Satu tahun kemudianTernyata menjadi CEO bukanlah pekerjaan yang senang, aku banyak kena hadap pelbagai ragam manusia. Syarikat aku dikhianati oleh pekerja yang aku percayai. Tak cukup aku buat kerja dekat pejabat aku kena sambung kerja di rumah. Tetapi kebanyakkan rakan business aku CEO dia kacak-kacak nasiblah iman aku ni kuat kalau tak semua aku jadikan scandal! Rank syarikat aku juga dah capai top 10, aku turut berbangga dengan semua pekerja aku kerana sanggup percaya dengan kebolehan aku.
Swush
Aku memandang air kolam renang yang terkeluar. Mata aku membulat melihat Nadia yang membaling patungnya dalam kolam renang.
"Eh? Nadia kenapa baling patungtu! Haduh kamu ni pening mama," bebelku dan-
"Ish mama ni! Tipu Nad! Pak Ngah yang ambil Nadia! Mama jahat. Mama janji nak ambil Nadia!" Nadia menghentakkan kakinya di lantai.
Pak ngah dia ni ialah suami kepada angah, ya aku dan angah sudah berbaik selepas sahaja aku menolong dia apabila dia hendak kena ragut. Alhamdulillah kini keluarga aku sudah kembali seperti biasa dan- baru. Kami selalu berkumpul ramai-ramai. Mari aku kenalkan dengan lebih dalam adik beradik tiri aku.
Yang pertama along aku, perempuan. Kedua dan ketiga aku panggil abang. Abang Imran dan Abang Ishak. Mereka sekarang bukan di Malaysia kerana mereka berdua bekerja sebagai FBI di luar negeri. Anak yang ketiga pula angah, keempatkan kembar angah yang sudah tiada di bumi manakala kelima dan keenam lelaki, Abang Amir dan Abang Jaafar. Abang Amir ada je kat malaysia tetapi dia sibuk dengan family nya. Aku pula tak berapa rapat sama dia. Ketujuh ni Kak Alisya, diteruskan pula dengan achik dan keluarlah seorang lelaki yang aku panggil Waiz dan aku yang bungsu.
"Nadia... janganlah merajuk. Mama janji mama akan belikan Nadia kereta mainan baru! I promise!" pujukku. Kalau aku tak pujuk dia, nanti dia akan semakin menjadi-jadi!
"Mummy... where's daddy?" soal Nadia sambil mengelipkan matanya.
"Sayang... nanti Nadia akan berjumpa dengan daddy tau." Aku memeluknya erat. Kecil-kecil dah banyak dugaan. Tak dapat aku bayangkan kalau bukan aku yang jumpa Nadia ni.
"Adedeh. Sakitnya!" Aku memandang tumit aku yang melecet, itulah pakai stokin yang pendek lagi!
Mata aku terpandang bakul besar yang tertutup. Tak pelik cuma ada bunyi tangisan dari dalam bakultu.
"Hue Hue" tangis dari dalam. Ada orang buat social experiment ke macamanani? Ke aku kena prank? Tak bahaya ke? Tetapi entah kenapa hatiku terdetik nak melangkah menuju bakul tersebut.
"Bismillah," kataku perlahan. Aku tiup-tiup juga bakul tu minta-minya benda jahat pergi jauh-jauh.
"Astaghafirullah!" Aku beristighfar!
Seorang kanak-kanak yang didalam umur tiga tahun itu menangis. Muka dia berdarah. Darah kering. Habis lebam muka dia. Takkan kena dera? Kecil masih kot.
"Mana mama awak sayang?" soalku perlahan walau aku tahu tiada jawapan yang akan diberi.
Dia memandang aku kemudian matanya tertutup.
Dari situ aku mula menjadi kan dia anak angkat. Aku pernah juga membuat laporan polis untuk mencari ibu bapa sebenar Nadia cuma tidak dapat maklumat tentang Nadia.
Kan elok aku dapat jaga Nadia dengan suami aku? Namun siapa yang akan jadi suami aku? Faliq? Entah aku juga tidak mendengar akan namanya lagi. Aku juga jarang bersua muka atau bertanya khabar dengan keluarganya dan boleh diibaratkan sepertinya aku dan mereka lost contact.
Faliq Aiman Malique POV
Tak semudah apa yang aku sangkakan. Ingatan aku tidak senang untuk aku ingat. Semua kenangan yang aku telah bina kini sudah menjadi debu yang berterbangan.
![](https://img.wattpad.com/cover/148640888-288-k232337.jpg)
YOU ARE READING
Ustaz Aku Bad Boy ©
RomansDituduh oleh ayah tiri mempunyai bungungan bersama lelaki, Delilah Alyna dihalau dari rumah dan dihantar ke rumah nenek dan atok dia. Kehadiran seorang ustaz dalam dirinya membuatkan hidupnya di kampung begitu indah. Hari demi hari, hubungan mereka...