Bab dua puluh sembilan

8.9K 397 119
                                    

5 bulan berlalu

"Sayang! Mana bie punya tie?!" soal Faliq dengan nada yang besar.

Aku mengurut dadaku perlahan, hari yang sunyi tiba-tiba ada orang teriak memang sakit jantung!

"Kan sayang dah letak atas katil!" balasku dari dapur dengan nada yang cukup kuat juga.

Nadia yang menunggu makanan sarapan di kitchen island menutup telinga dan mengumpat. "Hari-hari macamni tercabut telinga Nadia."

Sejak pindah dari rumah papa ke rumah baru, hari kami sentiasa ada jeritan orang atas dan bawah... tidak sah kalau tak jerit.

Namun... bukan aku nak buruk sangka tetapi selepas Faliq dapat bekerja sebagai doktor hasil usaha dia dalam bidang bedah... dia nampak lain. Dia doktor on call jadi sekarang memang susah kami nak luangkan masa bersama-sama.

"Nah bie, sayang sediakan nasi goreng. Jom makan," pelawaku apabila melihat dia dengan pakaian yang segak menuju dapur.

"Sayang masukkan dalam bekal jelah. Bie dah lewat." see? Hmmm. Aku mengucup tangannya dan mengikuti langkahnya ke dapur selepas dia bersalaman dengan Nadia yang monyok.

"Mummy... kenapa daddy asyik takde masa nak breakfast dengan kita?" soal Nadia polos. Dia memuncungkan bibirnya.

"Daddy sibuk lah Nadia. Dia tengah usaha cari duit untuk kita," pujukku.

Faliq... kenapa awak berubah sedikit demi sedikit?

"Dok... jomlah kita pergi lepak lunch bersama," pelawa Doktor Khairi.

"Eh aku ingat aku nak balik rumah kejap," tolak Faliq. Dia sudah menghubungi Alyna untuk makan tengahari bersama.

"Alaa kau ni! Chill lah. Isteri kau pasti paham punya. Kau kan doktor," hasut Doktor Khairi.

"Haah Faliq. Jomlah ikut lunch, isteri kan selalu memahami kerja suami," kata Hashifa.

Hashifa memang seorang nurse yang sudah berkhidmat dalam beberapa tahun walaupun dia ada masalah mental namun dia menggunakan orang dalam sebab itu dia dapat berjaya masuk menjadi nurse.

"Ok lah kalau macamtu." Faliq tanpa rasa serba salah mengikut kawannya makan tenghari.

Bluekk.

Aku memuntahkan segala apa yang ku makan dimangkuk tandas. Kali ini kali yang kelima aku memuntahkan isi perut aku.

Badan aku terasa lemah sangat. Tak mampu untuk melakukan apa-apa.

Jam didinding tandas ku tilik.

Jangan tanya kenapa kat tandas ada jam! Hal peribadi!

2:39 petang. Aduhhh Nadia! Terlupa pula aku nak ambil dia! Dengan tergesa-gesa aku melangkah menuju bilik dan menukar pakaian ala kadar dan cukup menutup aurat.

Kereta dipandu dengan laju sebab aku risau sangat kalau hanya tinggal Nadia seorang sahaja dekat tadika. Setelah tiga pulu minit akhirnya aku sampai ke destinasi.

"Nadia! Mama minta maaf sebab lambat ambil Nadia!" Aku terus memeluk badan dia. Nadia hanya ketawa dan mengusap belakang aku.

"Kenapa mama sensitif sangat ni? Kan ada cikgu masih. Janganlah menangis mama, tak mengapa," pujuk Nadia dan mengesat air mata aku.

"Ya puan, lagipula kami tak akan balik kalau penjaga belum ada yang ambil." Aku mengucapkan terima kasih kepada cikgu yang berdiri disebelah Nadia.

Kereta aku berhentikan di hadapan kedai Guardian.

Ustaz Aku Bad Boy ©Where stories live. Discover now