"Sayang, bangun. Dah subuh." Aku hanya membiarkan dia mengejutkan aku. Aku seorang yang liat bangun. Tangannya yang bermain diwajah aku tolak. Kacau aku tidur je. Aku dahlah selesa dengan selimut yang membalut badan aku.
"Haih liat betul sayang ni nak bangun." Selimut aku ditarik kebawah. Aku terus mengangkat tangan aku dan mencari selimut yang ditarik. Sejuk betul!
Aku membuka mata aku perlahan. Wajah kacak Faliq dengan rambut yang serabai menjadi santapan mata aku. Mata aku jatuh memandang badannya yang hanya mengenakan seluar. Jelas pemandangan aku kali ini membuatkan aku merasakan ada kupu-kupu yang berterbangan dalam perut.
"Bangun sayang. Jom mandi," ajaknya lagi. Aku menggelengkan kepala aku dan dalam keadaan masih belum sedar, aku memeluk dia dan merehatkan kepala aku atas dadanya.
"Ya Allah sayangku Alyna. Mandi lepastu solat. Lepas solat boleh tidur lagi." Faliq memujuk aku lagi.
"Tak nak mandi. Sejuk," ujarku perlahan.
"Tak boleh. Kena mandi. Nanti tak sah solat." Aku merungut dan dengan malas aku bangun.
Faliq berdiri dan menarik tangan aku untuk berdiri juga.
"Nak gendong," rengekku. Faliq menggosok kepala aku sehingga rambut aku menjadi serabai. Badan aku dicempung dan dibawa ke bilik mandi. Ah sukanya kita. Sekarang dah berteman!
Aku menghidupkan air dryer untuk mengeringkan rambut aku yang masih basah. Aku terlupa yang aku sudah mandi sebelum subuh, bangun je tidur aku selepas solat subuh aku mandi lagi.
Faliq pula masih berbaring sambil bermain dengan phonenya. Aku macam tak percaya yang Faliq kini menjadi suami aku dan kini aku menggalas title isteri.
"Salam pagi! Dah bangun ke pengantin? Orang bawah dah tunggu untuk sarapan!" Pintu diketuk oleh Waiz.
Faliq bangun dan membuka sedikit pintu. "Kejap lagi kami turun." Pintu ditutup kembali dan aku memandang Faliq. Mata aku mengecil.
"Bie, sini kejap." Aku mengambil sunscreen aku. Faliq hanya diam dan berdiri hadapan aku.
"Ni. Nak tutup tu." Aku memuncungkan mulut aku ke leher Faliq. Automatik tangan Faliq memegang lehernya sendiri sebelum dia ketawa.
"Sayanglah ni." Dia tersengih. Aku menggosok lehernya perlahan dengan sunscreen. Ok! Tertutup sedikit.
Aku dapat lihat yang apple adam Faliq turun naik. Gugup juga aku rasakan dengan jarak kami yang sangat hampir.
"Siap! Jom! Eh-" Tangan aku ditarik perlahan.
"Selamat pagi isteri bie. I love you." Aku tersenyum. Tangannya bergerak ke pinggang aku.
"Selamat pagi suami sayang. I love you more." Pipinya aku kucup sekilas dan tudung sarung terus aku pakai.
"Tu dia! Pengantin kita!" sorak Waiz.
"Pengantin baru! Duduk bersanding teripu malu-malu kucing!" usik Abang Imran dengan tawa mereka.
"Tapi Dell shy-shy ton!" Abang Ishak menyambung lagi.
Aku menjeling mereka dan duduk sebelah Faliq. Usikan dari keluarga aku malas untuk aku layan! Makin layan, semakin menjadi-jadi!
"Apa? Amsterdam?! Betulke bie?" soalku sambil merenung tiket penerbangan yang baru sahaja dihulur oleh Faliq. Lepas sahaja solat isha, terus dia tayang dua tiket penerbangan dihadapan aku.
"Taklah main main je lah. Lepas ni koyaklah balik," balas Faliq selamba
"Baby." Aku memandangnya tak puas hati. Dia main-main pulak. Aku memeluknya erat.
"Thanks biee. I love you," ucapku. Kedua tanganku memeluk pinggangnya.
"Dell, Faliq, ni Nadia nan-ni yang aku malas tak hormat orang! Ingat dia seorang je bercinta!" jerit Abang Imran.
