Angin malam yang bertiup menyapa kulit wajah. Tenang sangat malam ini aku rasakan. Bulan yang mengambang penuh membuatkan cahaya bulan menyinari separuh wajah. Tempat beranda apartment ini sajalah tempat dimana aku tenangkan jiwa dari kekalutan yang berlaku.
Dalam masa yang sama aku terimbau perkara yang berlaku di college. Dimana Haiqal dan Anwar bergaduh. Bagaimana kemarahan Haiqal dilempiaskan kepada aku. Orang ramai mengelilingi tempat tersebut. Aku masih tidak boleh lupakan. Selepas saja kejadian itu, aku terus tidak bercakap langsung dengan Haiqal malah aku tidak keluar dari bilik.
Aku keluar pun jika mahu makan. Itu saja. Sesekali aku terserempak dengannya, aku takkan memandang dia sebab hati aku sakit. Sakit rasanya hati apabila terkenangkan Haiqal. Mahu saja aku menghalau dia dari rumah ini.
"Anis.. "
Aku menoleh apabila terdengar nama aku dipanggil. Haiqal berdiri sambil membawa 2 bekas mug berisi air hot chocolate. Wap panas yang naik diterbangkan oleh angin yang sepoi-sepoi bahasa. Aku memandang wajahnya lama sebelum berpaling kembali memandang bulan.
Mug berwarna merah jambu diberikan kepada aku tapi huluran tersebut tidak diendahkan. Dia mendekatkan lagi mug itu kepada aku dengan harapan yang aku akan mengambil mug tersebut. Aku menjeling sekilas. Mahu saja aku menyimbah air panas itu pada wajahnya. Geram!
"Nis, ambiklah. Tak baik kalau orang bagi kau tak nak ambik tau. "
Nak tak nak, aku mengambil juga mug tersebut. Aku kembali menatap bulan yang menyinari di kaki langit.
"Nis, aku nak min-"
"Sudahlah Haiqal. Jangan bukak topik tu lagi. Aku tak nak ganggu masa aku untuk tenangkan diri kat sini. Kalau kau nak ganggu juga, kau boleh pergi. "
Aku memintas kata-katanya. Dia memandang ke arah aku. Dua minit aku cuba menyusun ayat bagi diberikan kepada Haiqal. Terlalu banyak perkara yang aku mahu luahkan kepadanya tapi bila difikirkan tentang kes itu, ego aku kembali meninggi.
"Nis, aku nak cakap sikit dengan kau. Tapi bukan pasal benda tu tapi benda lain.... "
Aku hanya memasang telinga. Kedengaran batuk kecil daripadanya.
"....Kau nampak tak bulan tu? Ok? Takpe kau senyap tapi aku just nak kau tahu. Selagi bulan tu ada kat kaki langit, menyinari bumi semasa kegelapan, selagi itulah aku akan ada kat sisi kau. "
Aku tersenyum nipis. Pandangan mula bertaut. Haiqal ini memang, ada saja helahnya untuk memujuk aku ketika sedang merajuk. Seketika kemudian aku segera memalingkan wajah apabila renungan daripada Haiqal membuatkan jantung aku mula berdebar-debar.
"Nis oh Anis. Eqal tengah pujuk Nis ni. Nis tak nampak ke? Anis? Dear? "
Jarinya mencuit-cuit bahu aku. Aku memang sudah tentu kalah dengan dia. Haiqal ini memang nak kena agaknya. Aku tersenyum. Mulut ditutup menyembunyikan senyuman aku daripada terus dilihatnya.
Kali ini aku memang kalah teruk. Dia ini suka sangat buat aku cair. Seumpama aku aiskrim dan dia jadi mataharinya. Memang betul-betul cair.
"Ish kau ni, jangan nak mengadalah. Aku tumbuk muka kau, bersepai gigi. Kau nak? "
Penumbuk dihalakan dihadapan mukanya. Haiqal ketawa mengekek-ngekek. Tidak lama kemudian, suasana menjadi suram. Senyuman terlerai tatkala mata mula bertembung. Makin lama muka Haiqal semakin dekat dengan wajah aku.
Jantung berdegup lebih pantas daripada biasa. Aku juga dapat rasakan hembusan nafas Haiqal menerpa ke wajah. Perlahan kaki aku mengundur kebelakang tapi apakan daya, unduran aku terhalang dengan tembok. Aku tak mampu nak bergerak ke mana-mana.
Senyuman sinis dilemparkan kepada aku. Lagi beberapa jarak saja lagi dia mahu mendekati aku. Kelopak mata menutupi biji mata. Gelap. Tak ada satu cahaya pun yang aku dapat nampak. Aku tak tahu apa yang akan dilakukan oleh Haiqal kepada aku.
Senyap. Tapi aku dapat dengar hembusan nafas Haiqal ditelinga. Aku membuka mata perlahan-lahan. Kali ini aku tergamam melihat kepala Haiqal yang diletakan ke bahu aku.
"Nis, thanks sebab selalu ada dengan aku. I'm very sorry selama ni aku menyusahkan kau. Aku dah takde family, cuma tinggal kau saja. Aku sayang kau Anis. "
Bahu aku basah. Haiqal nangis ke? Badannya terhinjut sedikit. Confirm dia nangis. Aku teragak-agak untuk tolak badan dia dari menghimpit aku. Tapi entah bagaimana perasaan sayu melihat Haiqal yang teresak-esak menangis menyelubungi diri. Tangan aku perlahan-lahan menepuk belakang badannya.
Memberikan dia sedikit kekuatan. Haiqal masih menyembamkan wajahnya pada bahu aku. Tiada apa yang kedengaran waktu itu selain bunyi esakan Haiqal.
"Sudahlah Haiqal. Kau kan syaiton, mana boleh cry-cry, tak macho lah. Aku sayang kaulah Eqal. As a friend"
Aku sengaja menaikan suasana dengan gelakan tapi Haiqal masih lagi mendiamkan diri. Biar sajalah dia. Mungkin dia tak ada sesiapa yang boleh diluahkan perasaan maka akulah yang kena dengar segala-galanya. Tak salahkan.
Do votes and comments, your cooperation is all meaningful to me ❧
YOU ARE READING
FantasyBittersweet Devil ✔ /ˌbɪtəˈswiːt ˈdɛv(ə)l/ 『 fantasy / teen fiction 』 〚 THE FABALOUS WRITER WINNER MOST MEREPEK GENRE AWARD 〛 Percaya atau tidak kalau aku bagitahu yang aku ini syaitan yang jatuh dari langit. Di palau oleh keluarga sendiri sebab aku...