Bab dua puluh tujuh

9.2K 416 66
                                    

Aku hanya bermain dengan Instagram milik aku. Perut yang berkali-kali berbunyi langsung tidak aku hiraukan. Aku mendengus geram masih tidak berpuas hati dengan perbalahan antara aku dan Faliq petang tadi.

Pesanan dari Faliq aku baca berkali-kali. Ni kalau dia depan aku, memang siap dia aku kerjakan!

Ustaz aku bad boy
Sayang
Bie keluar kejap
Tak lama
Bie belikan sayang makanan
Jangan keluar

Aku memutarkan bebola mata aku berkali-kali. Hashifa ni kenapa tak tahu batasan dia sebagai seorang kawan perempuan? Faliq tu dah ada isteri! Apa pasal nak sangat keluar dengan suami orang?

"Bie, nak malam ni juga keluar bie," rungutku dengan rambut yang dah serabai

"Nanti jelah sayang, jom kita dinner dengan Hashifa. I promise you that she's great person!" pujinya.

"Oh sekarang ni nak puji perempuan lain pula?" soalku dengan tangan yang disilang.

"Apa sayang merepek ni? Sebelum ni tak pun sayang macamni? Kenapa tiba-tiba ni?" Dia bercekak pinggang.

"Yelah, sayang tak kenal dia. Bie pun baru jumpa dia setelah beberapa tahun. Entah-entah dia nak jadi penyondol? Sudahlah sekarang ni bermacam-macam kes penyondolan berleluasa. Sayang, tak nak jadi jan-"

"Alyna! Apa cakap macamtu? Jangan nak suudzon boleh tak? Saya nak jumpa dia sebab dia kawan lama saya sahaja. Bie dah bawa sayangkan, sayang yang tak nak. Itu salah sayang, bukan salah bie. Lagi satu, kenapa nak cakap Hashifa tu penyondol? Dia budak baik tahu tak?" Walaupun kata-kata halus dan perlahan tetapi kesannya amat tajam dalam hati aku. Aku tak dapat terima!

"Entahlah, saya malas nak bertekak dengan awak! Buat jelah apa-apa yang awak suka. Saya larang bukan awak nak dengar." Aku menghilangkan diriku dalam tandas. Harap-harap Faliq pujuk tetapi tidak. Aku mendengar bunyi pintu dibuka dan tidak lama kemudian bunyi kad discan untuk dikunci dari luar.

Aku bangun dari pembaringan dan menukar pakaian aku. Nak jalan-jalan bawah hotel ni, lapar pula. Tak sanggup nak tungguh Faliq yang belum memunculkan dirinya.


"Lama tak jumpa awak. Kenapa tiba-tiba awak menghilang? Belum sempat saya nak ucapkan terima kasih dekat awak masa tu," rengek Hashifa.

"Ada urusan yang mendadak. Kau apa khabar?" soal Faliq. Sesekali matanya melirik jam ditangan.

"Baik sahaja. Eh lupa pula, mana isteri awak?" soal Hahsifa dengan mata yang melilau.

"Dia rehat kat hotel. Letih katanya," tipu Faliq. Hashifa menganggukkan kepalanya, dalam hati bersorak riang apabila dia dapat meluangkan masa berdua dengan Faliq.

"Awak orderlah. Saya belanja," pelawa Hashifa dengan senyuman manis dia.

Tiba-tiba seekor nyamuk hinggap di tangan Faliq tanpa disedari olehnya.

Pappp

Hashifa menampar nyamuk yang berada di tangan Faliq yang terdedah. Maka Hashifa pun mengambil kesempatan untuk memegang tangan Faliq.

"Apani Hashifa? Tak elok!" tegur Faliq dan menarik tangannya pantas. Tak selesa pula dia.

"Maaf, saya tampar nyamuk tu je." Walaupun dalam hati Faliq sudah berasa lain macam namun dia berharap makan malamnya ini cepat-cepat selesai.

"Aku balik dulu ye." Faliq meminta diri.

"Eh Faliq! Makanan awak tak habis lagi ni. Makanan saya juga belum sampai!" Namun panggilan Hashifa langsung tidak dibalas oleh Faliq. Kakinya laju berjalan menuju hotel yang hanya beberapa meter sahaja.

Ustaz Aku Bad Boy ©Where stories live. Discover now