Bab dua

15.3K 641 41
                                    

Aku membuka Samsung Flip keluaran terbaru pemberian dari mummy dan aku terkejut mummy ada simpan sim cardlah, aku memasukkan sim card aku dan nasib baik Samsung ni dapat dua sim card. Aku dengan sakai menerokai phone baru aku. Tangan ku tertekan tempat notes.

'Mummy minta maaf dekat Dell sebab tak mampu mempertahankan Dell, mummy rasa mummy ni gagal menjadi seorang ibu. Ni je yang mampu mummy coverkan buat Dell supaya Dell tak susah payah untuk membeli phone. Apa apa just text me ok Dell.'

Aku tersenyum membaca nota yang mummy simpan buatku.

"Kita dah sampai kat kampung puan."

Am I look like puan? Nah daripada dia kurang ajar dekat aku.

Aku memberikan not 50 dekat pakcik tersebut lalu ku ambil semua barangku yang ada dalam bonet grab.

"Assalamualaikum atok!" laungku. Aku duduk di tangga kayu. Ah rindunya aku dekat suasana kampung!

"Waalaikumsalam Alyna! Masuk masuk! Maaflah ye Alyna sebab lambat buka pintu atok lepas masak tadi." Dengan kopiah senget atok tu aku peluk badan dia. Rindunya aku dekat atok.

"Eh eh takpe ehh atok biar Alyna je yang bawa beg Alyna kat bilik ye," Aku merungkaikan tangan atok yang sudah memegang besi bagasi aku. Orang kampung panggil aku Alyna sebab nama tu nama yang unik bagi diorang. A-lai-na bukan A-li-na.

Aku membuka tudung ku lalu ku dapur menjadi sasaran kakiku.

"Apa atok masak?" Aku menghidu bau yang sangat wangi.

"Atok masak ayam rendang dengan ikan tiga rasa!" Wah! Makanan kegemaran aku. Macam tahu-tahu sahaja atok ni yang aku nak datang.

Aku mengambil pinggan untuk kami dua sahaja. Bayangan nenek aku langsung tidak nampak.

"Atok harap Alyna sabar dengan perangai papa kamu tu. Atok tak tahu kenapa dia sanggup buat macamtu dekat kamu! Mungkin silap atoh dalam mendidik dia sebabtu dia jadi macamtu." Atok mengeleng-gelengkan kepalanya. Kopiah yang memang sengit dibuka dan dipakai kembali. Tetap senget!

Aku hanya senyum memandang atok. Comel atok aku ni.

"Atok. Nenek kat mana?"

"Ouh nenek kamu pergi pasar dengan Malique." Aku memandang atok. Siapa pula dia tu.

"Eh lupa pula Alyna tak kenal hehe. Tu ustaz kat kampung ni. Ustaz Faliq Aiman Malique. "

"Uih kenapa nama dia macam orang bandar?" soalku. Jujur aku katakan dekat kampung ni, nama yang mereka bagi semua jelas nama kampung sebabtu kalau ada nama ganjil memang dari orang bandar.

"Dah namanya dia orang bandar." Aku hanya menganggukkan kepala aku tanda mengerti. Suasana ketika kami makan memang sunyi. Menikmati kelazatan air tangan atok.

"Ni atok nak pergi kebun kejap, Alyna jaga rumah ni ye" Aku menaikkan bibir aku sedikit. Orang baru datang sini, dah lenyap semua orang.

Aku duduk-duduk berhampiran jendela. Langit sangat biru bertemankan awan yang putih. Satu kombinasi yang cukup sempurna. Aku tersenyum. Masha Allah, sungguh Allah Maha Mengetahui.

"Assalamualaikum!" Suara garau mematikan lamunanku terhadap langit. Jantung aku dengan tiba-tiba berdegup laju.

Aku pergi ke pintu. Tanpa membalas salamnya aku membuka pintu dan mata aku memandang tepat matanya ketika dia mengangkat kepalanya. Boleh tak pasang lagu hael jampi part kau buat ku terpaku?

Serta merta dia tunduk ke lantai aku menggaru kepala ku. Haish pesal kenapa rambut aku beralun ditampar angin ni- eh rambut. Aku berlari mengambil selendang lalu ku lilit macam tu saja

Ustaz Aku Bad Boy ©Where stories live. Discover now