Special Chapter

69 40 0
                                    

SP| Fireworks

Aku memandang Anis dengan pandangan redup seakan-akan mahu menyampaikan sesuatu yang sudah lama dipendam. Lama juga aku berbuat demikian sehinggakan wajah Anis menampakkan tona merah tanda dia malu dipandang sebegitu. Bukan apa, cuma malam ini dia cantik sangat dengan dress putih itu. Ya, aku yang ajak Anis untuk datang ke Candle light dinner ini sebagai tanda terima kasih atas sebab dia sudah banyak kali menyelamatkan aku.

Dan dia juga mengubah hidup aku daripada devil kepada manusia sama sepertinya. Aku betul-betul sayangkan dia tapi cuma aku belum bersedia nak luahkan apa yang aku nak sangat kata pada dia. Mungkin malam ini aku dapat mengeratkan lagi hubungan aku dan Anis sehingga ke atas pelamin. Ayat yang agak cliche pernah aku sebut selama ini. Walaupun rasanya janggal tapi apa salahnya aku guna ayat itu. Aku manusia sekarang ini bukan devil lagi.

"Hm, sayang. Eqal nak cakap sesuatu."

Peluh jantan mula menitik pada dahi. Rasa dingin dan gemuruh mula menyelubungi satu badan aku. Nampaknya Anis masih menunggu aku untuk menghabiskan kata-kata. Matanya tidak berkedip memerhatikan aku yang tidak tentu arah dihadapannya. Peluh dilap dengan menggunakan alas meja. Aku pun satu pergi lap peluh dengan alas meja, tak tentu fasal orang yang berada berdekatan kami berdua tergelak melihat telatah aku.

"Eqal, kenapa kau lap muka kau dengan alas meja? Tuala tu kan ada. Apalah kau ni"

Disebabkan gemuruh yang dahsyat, aku sampai tak mampu nak memikirkan untuk beberapa kali. Sampaikan tuala yang kecil pada bahagian tepi meja pun tak perasan. Takut sangat macam ambil akad nikah dengan Tun Najib.

"Baby sayang, will you marry me?"

Segera kedua-dua tangan kecilnya menekup mulut. Anis kelihatan agak teruja dan terharu apabila aku mengatakan hasrat untuk berkahwin dengannya. Tapi entah dari mana datangnya Rayyan dengan berwajah bengis menyimbah air sirap pada muka aku. Suasana di dalam restaurant itu menjadi hingar-bingar buat seketika.

"Woi Haiqal! Hah, lain kali jangan tidur dalam class. Kan dah kena simbah dengan air."

Suara itu semakin lama semakin jelas kedengaran. Aku bermimpi rupanya, nightmare ini. Pertama kali aku mimpi teruk macam ini sampai dalam dunia nyata sekali aku kena simbah dengan air. Nasib baik bukan air sirap kalau tak naya aku.

"Haiqal! Cepatlah bangun! Anis dah tunggu kau tu! Petang ni jangan lupa pulak"

Afit yang sedang bercekak pinggang dihadapan aku tidak habis-habis mengomel daripada tadi. Dia ini memang tak tahu sabar, aku ini sudahlah baru bangun tidur dia boleh pula membebel macam mak nenek.

"Lupa apa, Fit?"

Dahi aku serta merta diberikan starlight daripada Afit. Aku memang tak tahu petang ini ada aktiviti apa. Sebab itulah aku tanya dia tapi kenapa pula aku kena starlight. Dia tahu tak dahi aku ini ada jerawat tumbuh dan dia sedap-sedap saja jentik pada bahagian jerawat itu. Sakit tahu tak ?

"Eqal, malam ni ada pyrotechnic lah. So, jumpa kat rooftop apartment Anis. Kau lambat, aku akan pastikan Anis henyak kau dalam longkang rumah aku. Kau faham tak ni Haiqal?"

Aku mengangguk berulang kali. Macam mana lah aku boleh lupa benda penting ini. Okay malam ini ada pyrotechnic. Jangan lupa Haiqal. Aku terus mencapai beg dan berjalan menuju Anis. Dia ini dari hari itu lagi nak ajak aku makan di cafe bersama-sama jadi terpaksalah aku teman dia petang ini. Nanti tak teman, merajuk pula Anis. Lebih baik aku teman dia kalau tak nak kena benam kepala dalam jamban dengan Afit.

 ‍ Where stories live. Discover now