6 -HE'S LOOKING AT ME

1.6K 92 11
                                    

Aurora/Meisara pov

Rambut blonde yang diwarisi ayah, aku sikat dengan rapi. Sesekali mata mengerling Chloe yang sedang bersiap di hadapan meja soleknya. Chloe seorang gadis yang cantik. She got a damn baby face on her. Awesome, right?

"Aurora, kau pandang aku kenapa?"Chloe menyoal sambil tangannya masukkan buku ke dalam beg sandangnya. Aku hanya menghadiahkannya senyuman nipis.

"Err, Aurora. Jangan cakap ada orang lain dalam diri kau selain Meisara. Your smile like a jerk!"

"Hahaha. Ada-ada sahaja kau ni. Aku cuma ada Meisara jelah. Tak ada orang lain, jangan risau."balasku seraya tangan sambung membetulkan rambut.

"Baguslah. Mana lah tahu ada mamat pervert dalam diri kau."jawab Chloe.

"Nonsense. Hahaha."

"Jomlah kita gerak. Kau pun tahu Puan Walker suka buat kelas pagi. Dan kau, kau jadi pembantu dia. Muahahaha."Chloe berkata lalu melepaskan tawa seketika.

"Tapi ini semua sebab Tyler. Dia mahu kenakan kau semalam."tambah Chloe.

"Huhh no wonder Meisara berani buat keputusan macam tu semalam. Dia tak suka diri aku yang lemah. Dia tak suka aku dibuli."aku menundukkan wajah seraya jari memintal hujung baju.

"Really? Gosh. Meisara sangat bahaya."

"Yes. Dia memang bahaya. Aku hampir mati dulu sebab dia hampir bunuh orang."

"Apa maksud kau? Aku tak faham."

"Meisara tak boleh bunuh sesiapa. Sebab aku akan mati kalau benda itu terjadi. Itu bagaikan sumpahan ke atas diri aku."

"Really? Damn creepy! Please, Aurora. Jangan menangis lagi lepas ini. Aku tak mahu berhadapan dengan Meisara."pinta Chloe seraya tangannya menggenggam tanganku.

"Sure, Chloe. Aku cuma kena tabah untuk tahan mata aku ni daripada menangis."

Chloe memeluk aku erat "Aku tahu kau boleh. Hari ini aku akan jaga kau, kalau Tyler cari pasal dengan kau, dia akan dapat sarapan kasut aku ni."

"Silly."

***

Jam dinding di bilik bersuhu rendah ini aku kerling sekilas. Wanita berusia dalam lingkungan 40-an memandang skrin laptopnya dari tadi. Where is Evan? He's late! Aku memandang ke arah pintu, Evan berlari dan meluru masuk ke dalam.

"Maafkan saya Puan Walker. T-traffic jammed tadi."Evan yang tercungap-cungap tiba juga selepas berlari ke sini. Aku menjelingnya sekilas.

Puan Walker memandang kami berdua. Cermin mata besarnya ditanggalkan dan diletakkan di atas meja. Laptopnya dimatikan lalu dimasukkan ke dalam beg.

"Sudahlah. Jom ke dewan kuliah."kata Puan Walker lalu memberi satu kotak sederhana besar kepada Evan. Beg laptop pula diberikan kepada aku.

Kami berdua berjalan seiring di belakang Puan Walker. Aku menyenggol lengan Evan. Hampir sahaja kotak itu terjatuh dari pegangan Evan, namun Evan lebih pantas menampungnya semula.

"Kenapa kau lambat?"aku menyoal.

"Aku bangun lambat. Sorry."bisik Evan ke telinga aku.

Aku tidak membalas apa-apa. Evan sesekali memandang aku sekilas. Apa kena dengan dia ni? Aku menundukkan wajah seraya kaki menapak mengikuti Puan Walker. Damn! Kejadian semalam! Mei kissed him.

