The SCP Foundation
Fail yang setebal 1 inci itu dihempaskan di dada meja. Sudah berminggu-minggu Corporal Hassan cuba menyelesaikan segala kemelut yang berlaku berkaitan makhluk yang jatuh dari langit tempoh lalu. Tapi masih juga tidak dapat menyelesaikannya dengan mudah.
Selalunya kes penangkapan berkaitan makhluk-makhluk aneh dan pelik terlalu senang dilakukan tapi kali ini tidak semudah seperti yang dijangkakan. Mug besi yang berisi kopi panas diteguk rakus. Otaknya runsing dengan persoalan yang bermain-main di dalam mindanya.
Jikalau kes ini tidak dapat diselesaikan maka dia akan dihadapkan dihadapan Fil Marsyal Othman. Kepalanya runsing dengan permasalahan tersebut. Makhluk kali ini membuatkannya susah.
"Corporal, saya nak berbincang tentang makhluk hari tu."
Lelaki dalam lingkungan 40-an yang mengenakan sut putih itu selangkah demi selangkah memasuki ruang pejabat tersebut. Beberapa fail dibawa bersama masuk ke dalam pejabat. Selepas saja memberikan tabik hormat, Corporal Hassan dan juga lelaki tersebut terus melabuhkan punggung.
"Ada apa-apa berita baru tentang makhluk itu, Prof Amzhar? "
Lelaki yang bernama Prof Amzhar itu tersengih menampakan sebaris gigi putihnya. Dari wajahnya terpancar cahaya kegembiraan yang tidak dapat diselindung.
Selama ini dia bertungkus-lumus untuk mendapatkan maklumat tentang makhluk tersebut. Siang malam dia berjaga bagi mendapatkan hasil yang bagus.
Fail berwarna merah pekat dihulurkan kepada Corporal Hassan. Senyumannya tidak lekang dari bibir. Fail mula berubah pemilik. Tajuk hadapan yang besar dilihat sekilas.
WARNING: THE FOUNDATION DATABASE IS
CLASSIFIED
ACCESS BY UNAUTHORIZED PERSONNEL IS STRICTLY PROHIBITED
PERPETRATORS WILL BE TRACKED, LOCATED, AND DETAINEDItem # : SCP-4357-J
Object Class : Euclid
Date : 190420██Satu persatu helaian muka surat dibaca dengan teliti. Sesekali Prof Amzhar cuba menerangkan sesuatu perkara yang tidak dapat difahami oleh Corporal Hassan. Dia hanya memasang telinga mendengar segala keterangan daripada lelaki tersebut. Wajah lelaki itu berubah serius meneliti secara terperinci perkara yang diterangkan.
"Menurut data, makhluk ini bukanlah sembarangan makhluk. Makhluk ini berasal dari tempat mitos yang kita sendiri tak boleh sahkan kebenarannya. Satu lagi perkara tentang Special Containment Procedures, makhluk ini boleh memakbulkan sesuatu hajat atau permintaan tapi nyawa atau sesuatu yang kita miliki menjadi galang ganti sebagai bayaran...."
Kemunculan makhluk itu sekali gus meragut kelincahan Corporal Hassan. Dia melepaskan keluhan dengan perlahan. Setiap kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki 40-an itu dihadamkan dalam-dalam. Makhluk seperti ini perlu dijejaki dengan segera. Sekiranya jatuh pada tangan yang salah, dunia bakal musnah.
"....Dan lagi satu, makhluk ini mempunyai keistimewaan iaitu mampu terbang dengan menggunakan sayap pada belakang badannya. Makhluk ini boleh dikatakan sebahagian hybrid daripada manusia. Kami masih lagi dalam proses mencari kebenarannya. Kalau kita dapat tangkap makhluk itu, kita boleh interview makhluk tersebut untuk mendapatkan pelbagai lagi maklumat berkaitan makhluk itu."
Corporal Hassan kematian bicara. Dia meletakkan fail tersebut perlahan-lahan di atas meja. Matanya melirik ke arah sekeping surat amaran pertama daripada Fil Marsyal Othman.
Entah kenapa kerisauan tiba-tiba menghimpit dirinya. Mukanya diraup beberapa kali. Prof Amzhar hanya diam memerhatikan tindakan lelaki itu.
"Kalau macam itu kita lakukan integrated concussion operation."
Lelaki dihadapannya itu mengangguk-anggukkan kepalanya berulang kali. Bagaikan sudah lama mengerti dengan impresi wajah Corporal Hassan.
Dia tahu yang lelaki itu mesti akan menggunakan kaedah itu untuk mendapatkan makhluk itu dengan cepat. Tidak hairanlah tiap kali makhluk aneh yang dijumpai akan ditangkap dengan mudah.
Tapi mengikut sesuatu keadaan. Jika mudah, kerja mereka akan menjadi mudah tapi jika susah, proses penangkapan makhluk tersebut lebih susah yang dijangkakan. Nampaknya kes kali ini agak rumit dan mencabar bagi pihak SCP.
Do votes and comments, your cooperation is all meaningful to me ❧
YOU ARE READING
FantasyBittersweet Devil ✔ /ˌbɪtəˈswiːt ˈdɛv(ə)l/ 『 fantasy / teen fiction 』 〚 THE FABALOUS WRITER WINNER MOST MEREPEK GENRE AWARD 〛 Percaya atau tidak kalau aku bagitahu yang aku ini syaitan yang jatuh dari langit. Di palau oleh keluarga sendiri sebab aku...