Bab enam

12.8K 568 56
                                    

Faliq Aiman Malique POV

Delilah Alyna. Secantik orang nya. Beautiful eyes. Tanpa aku sedari aku tersengih sambil bermain dengan jari ku yang kotor diakibatkan aku makan pakai tangan.

"Faliq. Kenapa tersengih sengih macam kerang busuk tu? Dan kenapa main ngan tangan. Pi letak pinggan kat dapur" Soalan mama menyedarkan ku dari lamunanku. Alyna, kenapa wajah kau selalu bermain di kepala aku? Astaghfirullah. Aku segera menggelengkan kepala aku dan berdiri dari dudukku untuk bersiap-siap nak pergi masjid

Aku melompat naik ke atas katil ku. Lega! Nikmat! Setelah berjam-jam aku memberi ceramah kat 2 masjid tu aku rasa lega. Aku menutup mata aku perlahan. Allah biarkan orang pandang aku dengan pandangan baik sebab Allah tutup aib aku. Andai aib aku tersingkap, gelaran ustaz memang tidak layak buat aku.

14 45 p.m.

Aku segera mandi dan menukar pakaian ku dengan singlet hitam dengan seluar panjang berwarna hitam.

It's gym time!

Hoodie hitam aku pakai untuk melapis singlet aku dan kunci jenama audi diapai.

"Abang nak pergi mana?" soal Amira yang berada di ruang tamu.

Aku memakai cap adidas dan mengenyit mataku. Dia tahu rutin petang aku sebe,um asar pergi gym lepastu dia tanya lagi.

"Ee geli bodo! Tak hensem langsung!" maki Amira dan kembali membuat kerjanya yang terbantut.

"Ma, Liq pergi gym dulu ye." Aku mencium dahi mama lama

"Ha. Elok elok bawa kereta tu. Lagi satu jangan lupa nanti malam kamu di panggil ke majlis tahlil. Jadi, balik awal ye."

Aku angguk dan masuk ke dalam kereta.

Delilah Alyna POV

Aku memakai tudung sarung berwarna biru, beg kecil aku galas di bahu. Sedikit minyak wangi aku sembur dekat tangan dan leher.

"Alyna pasti yang Alyna nak pergi gym?" soal atok. Tadi pagi atok bawa aku jalan-jalan dan terkintas pula sebuah bangunan gym. Jadi aku nak pergi sana.

"Yelah atok. Lemak kat badan ni harus dibakar. Lagipun Alyna dengar gym tu tak bercampur dengan lelaki jadi ok lahkan."

"Hati-hati bawa kereta atok tu. Kalau kamu baik hati, isikan sikit ya minyak kereta atok tu hehe." Atok menghulurkan kunci kereta miliknya dengan sengihan. Aku tahu kenapa atok benarkan aku membawa kereta Mercedes benz dia sebab suruh aku isi minyaklah.

Atok walaupun tinggal dekat kampong, dia memang suka beli mengumpulkan pelbagai jenis kereta dekat sini. Kesemuanya boleh dikatakan begitu mahal.

Setelah sampai ke destinasi, aku keluar dan masuk ke dalam bangunan yang sederhana besar.

Ladies gym

Aku menolak pintu yang bercermin gelap dan hanya ada beberapa orang perempuan melakukan workout.

Aku menukar pakaianku kepada jacket yang ketat, lebih senang untuk keluar peluh. Aku membuka loker yang disediakan dan barang-barang aku letak dalam sana.

Lemak lemaks say goodbye.

45 mins later

Aku terduduk sambil minum air. Kaki aku dah kejang melakukan senaman yang khas untuk bahagian kaki. Aku memandang sekeliling aku yang baru aku perasan semakin gelap. Earbud yang ada ditelinga aku dicabut. Mata aku terpaku melihat papan tanda.

Open 10.00 am till 16.00 pm

Aku terus melihat jam tangan yang berada ditangan kiri aku.

Ustaz Aku Bad Boy ©Where stories live. Discover now