5 -IMAGINARY FRIEND

1.7K 104 0
                                    

Chloe pov

Pintu bilik aku buka menggunakan kunci. Sudah puas aku ketuk namun tidak dibuka. Aurora tiada di bilik. Where is she? Dia tidak ke kelas hari ini. Meisara yang gantikan dia. Kau beruntung, Aurora. You got a nice twin. Yang sanggup gantikan tempat kau.

Pintu ditutup semula. Aku menapak masuk ke dalam. Beg dicampak ke atas katil lalu aku menghempaskan diri ke katil juga.

Aurora and Meisara? Weird twins. Aurora seorang yang naif dan lemah lembut. Meisara pula sungguh berlawanan dengan Aurora. Lihat sahaja lah pemakaiannya yang serba hitam.

Meisara juga seorang yang berani. Berani mengambil risiko. Nasib sahaja penyamarannya tidak menjadi persoalan di Avondale. Mungkin mereka anggap Aurora hanya cuba mengubah cara pemakaian. Because they're look similar! Aku pun pada mulanya tidak menyangka dia bukan Aurora.

Bunyi kunci sedang ditolak ke dalam lubang tombol pintu kedengaran. Pintu dibuka perlahan. Aku bingkas bangun dan duduk di atas katil.

Meisara melangkah masuk ke dalam. But wait. Dia buang solekan di wajahnya? Wow! Sekarang wajahnya sebiji macam Aurora. Tapi cuma pakaiannya sahaja yang masih sama seperti siang tadi.

"Mei, awal kau pulang?"aku menyoal.

"Gosh! Aku hampir sahaja terkena serangan jantung."Meisara yang sedang terkejut lalu mengusap dadanya laju.

"Sorry. Kau tak perasan aku di dalam rupanya. Hmm Aurora tiada. Kau tahu dia di mana?"Meisara bingkas duduk di atas katil selepas mendengar soalan keduaku. Mungkin dia tahu Aurora di mana.

"Aku ada benda nak beri tahu kau, Chloe. About my illness."baiklah pertanyaanku tidak berjawab.

Aku mengangkat sebelah keningku seraya memandangnya. Meisara bingkas bangun dan berjalan ke arah katilku. Dia melabuhkan punggung di birai katil.

"Kau sakit?"aku mula bertanya.

Meisara anggukkan kepalanya. Dia menarik nafas sedalam yang boleh lalu dihembus panjang.

"Sebenarnya aku Aurora. Aku tahu kau mesti tak faham dengan situasi ini. Author pun susah nak jelaskan sebenarnya. But, I will help her. Chloe, aku dan Meisara adalah orang yang sama."balas Meisara.

Aku bergerak ke belakang sedikit dek kerana terkejut dengan apa yang baru sahaja aku dengari. Cop! She said what? They're the same person? No, way!

"Apa maksud kau? Ini tak masuk akal."

"Aku adalah pesakit Multiple Personality Disorder. Aku mempunyai personaliti lebih dari satu dalam diri aku. Kami akan kerap berganti personaliti. Kau akan jumpa Meisara dan kau akan jumpa aku."

Gadis di hadapan aku ini mula memegang tangan aku. I'm not sure about this insane story! Aku tak tahu mahu percaya atau tidak. Dia Aurora atau Meisara? What the hell is this?

"Habis tadi tu apa? Kau cakap kau kembar Aurora. Dan sekarang kau cakap kau Aurora? This is insane."

"Tadi Meisara tipu kau. Seperti yang aku katakan, aku dan Meisara orang yang sama. Meisara mula muncul pagi tadi. Dan lepas kejadian tak masuk akal di Avondale tadi, aku kembali muncul."jelasnya seraya menghela nafas.

Aku masih menunggu sambungan penjelasannya itu sambil memandang dengan muka teruja. Yes, aku sudah mula tertarik dengan cerita ini.

"Aku akan bertukar menjadi Meisara apabila aku menangis. Atau aku bermimpi buruk. Tapi tadi...."

"Tadi apa?"perasaan kian berdebar apabila dia berhenti bercerita.

"Meisara dan Evan bercium. Akhirnya aku kembali muncul. Aku tak tahu benda ini boleh berlaku. A kiss can cured me."sambungnya lagi. Aku seakan terpukau. Your story just like a fairytale, Aurora.

"Wow. Kau seperti watak Aurora dalam Sleeping Beauty. Selepas bercium, tuan puteri bangun dari tidur. Amazing! Dan nama kau pun sama."

"Hmm aku tak tahu, Chloe. Cruz cakap pernah ada kes sebegini. Ciuman adalah jalan untuk aku muncul semula."

"Sekejap. Siapa Cruz?"

"Doktor peribadi aku. Dan juga abang saudara aku."

Aku mula memproses kembali apa yang dia ceritakan. Mungkin betul apa yang dia katakan. She's sick! But, she's special. Dia boleh berubah menjadi orang lain. Aku cemburu dengannya. Aku tak pernah jumpa orang yang ada penyakit seperti ini.

"Aku rasa kan, Evan adalah cinta sejati kau. Dia adalah penawar untuk kau, Aurora. Kau dan dia pun sepadan. Memanglah pada mulanya aku tak suka Evan ganggu kau, tapi kalau ini adalah jalan untuk kau sembuh, so why not?"

"I just don't know what to do. Huhh."balas Aurora perlahan lalu menundukkan wajahnya.

"Trust me, Aurora. Evan was your treasure."aku meraih tangannya kembali lalu aku genggam kemas.

"Tapi Chloe, aku tak yakin-"

"Shh. Kau kena yakin. Kau juga yang kata ciuman dari dia adalah cara untuk kau muncul semula. Jadi dia adalah penawar."

Aurora diam membisu. Jelas kelihatan dia sedang memikirka perkara ini.

"Tapi Aurora, boleh aku tahu sejak bila benda ni berlaku?"

"Selepas ibu aku bunuh diri. Aku susah nak terima kenyataan dan kerap menangis. Sejak itulah Meisara muncul dalam diri aku. Sebenarnya, Meisara itu kawan khayalan aku sewaktu aku kecil. Imaginary friend."

What the ff...? Bulu roma aku mula berdiri. Aku memeluk Aurora pantas.

"Ini bukan cerita seram kan, Aurora? That was creepy as heck. Aku rasa macam Meisara ada di sini."

"Kau tak perlu takut. Tiada apa yang perlu ditakutkan. Meisara was a nice person. Dia akan muncul bila aku menangis sahaja, Chloe."

"Kau tak akan menangis lagi, Aurora. Aku tak mahu berhadapan dengan Meisara."

***

Lepas ni Author akan limitkan patah perkataan setiap chapter. Maybe just around 700-1K (pp). Selalunya lebih 1K, tapi penatlah😶

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now