Badan dibelek dihadapan cermin. Tangan aku diletakkan dipinggang. Mengalahkan di fashion show. Hoddie berwarna biru pekat dilihat beberapa kali. Rambut disikat kemas ke tepi seperti gaya ala-ala rambut Justin Bieber. Jari aku dipetik lalu diarahkan ke cermin. Pantulan dari cermin jelas menunjukkan kehenseman aku.
"Haiqal, cepatlah. Kau ni mengalahkan perempuan tahu tak? Nak belek-belek pulak. Cepat sikit."
Suara Anis bergema memasuki bilik. Hari ini aku akan pergi ke college. Pelik bukan? Devil or lebih senang dibahasakan sebagai Syaitan perlu pergi ke college. Perlu ke nak sampai buat macam itu semata-mata nak undercover.
Lagipun first time aku perlu pergi college untuk belajar. Perasaan gugup dan berdebar bercampur baur dalam perasaan sekarang ini. Aku mencapai beg berjenama outdoor dan terus keluar dari bilik. Kelihatan Anis sedang duduk sambil memeluk tubuh.
"Aku ingat kau dah arwah kat dalam bilik tu. Kau tengok sekarang pukul berapa?"
Ayat dia itu mengalahkan aku duduk bertahun dalam bilik. Marah sangatlah itu. Aku memakai sneaker lalu menuju ke arah Anis. Dia bingkas lalu keluar dari rumah diikuti aku di belakangnya.
Masa dalam lif untuk turun ke basement pun dia senyap. Dia marah agaknya. Aku lihat jam pada pergelangan tangan. Patutlah, dah lambat rupanya. Itu yang muka masam mencuka saja.
Di dalam kereta juga pun senyap sunyi. Hanya kedengaran bunyi suara yang datang dari corong radio. Aku memerhati keadaan sekeliling. Awan biru dikaki langit membuatkan aku teringat pada keluarga Devil. Apa agaknya yang mereka lakukan kini.
Perkarangan kolej tersebut mulai penuh dengan kereta dan juga manusia-manusia yang berkumpul dan bergelak sakan ditengah jalan. Aku hanya memerhati. Pandangan mereka semua dihalakan kepada aku. Ada yang berbisik seperti Makcik Bawang. Ada yang melambai keriangan.
Aku membalas lambaian tersebut. Tak nak lah orang cakap yang aku ini sombong. 'Bila pegang title budak baru ini, kau kena ingat ramai yang akan ambil kesempatan.' Seakan-akan terngiang ayat-ayat yang diberikan oleh Anis kepada aku.
Kereta Myvi putih milik Anis memasuki parking lot yang kosong. Enjin dimatikan lalu dia keluar dari perut kereta. Begnya hanya disandung sebelah. Aku hanya mengikut saja dia memasuki ruangan collage yang besar. 'Eve International College' Nama college yang sangat popular.
Awal-awal lagi aku sudah menggunakan perkhidmatan Mr.Google untuk mencari maklumat tentang college tersebut. Boleh dikatakan 90% manusia yang kaya-kaya belajar disini. Not bad.
"Nah, kunci loker kau. Ni kau punya schedule class kau. Aku dah register kan kau tadi. So,now kau kena pergi class Prof. Hamzah."
Aku menyambut kunci tersebut beserta jadual waktu. Tapi aku masih tercengang. Bukan apa, aku tak tahu di mananya terletak bilik pensyarah yang dikatakan oleh Anis tadi. Aku menggaru-garu kepala yang gatal.
"Jomlah aku hantarkan kau. Cepat aku dah lambat ini. Nanti aku kena marah pula. Cepat!"
Sungguh mulia hati manusia ini. Aku mengikut Anis sehinggalah dia berhenti di sebuah bilik. Aku memandangnya yang menjenguk-jenguk di dalam bilik tersebut.
"Ok, Haiqal. Kerja kau senang je. Kau duduk dalam itu. Kau dengar apa yang Prof itu cakap and then catit apa yang penting. Ingat jangan buat hal. Hari ini first day kau. Kau buat hal, aku akan pastikan hidup kau merana."
Saiko gila manusia ini. Dia cuba ugut aku ke sekarang ini. Aku memandang wajahnya lama sebelum tangan aku memegang kedua bahunya. Anak matanya aku tenung lama.
"Sayang, thanks sebab hantar aku sampai sini. I love you."
Muka Anis memerah. Matanya juga tidak terlerai dari memandang aku. Aku tersengih melihat keadaan wajah Anis yang membahang.
"Hahaha, Just kidding."
Aku sebenarnya saja nak test sweet talker aku ini. Mana tahu boleh try pada manusia-manusia lain di dalam nanti. Anis tersenyum sedikit lalu memandang lantai. Penumbuknya yang sudah dikepal lama hinggap pada bahu aku. Lembut mengenai tepat pada bahu. Pandai dia bergurau.
"Dah aku pergi dululah. Bye. Ingat aku sentiasa perhatikan dari jauh."
Dua jarinya yang terarahkan kepada matanya terus dialihkan kepada mata aku. Betul lah aku cakap yang dia ini saiko. Tapi tetap comel. Dia terus beredar meninggalkan aku. Dari jauh, aku hanya tersenyum kecil mengingatkan mukanya yang merah sebentar tadi.
Do votes and comments, your cooperation is all meaningful to me ❧
YOU ARE READING
FantasyBittersweet Devil ✔ /ˌbɪtəˈswiːt ˈdɛv(ə)l/ 『 fantasy / teen fiction 』 〚 THE FABALOUS WRITER WINNER MOST MEREPEK GENRE AWARD 〛 Percaya atau tidak kalau aku bagitahu yang aku ini syaitan yang jatuh dari langit. Di palau oleh keluarga sendiri sebab aku...