Percikan api daripada lantai lava itu terkena sedikit pada kaki aku. Pantas tangan aku menggosok-gosok buku lali yang setengah melecur itu. Mama dengan Papa ini pun satu, lantai rumah ini lain kali suruhlah tukang rumah itu guna mosaic marble ke tak pun glass baru lah nampak modern ini tak macam sarang jin toncit tiga dah.
"Edward, cepat sini."
Dengar sahaja sahutan daripada Mama aku segera bergegas ke halaman rumah kayu itu. Devils mula berkumpul memenuhi perkarangan rumah tersebut menantikan ucapan daripada Papa. Mahkota Perak yang berada di kepalanya dibetulkan. Setiap kilauan gem yang ada pada mahkota itu membuatkan mata aku pedih sebegitu juga dengan orang sekeliling aku.
"Diaorang tunggu kau Ed, aku tak sabar nak tengok kau kena halau dari The Flame ni sebab ada devil macam kau ni lah merosakkan nama kerajaan ni. Kau seorang je yang devil yang kononnya baik sedangkan nama gelaran devil tu sesuai untuk syaitan yang jahat macam aku ni saja bukannya kau. Jadi layak ke kau nak duduk sini ?"
Jack merangkap syaitan paling ganas serta abang aku memberikan kata-kata kejian yang sungguh membuatkan aku tersentuh. Aku tahu aku syaitan yang bercanggah daripada The Flame. Tiada satu pun nenek moyang daripada Keluarga Riel's ini baik-baik belaka kecuali aku. Nama saja devil tapi buat kebaikan.
"Ed, bunuh manusia ni."
Papa yang berdiri tegap dihadapan seorang manusia yang sudah terjelepuk jatuh di tanah sesekali menendang manusia itu dengan kejam. Semua devils yang mengerumuni aku menjerit dan memaksa aku untuk membunuh manusia yang tidak bersalah itu.
Finn iaitu adik kecil aku mencampakkan taring harimau yang sudah diikat pada sebatang ranting dilontarkan kepada aku. Bergetar-getar aku cuba mengambil taring tersebut menuju ke arah manusia tersebut. Esakkan serta jeritan daripada manusia itu membuatkan devils lain bergelak sakan kerana suka melihat manusia itu tersiksa.
"Maaf pakcik Jamal. Maaf"
Taring itu ditikamkan pada tanah tanpa sedikit pun mengenai manusia itu. Suasana menjadi senyap sunyi namun sesetengah devils memaki hamun aku kerana tidak berjaya untuk membunuh. Sebenarnya aku tak sampai nak bunuh manusia ini sebab dia selalu belanja aku makan ice cream rama-rama yang boleh patah dua itu.
"Edward Riels ! Selagi kamu tak berubah jadi jahat jangan ada hati yang kamu nak balik The Flame. Mama berikan kamu masa and I'll send you at earth."
Sampai hati Mama halau aku dari The Flame. Aku ini anak dia, darah daging dia. Jack yang berada di bersebelahan Finn tersenyum sinis memandang aku begitu juga dengan Finn yang menjelirkan lidahnya kepada aku tanda mengejek.
Do votes and comments, your cooperation is all meaningful to me ❧
YOU ARE READING
FantasyBittersweet Devil ✔ /ˌbɪtəˈswiːt ˈdɛv(ə)l/ 『 fantasy / teen fiction 』 〚 THE FABALOUS WRITER WINNER MOST MEREPEK GENRE AWARD 〛 Percaya atau tidak kalau aku bagitahu yang aku ini syaitan yang jatuh dari langit. Di palau oleh keluarga sendiri sebab aku...