21| Edward's Rebirth

65 40 3
                                    

Sisa salad yang tinggal aku tolak dengan hujung garfu. Langsung tiada selera untuk makan, tidur apatah lagi. Sudah dua hari aku berkurung di dalam apartment tanpa melakukan apa-apa. Mata aku juga mulai sembam dan bengkak akibat daripada menangis yang berpanjangan. Hidup aku sekarang ini bagaikan tidak terurus.

Habis dengan siapa lagi aku mahu meluahkan segala masalah yang berlaku terhadap diri aku sedangkan semua orang sudah tidak mengenali aku lagi. Seolah-olah aku ini langsung tidak pernah wujud di dunia ini. Tiada khabar langsung daripada Haiqal . Kemana dia menghilangkan diri meninggalkan kesan yang mendalam kepada aku.

"Aku rindu kau Haiqal.. Mana kau? "

Aku meraup wajah berulang-ulang kali. Air mata mulai membasahi kelopak mata. Tak tahulah berapa banyak kali aku menangis disebabkan Haiqal. Agaknya aku ini sudah tidak berguna lagi untuk dia ataupun dia juga tidak mengenali aku sepertimana orang lain disekeliling aku.

Satu persatu kenangan terlintas di kotak minda. Segala benda yang pernah aku dan juga Haiqal lalui, lakukan bersama tidak pernah aku lupakan cuma aku tak nak kenangan itu dibuang oleh Haiqal. Biar dua-dua mengingatinya, bagaimana Haiqal memalukan aku, membuatkan aku gembira, semuanya biar terpahat buat selamanya.

"Baliklah, Haiqal.. Aku nak cakap segalanya yang terbuku dalam hati aku ni. Kalau kau tak ada macam mana kau nak tahu apa yang ada dalam hati aku ni. Dulu kau pernah kata kat aku yang kau nak tahu sangat apa yang aku rahsiakan tapi kau.."

Air mata yang mengalir aku lap dengan hujung lengan baju yang panjang. Aku menutup wajah dengan kedua-dua belah tangan cuba menyembunyikan segala kesedihan tapi aku sedar takkan ada sesiapa yang tengok dan ambil tahu fasal benda yang berlaku ke atas aku.

Knock..knock..

Bunyi ketukan dimuka pintu membuatkan aku tersentak. Lekas aku bangkit daripada kerusi dan menuju ke pintu apartment. Aku berharap sangat ada seseorang yang sanggup berada disisi aku mendengarkan segala kisah duka lara lama yang terpendam. Tak sanggup aku untuk membiarkan ia mencakar-cakar hati yang sarat dengan kelukaan.

Daun pintu dibuka perlahan-lahan tak sabar mahu menanti gerangan siapakah yang mengetuk pintu tadi. Badan aku yang kecil dipeluk dengan lembut. Betul ke apa yang aku lihat sekarang ini. Aku tak bermimpi bukan? Ini memang betul-betul dia kan? Berkaca mata aku buat sekian kalinya menahan sebak yang amat sangat. Kali ini aku memang tak bermimpi.

"Anis! Aku suka kau, Nis! Aku suka kau!"

Aku dan Haiqal saling berbalas renungan penuh kasih. Akhirnya dia luahkan segalanya kepada aku. Benda ini lah yang tunggu-tunggukan keluar daripada mulut Haiqal. Dan hari ini aku dapat dengar keikhlasan hatinya terhadap aku. Kalau dari dulu lagi Haiqal katakan sebegitu kepada aku, sudah pastinya aku tidak akan tertunggu-tunggu.

Tangan Haiqal yang membelai pipi aku ditarik dan dikucup penuh perasaan cinta. Bahagia apabila dapat bersama sebegini dengan lelaki yang paling dicintai. Pelukan Haiqal yang semakin erat membuatkan aku terlentok manja di bawah dagu lelaki itu. Tapi aku tertanya-tanya kemana selama ini Haiqal pergi.

"Mana kau pergi Eqal? Kenapa kau suka tinggalkan aku sorang-sorang? Sekarang ni, semua orang kat sekeliling aku, Afit, jiran aku, semua orang langsung tak kenal aku. Apa yang dah jadi sebenarnya ni, Eqal? Aku tak faham."

"Setiap permintaan yang kau pernah minta dengan aku perlu ada bayarannya dan aku ambil identity kau sebagai bayaran. Lepas ni takkan ada siapa yang kenal kita berdua, Nis. Termasuklah Afit. "

Aku mengangkat kepala memandang Haiqal dengan sayu. Kalau semua dah tak kenal aku, habis macam mana dengan hidup aku? Afit, dah 7 tahun aku berkawan dengan dia dan sekarang kami berdua seperti stranger. Dia langsung tak kenal aku.

 ‍ Where stories live. Discover now