16| Save me

49 55 0
                                    

Kereta honda Afit berhenti betul-betul dihadapan barrier gate The SCP Foundation. Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Nampaknya situasi sekarang ini amat rumit dengan keberadaan seorang lelaki berpakaian security guard lengkap mengetuk-ngetuk cermin tingkap kenderaan yang dinaiki kami berdua ketika itu.

"Nis, kau sembunyi biar aku settle mamat ni."

Mendengar saja kata-kata daripada Afit, aku segera menyembunyikan diri disebalik seat car. Apalah agaknya yang terjadi pada Edward. Kerisauan yang menghantui jiwa aku kini semakin kian memuncak.

"Sesiapa tidak dibenarkan masuk buat masa ni. Sila keluar dari kawasan ni dengan segera kalau tak nak apa-apa tindakan diberikan kepada puan."

Macam mana pula ini. Takkan aku nak biarkan Edward ada di dalam tempat jahanam itu. Dengan project dan juga experiments mengarut yang SCP Foundation lakukan terhadap makhluk penangkapannya, mustahil Edward boleh terselamat walaupun dia devil.

"Alah bang, bolehlah urgent ni. Abang single kan ? Hah, nampak gayanya saya boleh tolong abang. Hm, apa kata kita borak-borak dulu. Mana tahu kita berdua boleh borak sampai ke pelamin. "

"AH ! Jangan mengarut !"

Afit membuka pintu keretanya. Dari bahagian celahan seat tersebut aku melihat Afit memberikan isyarat supaya aku segera menyelinap masuk ke dalam tempat tersebut. Aku tahu Afit mahu melengah-lengahkan keadaan bagi memudahkan aku keluar dari kereta itu. Tanpa membuang masa aku terus memasuki tempat itu dengan berhati-hati.

Pintu pagar yang hampir berkarat itu dibuka perlahan. Bunyi yang terhasil daripada geseran pintu itu membuatkan bunyi bising menerpa ruang tersebut. Terasa berdebar jantung ini tatkala melihat beberapa pekerja disitu melintas laluan menuju ke pintu East. Afit memang pandai, dia membawa aku ke tempat yang betul dan mempunyai strategy yang kurang bahaya. Mungkin...

Kelibat mereka terus hilang dari pandangan. Ini masanya untuk aku selamatkan Edward. Pintu East itu dibuka, ruangan dalam yang gelap dan suram membuatkan bulu roma aku berdiri tegak. Tiada langsung bunyi yang dapat didengari aku, cuma kelihatan bilik kaca yang di dalamnya terdapat pelbagai makhluk aneh. Bukan itu saja, bunyi setiap pergerakan mesin yang berada disekitar kawasan tersebut membuatkan suasana lagi menyeramkan.

"Mana satu bilik tahanan Haiqal ni."

Nombor yang ada pada setiap pintu diteliti dengan betul. Tak silap aku...

Detention Room J-4357

"Yes ! Ini pun."

"Hoi ! Penceroboh !"

Serta-merta bunyi siren menyelubungi satu bangunan tersebut. Sekumpulan guard datang menghampiri aku. Pintu itu tak boleh dibuka sembarangan, ianya perlu ada card access nya sendiri. Tapi mana pula aku nak cari benda itu dengan keadaan sebegini.

"Sorry Edward, bukan masa ini."

Aku terus berlari untuk menyelamatkan diri. Terasa dunia ini tidak tentu arah. Sampai di suatu tempat yang benar-benar membuatkan aku hilang peluang. Aku terjebak antara dinding dan juga sekumpulan guard yang sudah hampir dengan aku.

"Puan, sila serahkan diri anda. Anda sudah dikep-"

Satu das tembakan mengenai tepat pada dada lelaki tersebut. Seorang lagi lelaki yang bersebelahan lelaki yang ditembak itu tadi juga turut terkena benda yang sama. Darah mula membasahi lantai disekitar tempat tersebut. Tidak semena-mena salah seorang guard daripada mereka memacukan senapang ke arah aku.

Aku memejamkan mata dengan serapat-rapat yang mungkin. Suasana menjadi haru biru ditambahkan lagi bunyi jeritan dan tembakan bertubi-tubi membuatkan aku menggigil ketakutan. Entah mengapa bunyi yang bising tadi bertukar sepi. Mata aku dibuka perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya melihat sekumpulan guard yang tadinya ingin menembak aku sudah bergelimpangan di atas lantai berlumuran darah.

Apa yang sudah terjadi sebenarnya ? Aku teringatkan Edward yang berada di bilik tawanan terus berlari menuju ke sana. Lupakan fasal tadi, aku perlu cepat. Bunyi siren masih lagi didengari nyaring. Kadang-kadang pengumuman daripada pihak atasan juga kedengaran. Eh ! Bila masa pula pintu ini terbuka ? Seingat aku pintu ini terkunci. Siapa yang buka ?

"Anis ! Tolong aku, Nis !"

Edward yang terbaring di atas katil sambil tangannya diikat dengan besi penahan, meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri. Aku cuba untuk selamatkan dia tapi sangkar laser itu menghalang untuk aku ke sana. Bunyi hentakan kasut semakin menghampiri bilik tersebut. Aku semakin cuak.

"Anis ! Kau nampakkan kotak suis kat tepi tu ? Itu je harapan kita. Sangkar ni dah dikelilingi dengan hexagram composed of sea-salt dan silver dust. Mustahil untuk aku guna kuasa aku, Nis. Cepat !"

Wayar merah dengan kuning, biru dengan putih. Serentak itu pintu bilik tahanan tersebut tiba-tiba terkunci. Beberapa pegawai dan guard cuba memecahkan pintu tersebut. Aku mempedulikan mereka, Edward perlukan aku. Satu wayar coklat tua masih belum disambungkan tapi mana satu wayar yang aku nak sambungkan ? Ada banyak !

"Anis ! Cepat !"

Okay, merah ! Serta merta sangkar laser itu itu dimatikan. Edward segera berlari ke arah aku dan terus menarik aku di dalam dakapannya.

"Emmenez-nous dans un endroit plus sûr."

Aku dan Edward terus hilang dalam asap tebal dan waktu itu juga pintu bilik pecah diserbu.

Do votes and comments, your cooperation is all meaningful to me ❧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Do votes and comments, your cooperation is all meaningful to me ❧

 ‍ Where stories live. Discover now