17 -GOOD FOR YOU, PERVERT!

1.1K 66 0
                                    

Aurora/Meisara pov

Gadis berambut beralun duduk menghadap lelaki yang sedang baring di atas katil. Ada kala dia mengelap tubuh lelaki tersebut dengan kain basah.

Selepas dibedah, Tyler masih lagi tidak sedarkan diri. Chloe pula mengambil keputusan untuk menjaganya memandangkan Tyler tidak mempunyai keluarga.

"Chloe, aku nak ke Kafeteria bawah. Kau nak ikut?"

Chloe menggeleng sambil tersenyum.

"Kau nak kirim apa-apa?"

"Belikan je lah aku apa-apa."jawab Chloe.

Aku mengangguk perlahan lalu kaki menapak ke pintu wad. Tombol pintu aku pulas, dan kebetulan Isaac baru tiba dan ingin masuk ke dalam.

"Hey. Tyler macam mana hari ni?"soal Isaac.

"Masih belum sedar lagi. Aku nak beli makanan di bawah. Kau masuk lah. Chloe ada di dalam."

Aku terus melangkah keluar dan Isaac masuk ke dalam. Langkah diatur melalui koridor sunyi ini sehingga tiba di hadapan lift.

Pintu lift terbuka, aku segera masuk ke dalam. Lalu pintu lift kembali tertutup apabila punat ditekan. Tidak lupa juga punat tingkat 1 ditekan.

Mana Evan? Dia tak datang ke hari ni? Sejak semalam dia tidak berkata sepatah dengan aku. Aku memberi soalan dan dia hanya jawab acuh tak acuh.

Pintu lift terbuka apabila tiba di tingkat 1. Kaki kembali di atur ke luar bangunan ini kerana Kafeteria ada di bangunan sebelah.

Aku berjalan melalui laluan pejalan kaki. Suara tawa kanak-kanak kedengaran di sebuah taman. Mereka kelihatan gembira kerana mereka belum lagi kenal erti kehidupan. Yang mereka tahu sekarang ini cumalah bergembira dengan rakan-rakan.

Lirikkan mata beralih ke arah lelaki yang sedang duduk di sebuah bangku bawah sepohon pokok. Evan? Kenapa dia tak masuk ke dalam?

Aku terus melangkah ke arahnya.

"Hai, Evan."aku menyapa lalu melabuhkan punggung di bangku tersebut. Evan tersentak lalu memandang aku.

"Hai."jawab Evan pendek lalu kembali merenung ke tanah.

Kenapa dengan dia? Dia terlalu risaukan Tyler sehingga seperti ini?

"Evan, kau kenapa? Kau terlalu risaukan Tyler? Doktor pun dah bagi tahu bahawa Tyler akan kembali sedar."

"Kau tu kenapa? Kenapa layan aku seperti ini setelah apa yang kau katakan tempoh hari? Kau saja nak permainkan perasaan aku, kan? Itu kan diri kau yang sebenarnya?" Evan mula berkata dengan nada tinggi. Apa maksud Evan? What the hell exactly?

"Permainkan? Aku buat apa sehingga kau jadi sebegini?"aku mula mempertahankan diri. Setahu aku, aku tak pernah buat silap.

"You said you don't love me, Aurora. Dan kau terus pergi tinggalkan aku."jawab Evan seraya tangan disilangkan ke dada. Aku segera memusingkan badan dan sekarang betul-betul menghadapnya.

"Wait, bila aku buat semua tu? Evan, aku tak faham."

"Masa first date kita."

First date? Masa tu Meisara munculkan diri. Jadi...

"Evan, itu bukan aku. Itu Meisara. Kami switching waktu itu."jelasku dengan tegas. Evan segera memandang aku dengan reaksi terkejut daripadanya.

"What? Are you serious?"

"Betul, Evan. Itu bukan diri aku."jelasku lagi.

"Maaf, Aurora. Aku tak berjaya bezakan kau dan Meisara tapi aku dapat rasakan yang kau lain hari itu. Tapi kenapa dia tak switching semula? Oh ya, kami tak bercium. Dan kenapa Meisara tak menggoda aku sama sekali?"Evan menyoal.

"Err.. Chloe terlepas cakap pasal kau kat Meisara. Meisara tahu kau siapa, Evan." terangku.

"Dan dia sengaja mahu pisahkan kita?"

Aku mengangguk perlahan. Evan menghela nafasnya.

"Apa lagi yang berlaku pada hari itu? Kau tak mahu cerita kepada aku?"aku menyoal. I want to know the story, Evan. Tell me what was happened that day.

"Kau nak tahu?"

Aku mengangguk lagi.

"Aku beri kau hati aku. Aku cintakan kau, Aurora. I love you."

What? Seriously?

"Rantai yang kau pakai itu..."

"Berloketkan bunga Camellia, kan?"aku memintas.

"Yes, princess."

"I love you too, Evan Alexander. Lama aku tunggu detik ini tiba. Thank you so much."

Tangan aku dibawa ke bibirnya lalu Evan mengucup jari aku beberapa saat.

"Jadi untuk menghalang apa yang Meisara mahu lakukan, aku kena cium kau dahulu lah setiap kali berjumpa? Good point, right, princess?"

Aku memukul lengannya. Good point? Good for you, pervert!

"Hahaha. What? Itu sahaja caranya, Aurora. Dan kau kenapa pandang aku seperti itu? I'm not a pervert, okay."

"Yes, you are, Mr. Alexander."aku berkata pantas lalu bangun dari bangku tersebut. Terus sahaja kaki menapak meninggalkan Evan di situ.

"Hey, kau nak ke mana?"jerit Evan seraya kakinya berlari perlahan mengejar aku.

"Buy something to eat. Aku lapar."

Meisara. Apa yang kau mahu lakukan. Aku tahu kau cuba untuk pisahkan aku dan Evan. Seperti apa yang aku lakukan kepada kau 3 tahun lalu.

***

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now