Bab sembilan belas

9.9K 515 64
                                    

"Ghufaira! Aku nak kau cepat-cepat kahwin dengan Faliq!" arah Qusyairy. Dia tak boleh tengok Ghufaira seperti tiada progress langsung!

"Tapi you mama dia kata tu-"

"Aku tak nak dengar sebarang bantahan Ghufaira! Aku nak plan A ni berhasil juga!"

"Tapi-"

"Kau tahu tak Faliq tu dah ingat? Dia tak amnesia pun Ghufaira!" herdik Qusyairy. Makin lama semakin dia stress dengan Ghufaira.

"Mana awak tahu?" soal Ghufaira.

"Tak penting aku tahu dari mana. Aku nak kau kahwin dengan dia secepatnya dan senang kerja aku nak hancurkan Delilah!"

Ghufaira memandang Qusyairy lama. Sebenarnya dia tak mampu nak teruskan rancangan gila Qusyairy. Dia tak sayang Faliq. Tapi dia sayang Qusyairy, lagi-lagi... dia mengandung anak Qusyairy .


Aku hanya mendengar perbincangan pekerja aku. Banyak pula agenda yang dibicarakan dekat minit mesyuarat kalini.

"Jadi, Sumayyah akan email dekat awak semua tentang minit mesyuarat kita hari ni. Ada apa-apa lagi soalan sebelum kita tutup mesyuarat kita dengan surah al-asr?" soalku sambil mata memandang mereka.

Mereka menggelengkan kepala.

"Saya harap semua masaalah yang dibincangkan dalam mesyuarat tadi tidak akan berulang. Aryad sila baca surah al-asr kemudian awak stay." kataku sambil memandangnya tajam

"Ye kenapa p-puan?" Aryad sedaya upaya mengawal raut wajahnya. But he forgot that eyes never lie.

"Awak ni kawan Faliq kan? Dia suruh awak tengok-tengok saya kan kan kan?" soalku.

"Faliq siapa tu? Saya hanya kenal Malique- eh Ya Allah! Yad Yad! Malique ni pun! Dah tahu aku tak pandai skodeng bini orang," rungut Aryad

"Habis tu kenapa kau setuju?"

Penggunaan awak saya sudahpun ditukar selepas mengetahui dia dan Faliq berkawan.

"For my beloved friends. I'll do anything," katanya dan mengesat air mata palsunya.

"Eh kejap kejap. Asal aku pernah nampak kau eh? Eh kau ni bukan owner gym dekat kampung ke? Kenapa kau kerja sini?" soalku bertubi-tubi,

"Kan aku dah kata Malique yang paksa aku lagipula kau ingat jadi owner gym ni sibuk sangat? Aku hanya bagi tugas aku dekat assistant aku. Rezeki aku makin bertambah."


Perut yang sakit aku tekan. Tangan aku juga mencengkap kulit perut aku. Perut aku memulas seperti nak berak tetapi tak nak keluar!

"Mummy! Sakit perut!" luahku dengan nada perlahan. Dah banyak kali aku ulang-alik dari tandas namun hasilnya nil!

"Dah berapa hari kamu tak berak ni Dell? Belum jara betul perut kamu ni." Tangan mummy mengurut perut aku dengan minyak panas.

"Mama ok ke? Mama nak Nadia urutkan apa? Ke mama nak Nadia dodoikan Mama?" Nadia memegang tangan aku.

"Tak nak. Dah berkali kali-"

"Dah berkali-kali kau buat lagi! Tolong! Tolong! Berak!" nyanyi Waiz disebalik pintu ku.

"Waiz! Jangan kacau aku! Pergi sana! Aku potong gaji kau! Sumpah! Waiz!" jeritku.

"Dah berkali-kali Dell masuk tandas tapi tak nak berak!" balas Waiz lagi.

"Jom mummy bawa pergi hospital."

Ustaz Aku Bad Boy ©Where stories live. Discover now