18| Memories Never Fade #2

54 42 1
                                    

20th Birthday | 第二 个记忆.

Belon berwarna-warni menghiasi dinding dalam apartment itu. Cahaya suram dari lampu shades menghiasi ruang sederhana besar mampu memperlihatkan suasana yang menenangkan. Mungkin Anis akan terkejut bila aku dan Afit buat surprise ini untuk birthday nya yang ke-19 tahun. Semua ini idea bernas daripada Afit, kalau tak kerna dia surprise ini takkan menjadi.

Jam tangan jenama casio ditenung lama. Lagi sikit lagi jarum jam akan menunjukkan tepat pada pukul 10:00 PM. Lama betul Anis ini, aku tak sabar nak cubit pipi dia yang tembam itu sebenarnya. Kalau sehari tak cubit memang tak sah. Terasa macam ketagih ecstacy bila tak dapat cubit pipi Anis. Walaupun kadang-kadang kena pukul, aku kisah apa.

"Pstt- Eqal, Anis nak dekat sampai ni. Standby weh."

Aku memberikan isyarat 'okay' kepada Afit. Semestinya Anis akan sakit jatung bila tahu surprise ini. Bunyi geseran pintu menerjah ruang apartment. Tanpa membuang masa, aku terus menerjah keluar daripada belakang sofa diikuti dengan Afit yang sedang membawa cake.

Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday for Anis...
Happy birthday to you...

Dari kelopak mata Anis, tergenang air mata hangat. Namun sebaliknya, dia masih juga mengukirkan senyuman kepada kami berdua. Tak sangka dah 20 tahun Anis hidup di atas muka bumi ini. Afit meminta Anis untuk meniupkan lilin pada cake tersebut tapi belum sempat lagi Anis mahu menghembuskan nafasnya, aku dahulu yang meniup lilin.

Mungkin mereka tak perasan aku tersembur sedikit air liur pada cake itu. Rasalah kemanisan air luir Edward ini, bukan kepalang tahu. Aku menepuk tangan sekuat-kuat yang mungkin apabila melihat Afit dan Anis mula memasamkan muka memandang ke arah aku. Bukan selalu aku dapat sambut birthday ini, baru first time. Itu pun menumpang birthday Anis.

 ‍ Where stories live. Discover now