6| Fight Fighter

161 87 7
                                    

Aku keluar daripada bilik pensyarah tersebut. Disebabkan waktu syarahan sudah habis jadi aku terus menapak menuju ke locker. Manusia-manusia ramai yang bertolakan. Apa yang mereka kejarkan pun aku tidak tahu.

Locker bernombor 112 dicari. Lama juga aku gagahkan mata ini untuk mencari nombor tersebut. Hah! Jumpa pun. Aku mencucuk kunci tersebut pada lubangnya lalu pintu locker terbuka. Habuk yang menerpa ke rongga hidung membuatkan aku bersin beberapa kali.

"Hai, awak budak baru eah? "

Aku terkejut dengan terjahan manusia tersebut. Buku-buku disusun kemas di dalam locker dan barulah aku dapat memandang manusia itu. Wajahnya yang putih itu membuatkan aku cair seketika.

"Saya Aina. Awak? "

Mulut aku terlopong sebaik saja mendengar suara merdu daripada manusia yang bernama Aina itu. Aku tersengih. Cantik sangat. Baru aku nampak manusia secantik dia ini. Kalah Anis. Tangannya yang dilambai-lambaikan dihadapan wajah aku segera menyentak aku daripada khayalan.

"Ha.. Nama.. Nama saya Haiqal. A.. Awak.. Cantik..."

Rambut gadis tersebut yang terjutai dimuka diselitkan ditelinga. Mungkin dia malu dengan kata-kata yang aku hamburkan kepadanya. Baru saja hendak membuka mulut, sekempulan lelaki datang mendekati aku. Badan aku ditolak kasar sehinggakan aku hampir jatuh terduduk.

"Aina. Dia buat apa kat you? "

Aina kelihatan bersalah. Dia mendekati seorang lelaki yang berbadan sasa lalu berbisik-bisik. Lelaki tersebut mengangguk kepala beberapa kali sebelum memandang tepat kepada aku. Tangannya memberi isyarat supaya Aina beredar dari situ.

Aku hanya memerhati perbuatan mereka. Lelaki tersebut meraup wajahnya berulang kali. Wajahnya merah menahan marah. Dia mencekak leher aku dengan kasar. Hampir-hampir aku kehilangan oksigen. Aku yang sakit hati terus merentap tangannya dari terus mencekak leher aku. Sakit gila tahu tak.

"Kau budak baru tak payah nak tunjuk belang kat sini boleh tak? Kau kacau awek aku lepastu sedap hati kau je nak sentuh-sentuh dia pahal? Kau tahu tak aku siapa? Aku Anwar boyfriend dia."

Aku memandangnya pelik. Sejak bila pula aku pegang dan sentuh Aina. Setahu aku dia yang datang pada aku dan menanyakan tentang nama aku. Dan aku baru tahu yang Aina adalah kekasihnya. Aku baru tahu kau tahu tak. Jadi betul lah Anis cakap selama ini. Yang mereka buat baik disebabkan ada muslihat. Pandai betul mereka mahu mengenakan aku.

Satu tumbukan padu singgah tepat pada pipi aku. Rakan-rakannya yang lain hanya ketawa sambil melihat aku yang mengerang kesakitan di tepi mereka. Sekali lagi tumbukan mengenai di perut. Kali ini senak dia, kau jangan tanyalah. Pecah telur aku.

Cecair berwarna merah mula mengalir di celahan bibir. Aku mula geram. Nafas aku turun dan naik dengan laju. Jika boleh mahu saja aku pijak perut mereka semua sehingga pecah. Lelaki yang bernama Anwar itu gelak sinis. Dia suka lihat aku terseksa.

Dia terus mendekati aku dan bertubi-tubi memberikan tumbukan. Aku memejamkan mata serapatnya. Gigi atas dan bawah dilagakan. Aku mula sakit hati tambahan pula sakit dengan bekas tumbukan daripada Anwar. Aku bingkas lalu menuju ke arah Anwar yang masih galak mengetawakan aku.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 ‍ Where stories live. Discover now