Ada perubahan dari segi nama anak-anak Alyna dan Faliq tetapi belum diubah dalam buku Khaliqah Aryash jadi jangan keliru ya.Amalina= Hashlina
Adriana= Hashfina
10 tahun kemudian
Umurku semakin tua, begitu juga dengan Faliq. Aku duduk ditaman rumah kami sambil melihat anak-anak aku dan Faliq bermain.
Banyak yang terjadi pada tahun sebelum ini. Ada yang menyedihkan dan ada yang memberi kemanisan. Yang pahit tu akan dikenang. Ingat lagi tak Abang Im dan Abang Ishak? Yang kerja FBI tu. Mereka terlibat didalam misi dan menjadikan mereka mati. Kubur? Kubur dia kat sana. Nak kubur kat Malaysia tapi tulah proses dia lambat. Lepas ni takde lah nak menceriakan rumah arwah papa. Ya, papa dah meninggal selepas tiga bulan kepergian Abang Im dan Abang Ishak. Papa terjatuh dekat tandas dan menyebabkan pendarahan yang kuat dekat otak dia. Semakin aku tua, semakin banyak yang akan meninggalkan aku tanpa aku sedar.
"Sayang termenungkan apa?" soal Faliq. Kedua tangannya memeluk pinggang aku.
"Takde lah. Tak sangka kan bie, anak kita semakin membesar, kita pula semakin tua." Aku memegang tangannya yang memeluk pinggang aku.
"Ha'ah, tak sangka. Tu tengok lah Nadia tu. Tak lama lagi nak SPM tapi menggatal dengan Aryash. Kalau ikutkan hati bie nak je bie ingatkan dia kisah lama dia tu. Asyik berkepit je dengan Abang Amir lepastu..."
"HAH! GOSSIP TENTANG NADIA EH!!" Suara Nadia memekak dari taman rumah aku.
"Mana ada lah" nafi Faliq dan disudahi dengan ketawa.
"Along apa ni?! Pekaklah telinga Nana kalau along asyik memekak je," rungut Nana atau nama sebenarnya Hashrina. Tu anak aku yang pertama dari benih Faliq. Takkan korang tak ingat Nadia tu anak angkat. Dia pun belum tahu yang dia sebenarnya anak angkat. Aku dah suruh Faliq cari tetapi belum jumpa.
Lepas Hashrina, muncul pula hero kita, Harith. Harith ni umur dia lapan tahun dan Hashrina tiga belas tahun. Yang terakhir pulak perempuan. Baru lima bulan, Hashfina nama yang diberi.
"Mummy! Fina bisinglah mummy!" Harith memekak dari ruangtamu
"Kau janganlah memekak juga. Apesal hari ni korang suka memekak huh?" soal Hashlina dengan nada pasrah.
"Kau pun memekak jugalah Kak Lina oii!"
"THREE OF YOU SHUT UP!" marahku. Baru sahaja aku ingin menegur Harith kerana menggunakan 'kau' dengan kakak dia,
"Sayang pun memekak lah!" ysik Faliq sebelum berlari kedalam ruang tamu untuk mendiamkan Hashfina,
"BIE!!!"
"MUMMY!!!!!!!!!!!"
Selepas menyediakan suami dan anak-anakku makanan breakfast. Aku juga menyediakan bekal untuk Nadia, Hashlina dan Harith.
"Bie! Nadia, Lina, Harith!" jeritku dari bawah. Malas aku nak panggil sopan-sopan.
Setelah lima minit mereka langsung tak turun-turun. Dah kenapa mereka belum nak turun ni?
"Bie dah lambat ni sayang. Pergi dulu! Nadia, Lina, Harith! Cepatlah Daddy dah lambat!" Faliq terkialkial memakai kasutnya sambil mulutnya penuh dengan biscuit. Tangannya juga membawa kot doktor dia.
"Bye mummy!" Anak-anakku beratur untuk bersalam dengan aku.
Baru sahaja aku nak bersalaman dengan Faliq,
Bammm
Pintu rumah ditutup kasar oleh Faliq. Faliq ni dah kenapa buang tabiat ke dia?
Aku pandang jam kat dinding
YOU ARE READING
Ustaz Aku Bad Boy ©
RomanceDituduh oleh ayah tiri mempunyai bungungan bersama lelaki, Delilah Alyna dihalau dari rumah dan dihantar ke rumah nenek dan atok dia. Kehadiran seorang ustaz dalam dirinya membuatkan hidupnya di kampung begitu indah. Hari demi hari, hubungan mereka...