Aku menoleh ke arah Evan perlahan-lahan. Dan seperti apa yang aku jangka, he's looking at me. Aku segera memandang ke hadapan semula.

"Aurora. Kembar kau tu memang gila ke?"soal Evan.

"Ke-kembar? Meisara?"aku menyoalnya sedikit gagap. Matanya masih lagi memandang muka aku tepat.

"Ya lah. Siapa lagi? Takkan kau ada kembar lain pula."balas Evan dengan bersahaja.

"Apa maksud kau dia gila?"

"Tak ada lah. Cuma pelik, mula-mula dia tak layan aku. Lepas tu dia...."jelas Evan namun dia tidak menghabiskan apa yang dia mahu katakan. Tapi kau pun sudah tahu, Aurora, apa yang dia mahu ucapkan. Don't ask any question. Just shhhh...

"D-dia a...apa?"

Arghh, Aurora. Kenapa kau tanya juga? Geez. Aku menggigit bibir bawah sementara menanti jawapan Evan.

"She kissed my lip. Aku pun tak faham."jawab Evan. Aku menelan air liur laju. Telan, Aurora. Telan. Kau nak sangat tahu jawapannya kan? Memang dia cakap Mei yang cium dia, tapi the real is tubuh badan kau pun terkait juga. Mei used your body, right?

But, I'm still lucky, tho. Fuhh. Nasib baik dia tak curiga kenapa aku tak selesa dengan dia sekarang. Dia cuma pelik dengan perangai Meisara sahaja.

Kami tiba di hadapan dewan kuliah 2. Puan Walker membuka pintu dan melangkah masuk. Bunyi bising pelajar di dalam secara automatik terhenti. Semua memandang ke arah kami.

Aku mengerling ke arah Chloe. Dia tersenyum seraya mengangkat tangannya sedikit untuk menarik perhatian aku. Mata aku beralih ke arah Tyler yang sedang merenung sesuatu dengan pandangan yang tajam. He looked at Evan? Tapi cara dia tenung Evan? That was creepy as heck. Macam nak telan orang sahaja. Mereka bergaduh or what?

Aku dan Evan meletakkan kotak dan beg laptop di atas meja.

"Thanks, Rose and Alexander. Kamu boleh duduk."

Aku dan Evan sekadar mengangguk. Kaki segera menapak ke arah tempat di sebelah Chloe.

"Hello, lovey dovey couple. You, Aurora. Mana pakaian rockers kau yang kau pakai semalam? Memang gilir-gilir tukar imej, eh?"Tyler mula membuka mulutnya. Aku bingkas duduk di sebelah Chloe dan tidak mengendahkannya.

"Ty...."Chloe tidak dapat menghabiskan kata-katanya apabila Evan memintas.

"Shut up, ya asshole."Evan membisik dengan nada keras kepada Tyler.

"Pheww, tengoklah kawan kau ni sejak dah jadi pembantu lecturer."balas Tyler kepada Isaac. Isaac hanya membisu sambil menyelak helaian buku di atas mejanya.

Aku menoleh ke arah mereka berdua. Tyler seorang yang kecoh dan Isaac pula seorang yang pendiam. Dia kelihatan lebih selesa tidak masuk campur dengan apa yang berlaku. A weirdo gang in Avondale.

Dan sekarang, kenapa Evan duduk di sebelah aku? Sejak bila dia rapat dengan aku. Mustahil semasa kami menjadi pembantu Puan Walker, dia mahu rapat dengan aku? Hold on, Aurora. Kau lupa ke yang Evan pernah cakap yang dia mula suka dengan kau? Yaaa waktu itu hari pertama kau jumpa dia. Kau masih ingat, bukan?

"Aurora, kenapa kau pandang aku macam tu?"soal Evan. Aku bingkas melarikan pandangan mata ke arah lain.

"All right, class. Good morning."

Evan segera memandang Puan Walker apabila kelas sudah bermula. Thanks Puan Walker, you saved me today.

***

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now