3| Sudden Change

219 97 40
                                    

Edward

Pagi yang indah. Tapi tak seindah pagi aku. Pagi-pagi lagi manusia itu dah kejut aku dari tidur. Aku tak tahu dia buat apa pagi-pagi tapi aku ada nampak dia masak di dapur. Bau macam sedap tapi bila rasa. Puii.. Terlebih garam. Manis sangat. Dia ini nak buat aku darah tinggi dengan kencing manis serentak ke apa.

"Nis, kau masak apa ni? Rasa macam tanah kau tahu tak? "

Sebenarnya aku tak pernah rasa tanah tapi mulut aku ini main cakap saja. Anis menjeling tajam. Jelingan dia ini sama betul dengan mama. Kenapa? Ish, baru nak hidup aman tanpa jelingan sudah dia pula yang buat hal.

"Hish kau ni. Dahlah menumpang rumah orang. Lepastu nak membebel macam apa. Bingitlah kau ini. "

Dia bingkas lalu menuju ke singki. Span yang terletak dalam bekas bersabun dicapainya. Dia ini suka main sabun ke? Kalau macam itu aku pun nak main jugalah. Aku mendekatinya sambil membawa pinggan. Beberapa minit aku berdiri di sebelahnya sebelum tangannya dihulurkan kepada aku.

Aku letakkan tangan aku pada tangannya. Entah mengapa dia menarik semula tangannya. Tadi hulur tangan lepas itu tarik balik. Habis dia ini nak apa.

"Ish, bukanlah! Pinggan kau sini. Bak aku basuh. Kau pergi kemas meja sana. Shuh! "

Amboi. Sedap hati dia saja halau aku. Dia ingat aku ini haiwan peliharaan dia ke. Punyalah aku tunggu nak main dengan sabun itu tapi dia suruh aku kemas meja pula. Sakit hati aku.

"Malam tadi digemparkan dengan penampakan makhluk jatuh dari langit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Malam tadi digemparkan dengan penampakan makhluk jatuh dari langit. Pihak SCP Foundation (Secure, Contain, Protect) akan cuba mencari keberadaan makhluk tersebut. Jadi sesiapa yang mendapati keberadaan makhluk tersebut, sila hubungi di talian 67252728275 dengan segera"

Paparan di televisyen jelas menunjukkan keadaan aku ketika jatuh dari langit. Nasib baik muka tak jelas kalau tidak mesti aku famous. Anis yang berada di sebelah aku tidak senang duduk melihat berita tersebut. Kenapa dengan dia ini.

"Nis? What's wrong with you? Are you okey? Aku tahulah aku dah popular sekarang ini tapi tak payah risau sangat."

Anis memandang ke arah aku. Muka dia nampak lain daripada yang biasa. Selalunya muka dia manis saja. Tapi kali ini muka dia serius gila. Sampai aku pun awkward tengok muka dia.

"Popular kau kata? No, this is not good news. Kita kena buat sesuatu Ed. Nyawa kau terancam sekarang ni. Bila pihak SCP campur tangan dalam kes ni, situation akan jadi lebih teruk. "

Aku terkedu. Kali ini perkara yang disampaikan oleh Anis sangat membuatkan aku takut. Apa jadi kalau aku kena tangkap dengan pihak SCP? Bunuh? Gantung sampai mati? Sebat di punggung? No! Itu semua takkan berlaku.

Dia terus menarik tangan aku masuk ke biliknya. Jangan risau pintu bilik sentiasa terbuka.

First: Tukar Penampilan.

 ‍ Where stories live. Discover now