Aku menjeling Abang Imran namun tanganku masih lagi memeluk pinggang Faliq.
"Apa? Kenapa Im kau jerit?" Waiz berlari menuju ke arah bilik aku. Ini dah kenapa nak sibuk urusan laki bini ni ha?
"Sibuk ah kau! Tak ada kerja lain ke nak sibuk hal orang!" marahku. Waiz hanya ketawa dan mengikutkan mimik wajah aku.
"Nadia ni merajuk dengan aku. Dia nak tidur dengan korang berdua." Nadia menjeling Abang Imran dengan patungnya yang berada dalam genggamannya.
"Yakin ke Nadia nak tidur dengan daddy mama? Nadia nak ada adik?" soal Faliq dengan wajah yang tidak bersalah.
Aku mencubit lengannya. "Tak senonoh kata macamtu depan anak!" marahku. Faliq menggosok lengannya yang aku cubit.
Nadia langsung tidak menghiraukan kata-kata Faliq dan memeluk kaki aku.
"Nadia tidur dengan mama dan daddy malam ni ya. Dah jangan monyok," pujukku apabila Nadia masih berdiam diri. Kepala dianggukkan dan dia mengangkat tangannya tanda dia minta digendong. Haih manja Nadia ni.
"Daddy, Nadia nak tidur kat tengah-tengah. I'm scared kalau dekat hujung," adu Nadia. Mulut dimuncungkan.
"Nadia kan dah besar. Daddy nak tidur tepi mama." Faliq tak nak mengalah. Dia ingin menukar posisi badan dia untuk berpindah sebelah aku-
"Daddy! Nadia takut! Tak nak!" laung Nadia. Dia menangis kuat.
"Ish bie ni. Dengan Nadia pun tak nak mengalah ke? Let her sleep between us bie. I'll promise you to sleep by your side always plus we have more time at our honeymoon later," pujukku. Faliq memandang aku dan mengenyitkan matanya.
"Forgot bout that."
"You! Little girl! Watch out!" Faliq menyucuk pinggang Nadia apabila dia sebenarnya berpura-pura menangis.
"Maaf daddy hehe. Lepasni tak lagi bohong daddy." Nadia mengucup pipi Faliq.
"Ahhh! Bodoh! Bodoh! Bodoh!" carutnya. Kepala dia berdenyut-denyut. Dia tak boleh biarkan mereka bahagia! Dia seharusnya berterima kasih dekat Elly kerana Elly nak tumpang kereta dia untuk balik tadi. Tak tahu pula itu perkahwinan Faliq.
"Sepatutnya saya yang kahwin dengan awak sayang. Saya yang suka awak dulu sayang. Saya dapat jaga awak lebih dari dia jaga awak," ujarnya dengan nada lembut dihadapan gambar Faliq yang disimpan.
"Delilah Alyna, kau jagakan kejap ya bakal suami aku. Sudah tiba masanya aku ambil dia semula." Hilaian ketawanya membuatkan kawannya yang memandang dia meremang.
"Dah nasihat suruh jumpa pakar psychiatrist tak nak. Kan dah ada masalah mental," sindir Elly perlahan. Kepala digeleng beberapa kali.
"Elly, kalau aku bunuh isteri dia kau rasa seronok tak?" Pisau kecil yang sentiasa disimpan dalam poket dikeluarkan. Lidahnya menjilat pisau tersebut.
Lantas Elly merampas pisau kecil yang disimpan. "Sudah! Kau kena makan ubat ni!"
"Aku tak gila Elly bua tapa nak makan ubat?" Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. Mata dikelipkan beberapa kali. Tangannya terketar-ketar memegang kepalanya yang botak.
"Mana rambut aku?! Kenapa aku botak?" jeritnya. Dia memandang Elly.
"Rambut kau ada, aku nak boleh?" Elly terus mencucuk jarum suntikan ke lengan kawannya.
"Tak pasal-pasal aku makin gila! Kesian kau, ada keluarga tetapi mereka tak nak jaga." Elly menghembuskan nafasnya.
YOU ARE READING
Ustaz Aku Bad Boy ©
RomanceDituduh oleh ayah tiri mempunyai bungungan bersama lelaki, Delilah Alyna dihalau dari rumah dan dihantar ke rumah nenek dan atok dia. Kehadiran seorang ustaz dalam dirinya membuatkan hidupnya di kampung begitu indah. Hari demi hari, hubungan mereka...