"Aku nak kau melutut dihadapan isteri aku," kata Faliq dengan tegas. Aku hanya memerhatikan kelakuan Faliq yang 180 darjah berubah.
Hashifa yang sudah lemah itu hanya menurut perintah dengan muka dia yang lebam-lebam.
"Aku minta maaf Alyna! Aku menyesal. Aku menyesal sebab rampas suami kau siap aku upah orang untuk telefon JAIS." Hashifa memeluk lututku.
"Hashifa bangun. Semua orang buat salah Hashifa. Bangun," kataku sambil memegang bahu dia untuk bangun.
Aku menjeling Faliq. Aku marah dia lagi ni. Kenapa sanggup dia buat begini?
"Itu Mighael. Lelaki yang nak sayang tu" kata Faliq menyampah
Shit!
"Bie! Kenapa buat sampai macamtu? Ya Allah bie! Kesian diorang. Tak payah macamtu! Apa bie fikir sampai macamni? Bie ingat bie tuhan ke nak menghukum diorang?! Tahulah dulu bad boy tetapi janganlah macamni bie! Langsung taka da hati perut!" tengkingku.
Faliq kelihatan tergamam melihat aku pertama kali menengkingnya kerana dia buat begitu.
Aku segera mengambil phone aku untuk menelefon ambulance. Tanpa aku sedar ianya boleh membuatkan Faliq masuk penjara. Nasib baik ada yang menghalang aku,
"Kau tak yah call lah perempuan. Aku ada bawa paramedics. Tak sangka lah aku. Kau sanggup tengking suami kau en. Hmm kesian kau. Suami sanggup buat apa saja untuk isteri. Tapi alihlih ni yang Malique dapat. Hahahah." Sindirnya.
"Mikael!" Dapat ku dengar suara Faliq sedang menahan marah
"Lek ah Malique. Aku cuma cakap yang benar. Isteri kau ni tak tahu langsung apa erti pengorbanan seorang suami," perli Mikael lagi.
Ahhh.! Sakit nya hati.
Aku memandang Mikael tajam.
"Aku tahu cuma cara ni salah kau tahu tak? Kalau kacau sikit aku boleh terima ni teruk dah! Tu Hashifa ada penyakit mental. Bila-bila sahaja dia boleh naik gila kau tahu tak? Siapa nama kau? Mi- Mikael? Kau yang tak faham apa sebenarnya pengorbanan," balasku balik.
Pusing kekiri, pusing kekanan.
Aku tak dapat tidur. Macamanani?! Aku tak nampak Faliq! Sejak Hashifa dan Mighael sudah dirawat oleh paramedics yang merangkap 'kawan-kawan' Faliq tu. Failq menghilangkan dirinya. Alaaa aku baru je habis merajuk! Pastu dia pulak merajuk. Tapi memang salah aku kan? Baby! Daddy awak merajuk lah! Apa patut mummy buat? Aku mengusap perutku.
"Walau apapun juga. Suami tetap suami. Syurga berada dibawah tapak kaki suami. Ingat! Kalau dia ada salah tegur. Begitu juga dengan suami. Pengorbanan suami juga besar. Mencari rezeki untuk dapat harian mereka."
Kata-kata mummy tiba-tiba muncul dalam benak fikiranku! Huaaa.
"Bie." Aku segera memanggilnya apabila dia membaringkan badannya sebelah aku.
"Hmm," balasnya sambil menutup mata.
"Bie marah sayang ke? Sebab sayang tengking bie?" Aku mengerdipkan mata.
Dia diam.
"Baby," rengekku.
Aku mengusap pipinya. Jambang halus yang tumbuh dimukanya aku main dengan lembut.
Tanganku turun ke dadanya yang terdedah. Aku ada bagitau tak yang dia ni shirtless? Ha. Dah bagitaulah ni.
"Don't tease me sayang."
Tapi aku tetap degil.
"Bie tak nak layan sayang." Aku melabuhkan ciuman di bahunya.
"Sayang...Please." Tanganku yang menerokai tadi dipegang.
YOU ARE READING
Ustaz Aku Bad Boy ©
RomantizmDituduh oleh ayah tiri mempunyai bungungan bersama lelaki, Delilah Alyna dihalau dari rumah dan dihantar ke rumah nenek dan atok dia. Kehadiran seorang ustaz dalam dirinya membuatkan hidupnya di kampung begitu indah. Hari demi hari, hubungan mereka...