7 -THE TRUTH

1.5K 93 2
                                    

Aurora/Meisara pov

Kelopak mata aku buka perlahan apabila bunyi bising menerjah ke gegendang telinga. Aku memerhati sekeliling, Chloe sedang duduk di hadapan meja soleknya sambil mengeringkan rambutnya menggunakan pengering rambut.

"Chloe.."aku memanggil. Namun Chloe masih sibuk mengeringkan rambutnya dan tidak menghiraukan aku.

"Chloe!"aku menjerit dengan nada tinggi. Pengering rambut terlepas dari tangannya, seraya matanya beralih kepada aku.

"Apa, Aurora?"soal Chloe.

"Kau nak ke mana pagi-pagi buta ni? Kita tak ada kelas kan hari ni."

"Hello, aku memang jenis mandi pagi. Dan kau, Aurora. Kau semalam ke mana? Itu muka kau tu, dengan tak cucinya. Selamba je terus masuk tidur."

Dahi aku kerutkan. Aku ke mana semalam? Aku rasa aku elok je membuta atas katil.

"Aku sedar pukul 3 pagi, kau tiada dalam bilik. Aku rasa Meisara take over badan kau semalam."tambah Chloe.

Lirikan mata beralih kepada Chloe kembali. Setiap butir yang keluar dari mulutnya aku proses kembali di dalam otak. Aku ke mana semalam? Pukul 3 pagi, huh? Apa lagi Meisara dah buat kat aku semalam. Macam mana pula dia boleh muncul? Aku rasa aku tak menangis semalam. Apa yang berlaku sebenarnya semalam?! Meisara!!

"Pergi mandi, Aurora. Apa kata kita keluar? Kita tak pernah keluar bersama, kan?"

"Nak ke mana?"

"Kita tengok wayang ke? Makan-makan ke? Jom lah."balas Chloe.

Aku hanya menurut. Tuala yang disidai di bahagian penyangkut aku ambil lalu kaki menapak lemah ke bilik air.

***

Chloe kelihatan teruja apabila kami tiba di sebuah pusat membeli-belah. Aku hanya memberi senyuman nipis kepadanya.

"Kenapa dengan kau ni? Come on, aku tahu kau tak bersemangat nak ke sini. Aurora, sekarang lah masanya untuk kau lupakan semua masalah kau. Jom lah aku belanja kau makan."Chloe mencapai tangan aku lalu memimpin aku berjalan di dalam mall besar ni.

Lirikan aku beralih ke arah dua orang lelaki yang sedang memerhati gelagat aku daripada tadi. Seorang berambut blonde dan seorang lagi berambut maroon.

Mereka berdua berjalan perlahan mendekati aku dan Chloe.

"Hey, kau perempuan semalam, kan?" soal lelaki berambut blonde sambil memandang aku. Aku memandang Chloe dan Chloe juga memandang aku. Siapa dia ni? Perempuan semalam?

"Maaf, aku rasa kau salah orang."jawabku sebutir-sebutir seraya bibir memberi senyuman nipis.

Lelaki berambut maroon mula ketawa kecil "Kau ingat aku tak kenal kau walaupun kau dah buang segala celak hitam kau tu? Kau lah perempuan yang berkasar dengan kita orang semalam."

Lelaki berambut maroon mula merentap lengan aku kasar.

"Hei, lepaskan dia lah. Kau nak apa sebenarnya?"Chloe mula bersuara.

"This girl kicked my balls yesterday. Lepas tu boleh dia blah macam tu je? Kau ingat kau siapa, hah?"balas lelaki berambut blonde pula.

"Maaflah. Yang semalam tu bukan diri aku sebenarnya. Aku tak sedar apa yang aku lakukan. Aku ada penyakit. Tolonglah, jangan buat kecoh."rayuku sambil menarik tangan yang digenggam kuat lelaki berambut maroon itu.

"Aku rasa kau dah boleh lepaskan dia kot. Dia perempuan, bro."

Aku menoleh pantas ke arah satu suara. Evan? Macam mana dia boleh ada di sini? Dan sejak bila dia ada di sini?

"Perempuan ni cari nahas dengan aku semalam. Dan kau siapa? Balak dia?"balas lelaki berambut blonde.

Senyuman sinis terukir di bibir Evan. Wajahnya mula bertukar serius apabila diangkat memandang mereka berdua.

"Aku rasa baik kau lepaskan kawan aku, Evan raja taekwando kat kolej aku. Elak mati kau kat sini."Chloe berkata dengan nada berbisik kepada mereka berdua.

Tangan aku mula dilepaskan seraya kaki mereka menapak pergi perlahan. Aku membelek pergelangan tangan yang mula memerah.

"Eh, lari?"soal Evan hairan lalu berjalan menghampiri aku dan Chloe.

"Evan raja taekwando ke?"aku menyoal. Chloe mula ketawa perlahan. Aku mengerutkan dahi dan memandangnya hairan.

"Aku tipu mereka. Tak sangka pula terus mencecet lari. Kau okay tak?"Chloe menjawab dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Perempuan ni selalu tak serius.

"Aurora, aku perlukan penjelasan." Evan berkata sambil memandang aku tajam.

"Penjelasan?"

"Pasal diri kau."jawab Evan.

Aku dan Chloe saling berpandangan. Evan pula menyilangkan tangan ke dada.

"Guys? Apa kata kita singgah cafe depan tu? Kita bincang kat sana?" Chloe memberi cadangan sambil jari menuding ke arah sebuah cafe.

Evan mula membuka langkah ke sana diikuti aku dan Chloe di belakang. Aku menyenggol lengan Chloe. Chloe memandang aku sambil keningnya diangkat.

"Apa kita nak bagi tahu Evan? Aku rasa dia dengar apa yang aku cakap tadi."aku berkata dengan nada berbisik.

"Tell him the truth, Aurora. Dia berhak tahu sebab dia sudah terlibat sama."balas Chloe perlahan.

Evan menoleh ke belakang sekilas. Aku dan Chloe bingkas memandang ke hadapan semula. Patutkah aku berterus-terang? Nanti apa pula tanggapan dia dekat aku selepas ni?

***

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now