"Apa bayaran yang kau ambil daripada manusia tu?"
Di sebuah lorong gelap yang hanya ditemani cahaya bulan, aku dan juga satu sosok yang mengenakan sut hitam cuba berinteraksi antara satu sama lain. Walaupun aku terlalu kenal sangat dengan sosok tersebut tapi disebabkan keadaan yang terlalu gelap, hanya suara saja yang kedengaran.
"Aku masih tak ambil apa-apa bayaran lagi pada dia."
Sosok tersebut mendekatkan dirinya kepada aku. Wajahnya perlahan disinari cahaya rembulan. Dia merenung dengan mata yang tajam. Dengan tidak semena-mena kolar hoddie aku direntap kasar.
"Kau ni memang bodoh Edward! Kau lupa ke yang semua devil perlu ambil bayaran jika seseorang buat permintaan. Tapi kau? Apa yang kau ambil daripada dia? Jawab Ed!"
Peluh mula menitik pada dahi. Nafas aku juga tidak berhenti berombak kencang. Dari dulu sampai sekarang, Jack tak pernah nak berpuas hati dengan diri aku. Apa yang aku buat semuanya buruk pada pandangannya. Kali ini aku memang kesal kerana memiliki abang seperti dia ini.
"Aku cakap aku tak ambil apa-apa bayaran lagi daripada dia lah! Kau tak faham bahasa ke hah!? Kalau setakat kau turun bumi untuk ambil tahu tentang perubahan aku, kau tak payah lah!."
Kini aku membalas dengan nada suara yang tinggi. Kali ini adab terhadap abang tidak dihiraukan. Selama ini aku mendiamkan diri, orang disekeliling aku selamba memijak kepala aku. Mereka ingat aku bersifat baik seperti ini tidak mampu melawan mereka. Mereka silap.
Jack melepaskan genggamannya daripada kolar aku. Sayup-sayup kedengaran bunyi hilaian gelaknya yang memenuhi lorong tersebut. Aku hanya mendiamkan diri memandang polos ke arah Jack. Senyuman sinisnya diberikan kepada aku penuh dengan sindiran.
"It's up to you Edward. Aku tak kisah kalau kau tak balik ke Flame langsung. Sebab aku lebih suka. Tak adalah keturunan kita disindir dengan devil lain. Kerja aku pun jadi senang."
Butang pada sutnya ditanggal satu-persatu. Perlahan sut tersebut dilurutkan kebawah. Kini Jack hanya berlenging menampakan six packnya. Sayapnya yang besar dikibaskan ke udara. Angin sepoi-sepoi bahasa menerpa kulit wajah.
"Btw Edward, manusia yang kau berkawan tu cantik tapi sayang diperbodohkan dengan devil yang bernama Edward."
Ternaik sedikit telinga aku apabila Jack berkata sedemikian. Aku tahu manusia yang cuba dimaksudnya itu mesti Anis. Tiada manusia selain Anis yang aku kenal di bumi ini. Hati aku tidak tenang apabila Jack tersengih sendirian. Jangan cakap yang dia nak tuntut bayaran daripada gadis itu.
Hanya aku saja yang ada hak untuk tuntut bayaran tersebut, bukan dia. Aku mula mengenggamkan tangan. Perasaan risau dan marah bercampur baur. Hendak saja tumbukan itu dihadiahkan kepada lelaki dihadapanya ketika itu.
"Kau jangan sentuh dia Jack! Kalau aku tahu kau buat benda bukan-bukan kat dia, aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau!"
Ketawa Jack sekali lagi bergema. Kali ini lebih kuat daripada tadi. Senyuman yang diukir kemas dibibirnya perlahan berubah bengis. Sedaya-upaya dia cuba menahan amarahnya daripada terus mengawal diri. Kalau boleh dia mahu Edward dihapuskan sehingga tiada kesan tapi disebabkan dia ialah adik kandungnya, Jack tak mampu berbuat apa-apa.
"Hahaha, kau nak bunuh aku hanya disebabkan manusia tu? Kau dah angau dengan dia ke? Kau kena ingat, devil dengan human tak boleh bersama. Jangan jadi bebal."
Aku kehilangan kata-kata. Tidak tahu apa yang perlu aku balas dengan kata-kata Jack tadi. Mulut aku bagaikan dikunci dengan manga. Berat dan bisu.
"Remember Edward, kau dah tak ada banyak masa untuk tinggal kat bumi ini. Sampai waktu kau kena balik dan terima penghakiman. Itu pun kalau kau berjaya jadi jahat, kau bebas."
Aku mula terbayangkan jeriji besi yang membahagikan ketenangan dan juga keseksaan. Jack menguap perlahan. Terlalu bosan dirasainya apabila berbual dengan tunggul kayu seperti Edward ini. Lebih baik dia jalankan tugasnya sebagai devil. Menyesatkan dan merosakan manusia.
"Aku rasa dah tak ada benda lagi kot nak bincangkan dengan kau. So, kalau ada masa kita jumpa lagi Edward. Jangan lupa jaga Anis ya. Emmenez-moi à un autre endroit."
Jack terus hilang dalam kegelapan. Tubuhnya ghaib dari pandangan aku. Mungkin dia sudah pergi. Lagi bagus dia tak ada daripada ada. Aku terus menerjah lorong gelap itu. Mencari tempat yang sesuai untuk bersendirian. Aku berharap Anis pandai jaga diri bila aku dah tak ada nanti.
Do votes and comments, your cooperation is all meaningful to me ❧
YOU ARE READING
FantasyBittersweet Devil ✔ /ˌbɪtəˈswiːt ˈdɛv(ə)l/ 『 fantasy / teen fiction 』 〚 THE FABALOUS WRITER WINNER MOST MEREPEK GENRE AWARD 〛 Percaya atau tidak kalau aku bagitahu yang aku ini syaitan yang jatuh dari langit. Di palau oleh keluarga sendiri sebab aku...