p/s; try lah baca sambil pasang lagu kat atas itu. Mana tahu dapat feel kan. hiks
∿━━━❀❀━━━∿
Matahari baru saja menebarkan cahayanya ke pelosok buana. Ramai manusia yang keluar daripada rumah untuk mengerjakan tugas. Mereka berkerja keras bagi mendapat pendapatan untuk menyara diri dan keluarga. Aku yang berada di rooftop apartment hanya memandang kosong.
Jalan raya yang penuh sesak dengan kenderaan, bunyi hon daripada pemandu yang tidak berpuas hati dengan pemandu lain seakan sudah sebati dengan aku di bumi ini. Jika di Flame dahulu tidak pernah aku lihat benda secanggih ini. Tapi di bumi lain benar daripada The Flame.
Aku meramas rambut sehingga ianya menjadi serabai. Banyak sangat perkara yang perlu aku fikirkan. Tak lama lagi aku terpaksa tinggalkan bumi dan pulang ke Flame. Itu adalah kontrak yang keluarga aku buat untuk aku sehingga aku berubah menjadi devil yang betul-betul jahat.
Seperti mana yang mereka mahukan selama aku berada di bumi, tapi aku masih lagi tak berubah. Tetap dengan pendirian aku untuk tidak mahu melakukan segala kejahatan. Minda aku terlalu sempit.
"Haiqal..."
Suara dari belakang aku menyentak ingauan. Anis yang berada di pintu rooftop itu berjalan menuju ke arah aku. Bunyi tapak kasutnya apabila bertemu dengan lantai menjadi teman suasana. Aku hanya memandang wajahnya yang keruh untuk seketika sebelum aku memalingkan wajah daripadanya.
Bukan apa, aku cuma malu bila terkenangkan kejadian di college ketika dulu. Aku tak tahu apa yang jadi dengan diri aku waktu itu. Terlalu mengikut perasaan. Tidak semena-mena aku menciumnya dihadapan orang ramai. Bila aku teringat semuanya aku jadi malu.
Malu dengan perbuatan aku yang melampau terhadapnya. Jika boleh aku tidak mahu memandang wajahnya langsung. Segan yang teramat sangat tidak terhingga.
"Eqal, kenapa kau taknak pandang aku? Selama ni kalau aku ada buat salah pada kau tolonglah maafkan aku. Kau asyik nak lari daripada aku je. Apa yang aku dah buat? Cuba kau cakap kat aku."
Tanpa dipinta, air jernih bertakung di kolam mata aku. Aku tak boleh dengar suara dia yang sayu itu. Dia buatkan aku lebih rasa bersalah. Hati aku terlalu nak lihat wajahnya tapi aku tak mampu.
"Nis, kau tak pernah buat salah pada aku pun. Buat apa kau nak minta maaf. Sepatutnya aku yang minta maaf dan bukanya kau Anis."
Suara bergetar perlahan. Sedikit pun wajahnya aku tidak pandang. Jeling pun tidak sama sekali. Suaranya perlahan mengandung sebak. Rasa bersalah mulai terbit dalam diri aku. Ego memaksa aku untuk lakukan semua ini.
"Eqal, kau jujur aku dengan aku. Kau ada buat benda bukan-bukan kat luar sana ke?"
Benda bukan-bukan? Apa yang dia cuba katakan. Dia sudah tahu semuanya ke? Tak mungkin, macam mana dia boleh tahu. Aku segara memusingkan badan menghadapnya. Suara aku terpampan di kerongkong. Wajahnya aku amati. Jelas terpancar air mata yang mengalir.
"Anis aku boleh terangkan pada kau. Tapi bukan kat sini."
"Habistu kat mana Edward? Kau masih nak sembunyikan segalanya pada Anis ke? Kau tak kesian kat dia ke?"
Entah dari mana, Jack muncul daripada belakang Anis. Aku terkejut dengan kehadiran lelaki tersebut. Aku dah agak, mesti dia akan ganggu Anis dan hasut dia dengan macam-macam benda. Abang yang tak guna aku pernah ada. Tembok yang dapat menahan ombak kekecewaan kini runtuh dalam dada. Dia memang dah melampau.
"Apa yang kau cakap kat dia hah! Dari dulu sampai sekarang kau tak habis-habis nak ganggu hidup aku. Sekarang ni kau nak ganggu Anis pula. Jawab persoalan aku Jack, apa yang kau dah cakap pada dia!"
Badan lelaki itu aku tolak kasar. Terhoyong-hayang badanya apabila tolakan aku kuat mengenainya. Senyuman sinis dipamerkan kepada aku. Matanya sesekali dilirikan ke arah Anis. Gadis itu mula mendekati kami berdua. Air matanya tidak berhenti-henti daripada mengalir membasahi pipinya yang gebu.
"Jadi betullah apa yang Jack, abang kau bagitahu aku Haiqal. Pasal kau bunuh manusia yang tak bersalah kat luar sana. Kenapa kau buat semua ni hah? Kau sendiri yang cakap kau takkan buat benda-benda jahat tapi kau tipu aku."
Semakin lebat air mata yang turun mengalir pada wajahnya. Kaki segera melangkah pergi dengan pantas meninggalkan aku dan juga Jack. Sebahagian aksara tidak dapat diluahkan kepadanya. Dia terlalu cepat pergi tanpa aku sempat memberitahunya akan hal yang sebenarnya. Sedetik aku bingung.
"Anis! Tunggu dengar apa yang aku nak cakap. Anis!"
Jack yang tersengih dtepi aku hiraukan. Aku segera mengejar Anis yang sudah jauh lari daripada aku. Anak tangga aku pijak dengan pantas menuruninya. Aku minta maaf Anis, aku tak bermaksud untuk buat kau macam ini. Kau terlalu dengar cakap orang lain daripada aku. Mana kepercayaan kau yang selama ini pada aku.
Dari jauh aku lihat Anis sudah masuk ke dalam apartment. Bunyi pintu dihempas dapat didengari aku dengan jelas sekali. Pantas aku mempercepatkan langkah. Berkali-kali aku mengetuk pintu supaya dia membukanya tapi hampa hanya bunyi esakan kedengaran disebalik pintu.
"Anis, tolonglah buka pintu ni. Dia tipu kau Nis..."
Aku berputus asa untuk mengetuk pintu. Perlahan aku jatuhkan badan lalu disandarkan pada pintu. Suara aku perlahan bertukar tangisan. Kepala aku diurut-urut beberapa kali. Kenapa Anis susah sangat nak dengar penjelasan daripada aku. Kenapa?
Disebalik pintu aku hanya mampu menyandar diri pada pintu. Aku tak tahu kenapa Haiqal sanggup buat aku macam ini. Kenapa perlu bohong aku. Apa salah aku? Entah mengapa terpercik rasa benci aku sekilas terhadapnya. Kalau kau betul sayangkan aku, kau takkan buat aku macam ni Haiqal.
Do votes and comments, your cooperation is all meaningful to me ❧
YOU ARE READING
FantasyBittersweet Devil ✔ /ˌbɪtəˈswiːt ˈdɛv(ə)l/ 『 fantasy / teen fiction 』 〚 THE FABALOUS WRITER WINNER MOST MEREPEK GENRE AWARD 〛 Percaya atau tidak kalau aku bagitahu yang aku ini syaitan yang jatuh dari langit. Di palau oleh keluarga sendiri sebab aku...