15| Rescue Mission

56 54 0
                                    

Pandangan aku diubahkan kepada langit yang suram. Sedikit riak gembira langsung tidak terpapar di wajah. Kosong dan tiada sebarang perasaan.

Walaupun aku cuba sedaya upaya melupakan pelbagai perkara yang berlaku dalam kehidupan aku tapi bila waktunya tiba, aku akan terimbas semuanya. Cecair jernih mulai bertakung di kelopak mata. Entah mengapa perasaan sebak selalu saja mencengkam diri aku.

"Berita terus daripada The SCP Foundation. Makhluk yang selama ini sedang hangat diperkatakan meniti dari bibir ke bibir masyarakat kini telah berjaya dijumpai oleh pihak SCP..."

Telinga aku menangkap sesuatu perkara. Segera aku bergegas masuk menuju ke ruang tamu. Dari tadi aku sengaja membuka televisyen bagi menemani aku. Disebabkan tiada apa rancangan yang menarik perhatian jadi aku mengambil keputusan untuk berada di beranda.

"...Corporal Hassan, boleh tak corporal bagi sedikit information berkaitan makhluk tu?... Buat masa ni makhluk tersebut akan ditempatkan di detention room J-4357 bagi melakukan serba sedikit interview. Itu saja yang dapat saya katakan. Terima kasih."

Aku kesat air mata yang mengalir dengan kasar. Mereka dah dapat tangkap Haiqal. Tapi macam mana mereka boleh lakukan semua itu sedangkan Haiqal mempunyai kuasa yang luar biasa. Aku tak boleh biarkan pihak SCP buat apa-apa terhadap Haiqal.

Beg sandang tepi aku diambil lalu aku bergegas keluar daripada perut kediaman. Langkah aku juga turut dipercepatkan pada tahap maximum. Aku kena juga bantu Haiqal tapi aku kena minta tolong seseorang. Tak mampu aku untuk menempuhi seorang diri tanpa backup.

"Jadi kau dah tahu Haiqal itu devil? Macam mana kau tahu! Afit talk to me babe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jadi kau dah tahu Haiqal itu devil? Macam mana kau tahu! Afit talk to me babe."

Afit yang sedang duduk sambil memeluk tubuh, menundukan sedikit wajahnya. Aku masih menunggu response daripadanya. Hati aku memberontak mahu mengetahui dengan lebih lanjut.

"Macam ni... "

Seperti hari-hari biasa, aku akan duduk didalam bilik sambil meroyan bersama lagu-lagu BTS yang diputarkan oleh music player. Maklum lah aku adalah kpoper yang tegar. Aku juga punca si Anis menjadi kpoper seperti aku. Back to the point.

Sesekali aku mengikuti rentak lagu Idol. Bila terdengar lagu Bts ini automatic badan aku pun ikut goyang sekali. Kembang kempis hidung aku bila dirasakan skill menari aku lagi gempak daripada yang asalnya.

 ‍ Where stories live. Discover now