Majalah Epop dihempaskan di meja. Tiada satu pun isi kandungan yang menarik perhatian aku. Rambut aku diramas kasar. Siapalah lelaki-lelaki yang aku nak cekup untuk ditunjukkan kepada Rayyan nanti.
Ini semua angkara idea gila si Afit itu lah. Kalau tak mulut dia yang macam longkang itu untuk cakap macam-macam, tak adalah Rayyan itu beria nak suruh aku tunjukkan teman lelaki yang kononnya wujud itu.
Kalau boleh aku nak saja lari pergi negara lain. Fikiran aku serabut, seserabut akar pepohon rimbun. Manalah aku nak letak muka bila Rayyan cakap aku ini penipu.
Habis satu college kecam aku nanti. Gelodak resah di dalam dada ini berombak kencang disebabkan hati aku terlalu gelisah. Macam mana ini.
"Kau fikirkan apa tu, Anis? Dari tadi aku tengok kau gelisah semacam. Just share all to me."
Aku memandang wajah Haiqal yang sedang duduk diatas sofa. Matanya yang memandang aku tidak berkedip. Mungkin dia mahu mendapatkan jawapan daripada aku agaknya.
Sekali lagi kekekokan kembali menerjah diri aku. Ayat yang aku susun rapi untuk disampaikan kepada Haiqal, semuanya berterabur. Tidak tahu apa yang patut aku ucapkan kepada lelaki tersebut.
"Kau fikir tentang macam mana nak cari boyfriend untuk kau tunjuk pada Rayyan kan? Huh, Anis?"
What the Hell. Macam mana Haiqal boleh tahu ini. Sepatutnya perkara macam ini dia tak boleh tahu. Kening berkerut seribu. Kadang-kadang aku tak faham dengan Haiqal ini, segala benda semua dia tahu. Pasang Stalker ke apa dia ini.
"Alahai kau ini Nis. Aku kan ada, buat apa kau nak susah payah cari manusia lain kat luar sana. Lagipun benda macam itu petik jari jelah. Easy!"
Jarinya dipetik kuat. Wajahnya juga seolah-olah terlalu angkuh dengan kehebatannya. Dia ini memang berlagak. Agak-agaknya dia terlebih minum air yang bersemut agaknya.
Dia lupa ke yang satu college itu dah anggap dia ini yang konon abang aku. Ke dia ini ada masalah mental. Devil apanya kalau macam ini. Harap saja muka hensem tapi lembab.
"Edward.. Kau lupa ke yang semua orang dah anggap kau ni abang aku. Takkan aku nak cakap yang kau ni bf aku pulak? Are you crazy? You cannot think that thing? "
Senyum sinisnya mula dipamerkan kepada aku. Anak mata aku juga kerap beralih daripada terus memandang Haiqal. Cara pandangan Haiqal lain macam mula.
"Kesian kau Nis. Kau lupa ke yang aku ini ada kuasa? Kalau tak macam mana aku boleh sembunyikan sayap aku ini daripada terlihat oleh makhluk lain? Kau makan semut jenis apa ini? Hahahahaha!"
Aku terdiam seketika. Macam mana aku boleh tahu kebolehan yang ada pada Haiqal ini. Dia kan Devil, mesti dia boleh tolong aku dengan kuasa dia itu. Serta merta senyuman bangga menghiasi bibir aku.
Haiqal yang melihat aku tersengih seorang diri memandang hairan. Inilah masanya aku akan balas dendam pada kau wahai Rayyan, useless ex. Dalam hati kini tersemat dengan hasrat hadir bersama-sama gelakkan jahat. Tunggu kau Rayyan.
YOU ARE READING
FantasyBittersweet Devil ✔ /ˌbɪtəˈswiːt ˈdɛv(ə)l/ 『 fantasy / teen fiction 』 〚 THE FABALOUS WRITER WINNER MOST MEREPEK GENRE AWARD 〛 Percaya atau tidak kalau aku bagitahu yang aku ini syaitan yang jatuh dari langit. Di palau oleh keluarga sendiri sebab aku...