Setelah menghantar Ghufaira dan Bilal di airport. Aku juga turut bersimpati terhadap Ghufaira. Dia akan membesarkan anak dia keseorangan. Cuma, aku juga terfikir akan masa hadapan anak dia. Mampukah dia besar tanpa ada kata-kata negative yang dilempar.
Apa yang lebih mengejutkan lagi, Qusyairy juga disahkan mempunyai masaalah mental dan ini akan membuatkan tempoh dia dipenjara akan dikurangkan. Dia juga akan dijaga dan dipantau oleh pihak hospital yang bertanggungjawab.
"Dah janganlah nangis Alyna. Kau ni pun cengeng." Faliq menghulurkan tissue kepada aku. Aku hanya menjelingnya. Ghufaira sebenarnya baik namun kerana cinta, dia sanggup berubah.
"Nenda! Nadia rindu dengan nenda!!" Nadia berlari ke arah mama dan memeluknya.
"Aik dengan nenda je? Dengan atok boy tak rindu?" soal ayah pulak.
"Hehehe Nadia rindu semua orang!"
"Nadia!!!" Amira dan Amara jerit serentak.
"Akak Amira? Eh Akak Amara?" Nadia memegang kepalanya. Dia masih keliru macamana nak bezakan si kembar berdua.
"Mummy! Nadia belum dapat tahu Akak Amira dan Amara mana satu," Adu Nadia sambil menarik baju aku. Dia juga sudah bertekad ingin memanggil aku dengan gelaran mummy.
"Quiro, Aniq. Duduk sini. Kesian dekat korang berdiri je sebab Nadia," jemput papa.
"Faliq tak dapat datang hari ni. Dia ada interview kerja kot," kata ayah
"Yeke? Dia interview apa?" soal mummy.
"Tak silap I lah kan, dia interview doktor. Eh! Alyna! Mama tak sepatutnya bagitahu. Faliq nak surprised dekat Alyna yang dia dapat jadi doktor." Mama menggaru kepalanya.
Mata aku terbuntang.
"Akak Alyna jangan lah terkejut. Memang Abang ada ijazah dalam bidang biologi," ketawa Amira.
"Alyna tolong bawa budak-budak main sebab kami nak berbincangan tentang kamu berdua. Hanya berbincangan dari orang tua," arah papa dan aku membawa Amira, Amara dan Nadia pergi keluar dari ruang tamu menuju bilik entertainment.
"Chantiaq! Tak lama lagi mummy kita nak kahwin dengan daddy. Chantiaq pulak? Bila nak cari suami?" Nadia membuka kurungan Chantiaq dan telinga Chantiaq ditarik-tarik perlahan.
"Comelnya arnab! Kat rumah ada dua ekor arnab tetapi seekor dah Abang Liq jual, hanya tinggal arnab Jantan bewarna putih juga." Amira duduk sebelah Nadia dan tangannya juga mengudap badan Chantiaq.
"Betul! Nantia kahwinkan jelah Chantiaq dengan arnab Abang Liq tu. Chantiaq pasti suka sebab dia kacak!" Amara dan Amira terus ketawa.
Aku memandang si kembar bersama gelengan. Ada-ada sahaja perangai mereka berdua ni.
"Ni siapa nama arnab Abang Faliq?" soalku.
Amira dan Amara berpandangan.
"Aiman."
"Serius ar? Nama dia kot dia panggil dekat arnab." Aku ketawa. Haih Faliq Faliq.
"Tulah kak,kitorang pun terkejut"
Lawaklah awak ni Faliq.
Sumayyah menutup matanya seketika bagi merehatkan kepalanya dan tangannya yang dari tadi mencatat tarikh-tarikh meeting Alyna.
"Penat ke?"
Sumayyah memandang belakangya. Secara automatic dia melepaskan nafas lega. Ingatkan siapa yang tegur dia pada pukul 5 petang ni.
YOU ARE READING
Ustaz Aku Bad Boy ©
RomanceDituduh oleh ayah tiri mempunyai bungungan bersama lelaki, Delilah Alyna dihalau dari rumah dan dihantar ke rumah nenek dan atok dia. Kehadiran seorang ustaz dalam dirinya membuatkan hidupnya di kampung begitu indah. Hari demi hari, hubungan mereka...