoal dengan tegas seraya menggoncangkan tubuh aku.

"Ombak terlalu kuat. Aurora mungkin telah dihanyutkan air laut. Aku tak jumpa dia."

"What the heck are you thinking, bullshit? Takkan kau nak biar Aurora mati?"herdik Chloe kepadaku.

"Chloe, sesiapa akan mati jika masuk ke dalam sana. Arus terlalu deras. Kita tunggu bantuan penyelamat datang. Tadi aku dah hubungi mereka. Aku yakin kita akan jumpa Aurora."balas Tyler.

"He's kinda jerk. Aku ingatkan kau cintakan dia? Geez, aku tak faham dengan kau, Evan. I really don't understand."ucap Chloe hampa.

***

Siang sudah berganti malam, Aurora masih lagi tidak dijumpai. Aku setia menanti pihak penyelamat berusaha mencari Aurora di sini. Tyler pula sudah pulang bersama Chloe kerana Chloe perlukan rawatan di hospital.

Seorang pegawai pasukan penyelamat menghampiri aku,"Encik Evan, kami sudah berusaha mencari mangsa. Namun arus semakin deras. Jadi..."

"Jadi apa? Kau nak hentikan operasi pencarian ni? No. Tak boleh! Kau kena teruskan sehingga Aurora dijumpai."aku membalas dengan nada tinggi.

"Evan, sabar. Kita kena hormat apa yang mereka putuskan. Esok mereka akan sambung semula operasi pencarian Aurora."Cruz berkata setelah menghampiri aku dan pegawai pasukan penyelamat itu.

"Tapi, Aurora.. dia ada kat dalam air tu, Cruz. Aku tak mahu Aurora mati!"

"Kita kena selalu bersedia dengan apa yang bakal terjadi, Evan. Aku tahu kau dah cukup matang untuk faham situasi ini. Jadi, kau pulanglah ke rumah. Esok pagi datang semula ke sini."jelas Cruz.

Aku menyepak batu kecil di atas tanah. Helaan nafas aku hembus. Aurora, kau tak boleh mati. Aku sayangkan kau. Aku tak bersedia untuk kehilangan kau. Pintu Audi dibuka lalu aku masuk ke dalam. Enjin aku hidupkan.

Aku memandang ke arah laut, pasukan penyelamat sudah mula naik ke daratan untuk pulang ke rumah masing-masing. Aurora, kau di mana? Aku menhentak stereng kereta berkali-kali. Semua angkara Leon. Bila kau ditangkap, aku sendiri yang akan bunuh kau!

Aku menyandarkan kepala di seat. Mata kembali berkaca. Kelopak mata aku tutup perlahan-lahan. Air mata laju menuruni pipi. Gosh, I'm crying. All because of you, Aurora. Aku tak mahu kehilangan kau. Aku tak bersedia. Kita baru sahaja nak mulakan sebuah hubungan. Tapi kau.. kau tinggalkan aku di sini.

TOKK TOKK...

Kelopak mata aku buka setelah cermin tingkap kereta diketuk. Aku segera menekan button dan cermin tingkap turun perlahan-lahan.

"Balik, Evan. Kau pun perlukan rehat yang cukup. Kalau kau sakit macam mana kau nak cari Aurora?"Cruz berkata.

"Aku pulang dahulu. Ingat, balik ke rumah."sambungnya lagi lalu menapak pergi ke keretanya. Aku menekan semula button untuk menaikkan kembali cermin tingkap.

Gear dimasukkan lalu kereta mula bergerak meninggalkan lokasi kehilangan Aurora. Esok aku akan datang ke sini semula. Aku janji akan datang setiap hari sehingga kau dijumpai. I'm the man with my words.

***

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now