Aku beralih pada gambar terakhir. Dimana aku dan Anis melakukan presentation di dalam class. Perkara yang sangat memalukan Anis sehinggakan dia tidak mahu bercakap dengan aku mahupun pergi ke college selama seminggu. Lawak sangat aku rasakan ketika itu. Lama Anis merajuk dan susah jugalah bagi aku untuk memujuk dia.
Freaky Tuesday | 最后的记忆.
"Okay, Anis dan Haiqal kamu berdua boleh present awak punya assignment"
Aku terus berjalan menuju ke hadapan class. Semua orang mula memandang tepat ke arah aku dan juga Anis. Professor Ismail menanti presentation daripada kami dengan muka tegang. Terasa macam artis pula berdiri di hadapan orang ramai ini.
"Hi, saya Anis Afeena dan ni pula Haiqal. Tajuk kali ni yang akan kami present kan kepada korang semua adalah berkaitan dengan superpower yang kita semua miliki yang jarang kita sedari. First of all, kapasiti simpanan memori otak manusia bersamaan dengan 1 petabyte ( 1000 terabyte )...
"...Kajian di University Texas menemukan bahawa satu sinaps iaitu ruang antara neuron mampu menyimpan 4,7 bit. Ni terbukti kapasiti otak sama dengan 1 petabyte iaitu 10 kali ganda lebih banyak dari sebelum ni..."
Tercengang aku apabila mendengar segala keterangan daripada Anis. Hebatnya kamu, yakinnya kamu. Semua orang yang mendengar juga turut terpaku termasuklah professor yang duduk di bahagian tepi kami berdua. That's my girl.
"...Besides, manusia juga memiliki lebih daripada lima pancaindera. Kat sini aku boleh terangkan pada korang yang selain kita ada deria rasa, deria bau, deria penglihatan, sentuhan dan pendengaran, kita juga memiliki 9 hingga 20 indera iaitu thermoception ( deria kehangatan ), proprioception ( memahami posisi tubuh orang lain ) dan yang lebih penting adalah six sense..."
YOU ARE READING
FantasyBittersweet Devil ✔ /ˌbɪtəˈswiːt ˈdɛv(ə)l/ 『 fantasy / teen fiction 』 〚 THE FABALOUS WRITER WINNER MOST MEREPEK GENRE AWARD 〛 Percaya atau tidak kalau aku bagitahu yang aku ini syaitan yang jatuh dari langit. Di palau oleh keluarga sendiri sebab aku...