Bab empat

13.7K 660 129
                                    

Di meja makan, aku hanya tunduk sambil menguis pinggan aku . Tanpa aku sedar hasil aku menguis pinggan ku sebenarnya menghasilkan kebisingan dalam keadaan yang sangat sunyi sepi. Ni kenapa diorang nak juga makan-malam dekat sini? Aku malu betul.

"Alyna, makan lah. Takkan nak kuis pinggan je," tegur atok.

Aku tersentak dan memandang atok.

Semua mata memandang aku yang masih merenung makanan aku.

"Akak tak nak makan ke akak malu?" soal Amira sambil tersengih memandang aku

"Aip Mira apa cakap camtu kat akak," tegur Amara. Kenapa kembar dia tu suka sangat sakat orang.

Amira tersengih dan kembali memakan makanannya.

"Akak Alyna ni memang cantik ke apa?" Amira melontarkan lagi soalan.

"Eh apa Mira merepekni." Aku sebenarnya ingin mengubah topik sebab dapat ku rasakan Faliq tengah merenung aku. Tundukan pandangan ustaz!

Yelah Amira duduk dihadapan aku dan disebelahnya Faliq.

"Eleyh malu lah tu. Abang, Akak Alyna cantik kan?" Amira dan Amara saling mengenyitkan mata mereka sebelum ketawa halus dilepaskan.

"Hah? Haah. Memang cantik", jawabnya dengan selamba. Dia langsung tidak memandang aku apabila dia mengungkapkan pujian itu.

Tekak aku seperti tersekat. Minuman ku tersembur.

"Alyna! Minum tu elok-elok." Nenek menggosok belakang aku. 

Aku hanya tersengih. Malu kalau orang puji kita.

Aku menyuci semua pinggan di dapur. Eloklah lepas makan tidak ada sesiapa yang nak tolong aku. Bagaikan diperhatikan aku terus berpusing ke belakang.

Mata aku memandang tepat matanya yang sudah memandang aku. Badannya disandarkan ditepi pintu dengan tangan kanannya memegang cawan.

Aku kembali berpaling ke sinki, memandang buih-buih dan air yang masih lagi mengalir.

"Awak memang nak tengok sinki tu ke?" Soalan darinya membuatkan aku memandangnya lagi. Kali ini dia sudah bergerak menghampiri aku tetapi masih ada jarak.

Cawan yang dipegang diletakkan berhampiran aku. Aroma wangiannya yang amat mendamaikan menusuk masuk ke dalam hidung aku. Wangi. Tenang. Nak peluk. Eh?

"Tak. S- awak buat apa kat sini?" Aku memandang ke arah lain. Cawan yang dia letak aku ambil. Takkan aku biarkan cawan dia tu tak berbasuh.

Sesekali mata aku melirik dia yang masih menghadap aku, kening matanya lebat, lentikan bulu matanya terkena kacamata yang dipakai apabila mata dikerdipkan. Hidungnya yang memang mancung, bibirnya yang merah seperti buah ceri, rahangnya yang terbentuk tajam dengan beberapa jambang yang ada diwajahnya membuatkan aura kelakian dia menyerlah.

"Awak kerling saya macamtu ingat saya tak nampak? Kalau nak pandang tu, pandang sajalah." Dihujung ayatnya dia ketawa perlahan.

"Saya jaga pandangan mata." Aku mengetap bibirku. Jawapan aku betulah kan?

Dia bergerak kehadapan dan membuatkan aku berganjak ketepi.

"Fal- Faliq," Ujarku perlahan. Aku takut betul dengan dia. Kenapa perangai dia macamtu?

"Wow. My name looks suitable if you're the one who called it." Dia memerangkap aku di sinki.

 Jantung aku juga sudah berdebar dengan laju. Tidak pernah lagi aku serapat macamni dengan mana-mana lelaki.

Aku memandang ke arah matanya. Kalau aku menjongketkan badan aku memang tempah maut!

"Done checking my lips?" Dia menjilat bibirnya. Aku membuntangkan mata aku tanda aku terkejut melihat aksinya yang begitu- tidak senonoh!

Dia melebarkan senyumannya sehingga menampakkan giginya yang dipasang dengan braces. Is it just me that I found something attractive in man when them wearing braces?

"Boleh tak awak jauhkan diri awak dari saya." Aku menolak perlahan dadanya. Tak! Bukan nak ambil kesempatan! Aku langsung tidak selesa dengan jarak antara kami yang sangat rapat.

"Awak takut ke? Awak tak suka? Ke awak nak camni." Tangan kirinya dinaikkan dan diletakkan diatas sinki betul-betul hampir dengan pinggang aku tetapi tidak terkena.

"Huh?" Aku terkejut dengan tingkah lakunya. Dia boleh buat aku sakit jantung juga.

"Was this even much better than before sayang?" Aku terpana mendengar suaranya yang garau bertutur dalam Bahasa Inggeris. Bibirnya betul-betul disebelah telinga aku.

"Faliq!" jeritku perlahan dan menolak badannya kuat dan kalini dia terkebelakang.

Mata hazelnya merenung mata aku, sebelum dia menjauhkan badannya jauh dari aku.

"Haa, tahu takut. Baru usik sedikit." Dia menarik senyuman sinisnya.

"I have your number. I'll call you later. See you... sayang." Dahi aku sudah berkerut. Aku tak faham.

Panahan matanya yang sangat lembut memukau mataku untuk kembali merenungnya

Dia mengenyitkan matanya sebelum keluar dari dapur.

Aku bagaikan dipukau olehnya. Kenapa dia sangat kacak? Title ustaz yang dipegang tidak selaras dengan perilaku yang dia buat kepadaku. Lelaki sepatutnya tidak membuat perkara tersebut kepada wanita yang dia baru kenal. Ke Faliq tu sebenarnya penjahat yang menyamar menjadi ustaz untuk menutup identiti dia? Amira pernah kata bahawa

"Ya Allah budak ni kau dah kenapa terduduk dihadapan sinki ni sambil tersengih? Kena sampuk dengan jin ke kau ni Alyna?" soal nenek sambil bercekak pinggang.

Aku bangun dengan tergesa-gesa sambil membetulkan tudung ku yang senget.

"Jap. Asal kau lain macam je aku tengok kau ni?" Nenek mendekatkan mukanya ke arah ku. Mungkin nenek perasan betapa merahnya wajah aku ketika ini. Aku memandang nenek sebelum membuat ketawa palsu.

"Kenapa bau kau macam bau lelaki? Tak. Macam bau Malique." Nenek sudah memandang aku dengan pandangan seram.

"Ah. Tadi - Atok panggil Alyna tu nek! Bye nek!" Aku terus meninggalkan nenek yang masih terdiam memandang kelakuanku.

Ustaz Aku Bad Boy ©Where stories live. Discover now