Suasana di dalam bilik Puan Tina senyap. Hanya kedengaran bunyi kipas berpusing ligat. Anwar yang sudah lebam diwajahnya aku pandang sekilas. Baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah. Sebelum ini aku cuba berbaik tapi dia main cara kasar. Aku memang tidak boleh sabar dengan perangai dia.
Sejak dalam class lagi, dia asyik menganggu aku. Kadang-kadang dia membaling kertas yang sudah direnyukan menjadi kepal lalu dibalingkan kepada aku. Aku masih bersabar. Tapi tahap kesabaran aku hilang tatkala dia membelasah aku di hadapan orang ramai.
Itulah padahnya jika berbuat onar dengan keluarga Devil. Jika dilihat secara zahirnya, aku memang seorang yang sangat baik tapi aku cuba sembunyikan kejahatan aku dari semua orang. Aku tak mahu ada apa-apa berlaku kepada orang sekeliling aku. Kali ini dia sudah menaikan amarah aku ke tahap yang maksimum.
Puan Tina yang berada di hadapan kami berdua sibuk menulis sesuatu di dalam dokumennya. Matanya berulang kali merenung aku dan Anwar. Selesai saja menulis, pen miliknya diletakkan di dalam bekas dengan cermat. Pandangannya kembali memandang ke arah kami berdua.
"Anwar. Masuk kali ni dah 5 kali awak terlibat dengan kes pergaduhan. Awak rasa patut ke kalau saya buang awak dari college ni?"
"Tapi puan.. "
Puan Tina berulang kali mengelengkan kepala. Anwar tunduk memandang meja. Mungkin dia terkesan dengan kata-kata daripada Puan Tina yang mahu membuangnya dari college ini. Jangtung aku kian berdebar. Rasanya aku juga akan bakal dibuang dari college ini.
"No, tak ada tapi-tapi. Saya dah banyak bagi awak peluang tapi awak sia-siakan peluang yang saya bagi pada awak. Jadi awak boleh kemas barang awak dalam locker and get out. Now! "
Anwar bangun dan terus meninggalkan bilik tersebut. Aku hanya membatukan diri. Belum sempat Puan Tina menyuarakan kata-katanya kepada aku, suatu ketukan dimuka pintu membuatkan Puan Tina terhenti daripada percakapannya.
"Masuk. "
Anis memasuki bilik. Aku agak terkejut juga dengan kehadiran dia ke sini. Ada apa pula yang dia mahu buat. Matanya sembam. Melihat saja wajahnya, terbit rasa bersalah di lubuk hati mengingatkan kejadian sebentar tadi. Bukan niat aku mahu menengking dia sebegitu tapi aku tidak mampu menahan nafsu marah yang melampau.
Dia duduk disebelah aku dengan tenang. Wajahnya aku amati lama. Lama juga dia mendiamkan diri sebelum suaranya memecah kesunyian.
"Puan. Saya mintak maaf atas apa yang abang saya buat hari ni. Saya tahu mesti perlakuan abang saya ni membuatkan Puan marah. Tapi tolonglah, jangan buang abang saya dari college ni. Saya merayu pada Puan. Tolonglah. Saya janji perkara ni takkan berlaku lagi. Please give a last chance. "
Puan Tina mendiamkan diri. Menghadap kata-kata daripada Anis tadi. Anis sedikit pun tidak memandang ke arah aku. Mungkin dia terasa hati dengan apa yang aku buat padanya. Aku memang betul tidak sengaja.
"Ok. I give him a last chance. Tapi disebabkan kesalahan dia yang menyalahi undang-undang college, dia akan digantung untuk seminggu ni. Then, dia boleh pergi ke college seperti biasa. And one more, Haiqal. Awak akan mengikut class seperti Anis. Maksudnya, awak akan satu class dengan Anis. Faham?"
Aku mengangguk perlahan sama diikuti Anis. Puan Tina menghulurkan sehelai kertas kepada aku. Aku teragak-agak untuk mengambil kertas itu. Apa yang tertulis dalam kertas itu membuatkan aku terkaku. Digantung supaya tidak boleh hadir ke college selama seminggu adalah benda yang membuatkan aku down. Itu apa yang aku rasa, tapi Anis pula. Mungkin berat hatinya menerima semuanya.
Baru saja masuk ke college sudah membuat hal. Mesti Anis marah dengan aku sekarang ini.
"Kalau tak ada apa-apa awak berdua boleh balik. "
Anis dan Puan Tina mula bersalaman. Aku hanya mampu memandang mereka berdua. Anis meminta diri untuk pulang. Aku mengekori Anis yang menonong keluar dari bilik tersebut. Dia langsung tak nak bercakap dengan aku. Pandang apatah lagi. Macam mana aku pujuk dia ini. Sudah beberapa lama aku kenal dia, Anis adalah seorang yang keras kepala.
Tidak boleh kalau dia merajuk. Memang lambat dia nak baik balik. Aduh, serabut kepala.
"Nis, thanks sebab backup aku tadi. Kalau kau tak ada, tak tahulah apa jadi kat aku ni. Anis, dahlah. Jangan merajuk, aku bukan sengaja nak tengking kau. Sumpah masa tu aku tak boleh kawal emosi aku. Anis! "
Bahunya aku tepuk. Dia pantas menoleh lalu merentap tangan aku dengan kasar. Matanya merenung ke dalam anak mata aku. Bagaikan ada satu sifat kemarahan yang ada pada anak matanya itu.
"Sudahlah Haiqal! Aku malas cakap dengan kau. Kalau macam ini lah perangai kau. Aku... "
"Kau apa? "
Anis kehilangan kata. Dia menunduk memandang bawah. Matanya dipejam lalu wajah aku kembali ditatap lama.
"Aku benci kau! "
Dia menolak badan aku ke belakang. Aku mampu melihat dia meninggalkan diri ini keseorangan. Petang itu aku pulang berjalan kaki ke apartment. Semasa perjalanan pulang, kata-kata daripada Anis terngiang-ngiang di lubang telinga. Betul ke dia benci aku.
Do votes and comments, your cooperation is all meaningful to me ❧
Author' Note
sian haiqal kena marah dengan anis. takpe kita tengoklah nanti. 😂
YOU ARE READING
FantasyBittersweet Devil ✔ /ˌbɪtəˈswiːt ˈdɛv(ə)l/ 『 fantasy / teen fiction 』 〚 THE FABALOUS WRITER WINNER MOST MEREPEK GENRE AWARD 〛 Percaya atau tidak kalau aku bagitahu yang aku ini syaitan yang jatuh dari langit. Di palau oleh keluarga sendiri sebab aku...