"Anis, buka mata."
Aku perlahan membuka mata. Ternyata aku dan Edward sudah berada di apartment. Edward yang berdiri dihadapan aku memandang sepi ke arah tingkap. Bunyi siren dari kereta polis memenuhi jalan raya. Dia kembali memandang tepat wajah aku yang polos. Aku langsung tak tahu nak berkata apa. Sekarang dia ada di depan mata aku tapi aku langsung membatukan diri seolah-olah tak bernyawa.
Aku masih lagi terkesan dengan kejadian hari itu.
"Thanks."
Dia menepuk bahu aku dan dia terus berlalu pergi menuju ke meja. Jug yang berisi air coco dituangkan ke dalam cawan. Aku memerhatikan perilakunya tanpa sebarang reaksi. Lebih sesuai yang boleh aku katakan, diam.
"Aku jahatkan, Nis ? Sebab tu hidup kau sekarang ni tak aman macam dulu kan ? Huh, aku tak patut jumpa kau sebab aku syaitan yang menyusahkan kau."
Sepi. Aku mengendahkan kata-kata daripadanya. Mungkin apa yang dikatakan olehnya memang betul. Dia memang menyusahkan hidup aku !
"Aku rasa aku patut tidur kat tempat lain malam ni. Aku tak nak diaorang kesan aku ada dengan kau and ak-"
"Aku jaga kau."
Aku memandang tepat ke arah anak matanya. Rasanya aku perlu berikan dia peluang kedua. Bukan apa, cuma aku tak nak bertengkar dengan dia waktu sebegini. Aku menghembuskan nafas berat dan membiarkan dia bersendirian.
Pintu bilik ditutup kemas. Aku melangkah menuju ke katil. Hanya menunggu masa untuk merasai keempukkan tilam itu. Rasanya bila berbaring saja di atas katil tersebut, aku akan tertidur terus.
Edward / Haiqal
Aku berdiri di balcony apartment memerhati segenap kaki langit yang dihiasi dengan bintang-bintang. Sejak tengah hari tadi Anis langsung tak keluar daripada biliknya. Agak risau juga dengan perangai dia yang suka berkurung dalam bilik. Selalunya dia tak macam itu, ditegur pun tak dilayan.
Beberapa hari selepas kejadian aku ditangkap oleh pihak The SCP Foundation, keadaan waktu ini agak huru-hara. Ada saja berita dikaca televisyen berkenaan dengan aku kalau tidak pun, bunyi siren kereta-kereta peronda polis yang melalui jalanraya.
Aku cuma kesiankan Anis yang terpaksa bersembunyi di apartment untuk berhari-hari lamanya. College pun sudah lama tidak dihadiri. Silap hari bulan kami berdua terpaksa menyembunyikan diri disini untuk bertahun-tahun. Tapi semua itu takkan terjadi kalau aku tinggalkan bumi, cuma apa yang akan terjadi pada Anis nanti kalau aku dah tak ada? Siapa yang mahu menjaga dia ?
Aku Edward, devil of The Flame dan aku tahu apa yang aku akan buat. Sekarang, aku perlukan beberapa minit lagi untuk aku habiskan kerja aku di bumi ini. Dan selepas itu, Anis akan hidup aman tanpa aku yang memporak-perandakan hidup dia selama ini.
Berat untuk aku tinggalkan Anis. Perasaan sayang semakin lama semakin menujah-nujah hati aku. Bila agaknya aku boleh luahkan perasaan aku pada dia. Memang betul Jack cakap, devil dan manusia tak boleh bersama tapi itu bukanlah penghalang.
YOU ARE READING
FantasíaBittersweet Devil ✔ /ˌbɪtəˈswiːt ˈdɛv(ə)l/ 『 fantasy / teen fiction 』 〚 THE FABALOUS WRITER WINNER MOST MEREPEK GENRE AWARD 〛 Percaya atau tidak kalau aku bagitahu yang aku ini syaitan yang jatuh dari langit. Di palau oleh keluarga sendiri sebab aku...