Bab sepuluh

12.4K 560 11
                                    

Aku melihat dia yang sedang duduk dibangka dari dalam kereta. Tersama pula baju yang aku pakai ni dengan warna baju kameja dia. Aku menghembuskan nafas aku. Kenapa dia nampak kacak dengan warna pink? Dengan cap yang diletak secara terbalik. Ah! Iman aku tak kuat! Nak kahwin sekarang ni juga!

Aku keluar dari kereta Mercedes atok dan menyapa dia.

"Ha. Termenung sampai mana?" soalku dan melabuhkan punggungku disisi dia tetapi jauh masih jarak aku dan dia.

"Sampai kita dah kahwin." Aku menjeling dan dan terus bertanya langsung tentnag apa yang dia nak sampaikan.

Kaki dibawa bersila apabila dia ingin memulakan ceritanya.

"Aku tak nak su'udzon tetapi firasat aku kuat mengatakan bahawa dia mempunyai niat lain datang sini. Dia tak rapat kot dengan nenek kau. Tiba-tiba dia datang rumah nenek kau, atok pulak tak ada dekat rumah tadi. Terkejut juga aku. Dia sebenarnya baru sahaja balik Malaysia selepas bertahun kena penjara dekat luar negara. Jadi kau tak rasa pelik ke Alyna?" Mata Faliq bertemu dengan mata aku. Aku segera memalingkan wajah aku menghadap pokok.

"Kenapa tak bagitahu nenek dan atok? Kenapa saya?" soalku penuh curiga.

"Sebab kau- kau dah masuk dalam kehidupan aku," bisiknya perlahan dan menngerutkan dahi aku.

"Hah? Tak dengarlah!"

Throwback beberapa tahun sebelum

"Eh Airy! Lama tak jumpa kau bro!" sapa Faliq dengan mesra.

"Malique! Lama tak jumpa kau. Kau apa citer? Masih ke kau kerja dengan diorang?" soal Qusyairy.

Faliq membawa Qusyairy duduk di restaurant yang berhampiran.

"Aku dah cuci tangan. Aku tak nak terjebak lagi. Aku tak nak buat keluarga aku terancam," jawab Faliq dalam nada yang menyesal

"Asal kau cuci tangan ni. Sejak bila kau dah tak pakai rantai ni Faliq? Kau tak kena bantai ke sebab dah keluar dari geng diorang? Aku masih dekat situ, memang aku bahagia. Sekarang ni senang buat duit dengan diorang." Riak betul cara Qusyairy bercerita.

"Maksud kau?"

"Kau tahu aku selalu tolong diorang jual organ tu kan? Malam tu aku buat kerja gila, gali tanah kubur orang bukan islam demi nak dapat organ tu. Satu organ kalau aku dapat diorang bagi USD 17 000 bro, itu yang buat aku ketagih." Faliq terkejut mendengar cerita Qusyairy

"Astaghfirullah. Airy! Tu mayat tahu tak? Kau tak kesian ke dekat mayat-mayat tu? Ya Allah Airy!" Faliq takt ahu apa yang membuatkan Qusyairy semakin menyimpang sedangkan diorang dulu terjebak sama-sama dah Faliq menyesal kerana pernah menghasut Qusyairy.

"Really Malique? Diorang dah mati bro. Tak sakit punya. Lagi senang kerja aku. Ni, anak angkat Nenek Zahra datang kat aku dia serahkan diri dia dekat aku tetapi lepastu dia menghilangkan sebab kau nak tahu? Lepas 3 bulan kami melakukan tu, dia mengandung dan aku tak nak bertanggungjawab." Tergeleng-geleng Faliq dibuatnya. Kenapa Qusyairy sanggup menceritakan aib dia. Ya Allah.

"Airy! Kau tau tak kau ni makin melampau?! Nenek Zahra percayakan kau! Kenapa kau sanggup buat camtu!" Marah Faliq

"Kau ingat aku rapat ke dengan Nenek Zahra? Aku tak rapat dengan dialah Malique. Itu yang aku berani. Kalau bertegur macamtu sebab tak kan aku nak sombong kan? Ni anak dia kahwin dengan janda. Cantik pula tu. Kalau janda tu dah tua nanti, aku nak try anak dia."

"Airy, sebagai kawan aku hanya dapat menegur kau Airy. Jangan buat macamtu dekat orang. Jangan aniaya mereka. Hentikan nikmat dunia kau. Seksaan Allah lagi sakit Airy." nasihat Faliq.

Ustaz Aku Bad Boy ©Where stories live. Discover now