Aku membaling phone aku apabila tidak mendapati mana-mana cerita yang best. Dahlah aku tak tahu nak buat apa. Nak tolong atok dekat kebun, dia siap kata tidak boleh sebab kesemua yang ada dikebun lelaki. Nenek pula tengah berehat selepas memasak. Padahal aku yang memasak, dia yang letih. Mungkin dah tu. Aku terkenangkan perbualan aku dengan nenek.
"Amboi kau Alyna. Gatal kau dengan Malique." Aku yang memain PUBG pun terhenti. Kening aku terangkat.
"Apa nenek merepek ni?" Aku menggaru kepala aku. Dahlah aku tengah nak masuk zone.
"Eleh kau. Kau sengajakan tak pandai kupas kulit udang sebab kau nak Malique kupaskan kann?" usik nenek lagi. Kalini dia mencucuk bahu aku.
"Atokkkkk. Tengoklah nenek ni. Alyna tak sengaja pun. Lagi lagi tangan Alyna gatal tau kalau kupas kulit udang!" aduku kepada atok yang membaca buku islam. Atok hanya menggelengkan kepala dia.
"Dah lah tu Zahra oii. Kesian Alyna awak usik," tegur atok sebelum dia kembali meneruskan aktiviti dia.
"Alyna." Pintu aku diketuk perlahan. Aku meraup wajahku dan bangun dari pembaringanku.
"Jom keluar. Ada tetamu." Aku hanya mengangukkan kepala. Faliq lagi ke? Hari-hari dia nak datang aku takt ahu apa tujuan dia.
Aku pantas mengambil shawl hitam dan ku lilit malas. Kaki aku menuju ruang tamu.
Mata aku terpaku melihat tetamu tersebut.
"Oh Dell! Angah rindu dekat kau." Angah memelukku kuat. Aku hanya membiarkan dia memeluk aku. Tidak ada rasa hendak membalas pelukan dia itu.
"Aku lagi suka kau duduk dekat sini selamanya," bisiknya dengan nada yang keras tetapi lembut sehinggakan hanya kau yang dapat mendenggar apa yang dia bisikkan.
Aku lantas menolaknya kasar sehingga dia terkebelakang.
"Kenapa tolak angah tu Dell? Angah peluk Dell je pun!" marah papa.
Aku tak peduli dengan kata-kata papa malah aku berlari ke arah mummy.
"Mummy! Dell rindu sangat sangat dengan mummy." Aku memeluk erat tubuh mummy.
"Mummy pun rindu dengan Delilah." Mummy menangis dibahuku.
"Jangan nak buat jejak kasih kat sini," tegas papa. Jelas dari raut wajahnya dia tidak suka melihat aku dan mummy macamni.
"Biarlah mereka nak buat jejak kasih. Ni rumah aku. Aku izinkan," ujar atok dengan nada yang tegas
"Buat apa kamu kesini?" soal nenek. Nenek hanya memandang angah yang beria-ria nak megambil perhatian nenek.
"Sebenarnya Khuzail nak jumpa ustaz yang ayah ceritakantu. Sebab Khuzail nak dia bimbing angah," ujar papa dan memandang angah yang tersipu malu. Hujung tudungnya dimainkan.
"Banyak lagi ustaz lain yang sesuai dengan anak kamu. Aku tak rasa dia nak anak kamu yang itu," kata atok.
Diam-diam aku terfikir ustaz yang mana telah atok ceritakan kepada papa?
"Assalamualaikum," sapa seseorang di tangga rumah
"Eh Malique." Faliq senyum ke arah nenek dan bersalam dengan atok dan papa. Dia memandang aku seketika sebelum aku mengalihkan pandangan mata aku.
"Ni ke ustaz dia?" soal papa. Sneyuman bahagia dia tayangkan kepada Faliq
Faliq yang baru duduk di sebelah aku terkejut, serta merta aku menjarakkan badan aku dari dia. Memang sebelah aku ni kosong. Sofa lain sudah diduduki oleh ahli keluarga aku. Nasib baiklah sofa ni memuatkan 3 orang jadi aku mengambil yang hujung sekali begitu juga dia.
YOU ARE READING
Ustaz Aku Bad Boy ©
RomanceDituduh oleh ayah tiri mempunyai bungungan bersama lelaki, Delilah Alyna dihalau dari rumah dan dihantar ke rumah nenek dan atok dia. Kehadiran seorang ustaz dalam dirinya membuatkan hidupnya di kampung begitu indah. Hari demi hari, hubungan mereka...