29 -JUST WAIT FOR IT, BESTFRIEND

1K 55 0
                                    

Aurora/Meisara pov

Bingkai gambar yang tergantung di dinding aku tatap satu persatu. Kaki terhenti melangkah apabila pandangan mata aku terpandang satu gambar yang membuatkan aku tertarik.

"He's so cute."aku berkata dengan nada perlahan sambil memandang gambar seorang kanak-kanak lelaki yang tersenyum lebar sambil menampakkan barisan gigi putihnya. Evan Alexander in the past.

Aku terasa sesuatu sedang melingkari pinggang aku. Aku memandang ke bawah. Awhh, Evan.

"Kau tinggalkan Cruz di bawah and then masuk ke dalam bilik aku senyap-senyap?" Evan berkata dengan nada berbisik.

Aku melonggarkan rangkulan tangan Evan di pinggang lalu memusingkan badan dan memandang dia.

"Cruz sudah pulang. Baru je. You looks great now. Kau dah buang jambang kau."aku membalas lalu menarik tangannya dan membawa dia ke katil. Punggung dilabuhkan ke atas katil.

"Aku rindu kau. Kau pergi mana, Aurora? How dare you leave me? Aku macam orang gila di sini."

Evan berkata lalu melirikkan pandangan kepadaku dengan muka tidak berpuas hati.

"Aku minta maaf. Aku perlukan masa untuk pulang ke sini, Evan. Apa yang jadi kepada aku sangat menyakitkan."tuturku lalu menunduk ke lantai. Evan melabuhkan punggung di sebelah aku lalu memeluk tubuh aku. Belakang badan aku dia usap perlahan.

Aku tak akan buka mulut berkenaan Chloe. Aku perlukan masa untuk jatuhkan diri dia. Dia bukan kawan baik aku lagi sekarang. Dan aku tahu apa yang aku nak lakukan selepas ini. Evan tak perlu tahu soal Chloe.

"Aurora, aku rasa kita patut ke Eastardom. Aku perlu berterima kasih kepada keluarga yang jaga kau."

"Kita akan ke sana, Evan. One day."aku berkata perlahan.

"Hey, aku rasa aku mahu adakan dinner malam ni dan jemput kawan kita ke sini. Jadi macam mana?"Evan memandang aku serta menunggu tanda persetujuan daripada aku.

Dinner? Jadi Chloe akan ke sini? Interesting.

"Aku ikut kau je."aku menjawab ringkas.

"Tapi Isaac tak dapat datang. Pasti kau belum tahu lagi tentang diri dia, kan?"

Aku tersentak seraya memandang Evan apabila Evan berkata tentang Isaac.

"Isaac? Kenapa dengan dia?"mataku terpaku kepada Evan. Menanti jawapan daripadanya.

"Dia di hospital. Because of Aids."Evan berkata dengan nada mendatar. Keluhan kecil dia lepaskan.

Aids? Ini bukan masanya untuk bergurau, Evan. Semua orang tahu penghidap Aids tak akan kekal hidup panjang. No, no. Mesti Evan bergurau.

"What? You're kidding, right?"

"No. He's gonna die, Aurora."

Evan tertunduk memandang lantai biliknya.

"Oh gosh. How can that happened to Isaac? Aku mahu melawat dia, Evan."

"Kita akan pergi. Esok mungkin."

Hm, poor, Isaac. Macam mana lelaki seperti dia boleh dapat jangkitan HIV? Dan sekarang dia terpaksa bertarung dengan Aids yang sudah menguasai tubuh dia. Guys, the world is cruel.

***

Kaki melangkah mundar-mandir di dalam bilik. Aku menunggu Evan memanggil aku untuk keluar. Keluar ke mana? Keluar untuk berhadapan dengan rakan-rakan yang datang untuk makan malam bersama kami.

Ya, mulai detik ini aku disuruh untuk tinggal di rumah ini. Bukan Evan sahaja, papa Evan pun menyarankan aku tinggal di sini. Baguslah, aku tak akan kembali ke asrama.

The true enemy was my roommate, classmate and also my bestfriend. Damn. How can that be? Apa alasan dia? Gosh. Dia adalah syaitan yang sebenar di dalam buku ini. Am I right?

Hilaian tawa kedengaran di luar. Itu Tyler. Jadi mereka sudah sampai? Aku segera membetulkan pakaian aku. Rambut blonde juga selesai diikat seperti ekor kuda. Pintu bilik dibuka dari luar, Evan melangkah masuk ke dalam bersama senyuman di bibir.

"Jom?"Evan menghulur tangannya kepadaku. Aku menyambut huluran tangan Evan dan menggenggamnya erat.

Kami mengorak langkah keluar dan terus berjalan beriringan ke ruang tamu. Kelihatan Tyler sedang berbual bersama Chloe. Look at her smile! Dia kelihatan bahagia sekarang. Like nothing happened.

"Suprise!!"Evan berkata dengan nada teruja kepada mereka. Tyler dan Chloe segera menoleh dan memandang kami.

Aku menyimpul senyuman sambil memandang mereka berdua. Chloe memaparkan reaksi terkejut dan cemas. I got you, Chloe. Mesti kau tak sangka bahawa aku masih hidup, kan?

"Aurora? Kau masih hidup?! What happened to you actually? No wonder, Evan gembira semacam tadi."Tyler berkata dengan teruja.

"Thats right, Tyler. Aku masih hidup. Terkejut, kan? Kan Chloe?"aku berkata bersahaja seraya menekankan nama Chloe dengan nada sedikit tinggi di akhir kata.

Chloe cepat-cepat mengukir senyuman lalu menapak mendapatkan aku. Dia memeluk tubuh aku erat. Wow, good acting! Kau layak untuk terima anugerah pelakon terbaik, Chloe. Well done.

"Aku rindu kau, Aurora. Syukurlah kau selamat."

"Sudah tentu aku selamat, tuah sentiasa berada di pihak aku. Bukan di pihak musuh. Lagi-lagi musuh di dalam selimut."balasku lalu melepaskan pelukkan.

Chloe kelihatan tidak selesa lalu melabuhkan punggungnya di sofa semula. Senyuman nipis sempat dia hadiahkan kepada aku. Ini baru sedikit, Chloe. Aku akan buka pekung yang kau sembunyikan selama ni. Just wait for it, bestfriend.

***

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now