Nadia yang berada dalam gendongan Abang Amir itu aku tatap lama. Tadi bukan main dia menangis sambil bertanya aku nak pergi mana dengan bawa bagasi. Nadia juga terus berlari mengambil beberapa pakaian dia untuk dimasukkan dalam bagasi namun selepas berjumpa Abang Amir terus tak jadi menangis.
"Nadia jangan nakal-nakal," pesanku. Dahi Nadia aku kucup.
"Ya mama. Nadia tak nakal." Nadia mencium tangan aku kemudian dia pergi mencium tangan Faliq.
"Nanti Nadia main dengan achik dan achu tau. Esok lusa Nadia tidur dengan diorang. Happy tak?" soal Faliq. Kepala Nadia digosok.
"Yay! Main dengan achik dengan achu! Seronok! Nak main dengan arnab daddy juga!"
"Hati-hati dekat sana tau. Jaga diri, jaga anak papa ni," pesan papa.
"In shaa Allah pa." Apabila sudah diumumkan bahawa gate sudah dibuka, aku dan Faliq melambai keluarga kami.
"Giliran Ayyash lagi kena dukung!" jeritan Aryash sangat kuat. Aku hanya ketawa melihat karenah anak buah aku itu.
Pinggang aku dipeluk dengan tangan kanan Faliq. Aku juga memeluk pinggangnya. Hidung aku digesel dibajunya, wangi!
"Sayang, perangai tu kawal sikit. Gatal nau!" tegur Faliq. Tangannya mengusap tepi pinggang aku. Aku hanya ketawa.
"Penatnya." Aku menghempas diriku diatas katil yang ditabur bunga mawar.
"Sayang! Tak sempat nak gambar!" rungut Faliq. Tangannya sudah bersedia dengan kamera jenama Canon yang baru dibeli.
"Nak gambar buat apa bie? Jomlah baring! Nak peluk bie!" Aku juga turut merengek. Faliq meletakkan barang yang dibawa dan dia melompat naik atas katil. Kepalanya dibaringkan atas dada aku. Tangannya memeluk pinggang aku.
"Manjanya bie," ujarku perlahan. Tanganku mengusap perlahan rambutnya. Faliq hanya mengumam.
"Sayang, seronok juga dah halal hmm. Nak pegang tak rasa serba salah."
"Bie, dah bernanah sayang dengar bie asyik cakap macamtu. Betul-betul rasa halal ke bie sayang ni?" soalku.
"Hmm. Tak pernah lagi bie bercinta yang."
"Sama juga. Sayang tak pernah."
"Untunglah kan kit ani, we are each other first. Sayang jaga diri sayang untuk bie dan bie juga jaga diri bie untuk sayang." Ubun-ubun aku dikucup. Tangannya naik mengusap rambut aku.
"Nak rehat dulu atau nak jalan-jalan?" soal Faliq. Suaranya sungguh gemersik menampar gegendang telinga aku.
"Jalan-jalan. Sayang lapar," rungutku perlahan tetapi malas nak bangun.
"Ok jom, kita pergi makan dulu." Aku bangun dari pembaringanku dan menuju cermin ingin membetulkan tudung yang sudah senget.
"Sayang... tolong tarik tangan bie untuk bangun. Tak ada energi nak bangun ni," rungut Faliq dengan suara yang dilemahkan.
"Manjanya suami orang ni," komenku dan melangkah ke katil.
"Suami orang? Siapa?" soal Faliq dengan suara yang dibuat-buat berfikir.
"Suami sayanglah!" Aku menarik tangannya.
"Siapa sayanglah tu eh." Faliq berdiri dan mendongakkan wajah aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/148640888-288-k232337.jpg)
YOU ARE READING
Ustaz Aku Bad Boy ©
RomantizmDituduh oleh ayah tiri mempunyai bungungan bersama lelaki, Delilah Alyna dihalau dari rumah dan dihantar ke rumah nenek dan atok dia. Kehadiran seorang ustaz dalam dirinya membuatkan hidupnya di kampung begitu indah. Hari demi hari, hubungan mereka...