Pandanganku aku alihkan daripada melihat dia. Tak sangka! Dia mengambil kesempatan didalam kelembutan aku! Baby, daddy awak jahat! Daddy dah tak sayang mummy!Hampir luluh jantung aku apabila menerima panggilan daripada mama.
"Sayang... I can explain it. I did nothing to her sayang," rayu Faliq. Rayuan Faliq tidak aku endahkan.
"I need some times. Please, saya juga ada hati dan perasaan. Awak tahu tak betapa sakitnya saya menunggu awak sampai semalam? Tapi apa yang saya dapat? Dapat aduan awak bermaksiat adalah! Sudahlah. Bagi saya tenang dulu Faliq, buat masa sekarang jangan dulu jumpa saya," ujarku melangkah pergi. Biarlah aku bersendiri dahulu walaupun aku patut dengar penjelasannya tetapi entahlah aku belum bersedia.
Faliq Aiman Malique pov
Kurang ajar punya betina! Kau tunggu! Kau tunggu! Kau lupa samseng jalanan lagi takut dengan aku Hashifa.
Aku menunggu ketibaan seseorang untuk datang dalam mamak.
"Yo! Bro! Nak apa?" Soal si dia sambil bersalaman dengan aku.
"Aku ada kerja nak bagi kau," ucapku tegas
"Pergh mantap! Ada orang kejutkan harimau tidur!" Ketawanya dan senyuman sinisnya ditarik.
"So what's my job?" soalnya dengan nada serius.
"Aku nak kau gertak sedikit dia ni. Muka lawa tapi busuk dan bawa dia ke tempat biasa," arahku.
"Malique Malique, patutlah dulu head berkenan sangat dengan kau. Terkejut dia apabila kau jadi ustaz dekat kampung." Mikael menggelengkan kepalanya. Terus terkedu head of group dia. Terus istighfar lepas tahu.
"Kau cari juga lelaki yang bernama Mighael. Aku nak kau siasat mereka berdua. Pastikan lengkap!" Mikael mengerutkan dahinya, boleh pula nak tersama nama.
"Sayang... sayang kat mana?" Aku mengusutkan rambut aku. Alyna tak balik rumah, begitu juga dengan Nadia.
"ARGHHHHHH!" Cermin tandas aku tumbuk. Masih teringat semasa aku masuk kedalam rumah. Peti sejuk aku buka dan pelbagai makanan ada disimpan. Sengsara aku rasakan apabila mengetahui bahawa Alyna tengah mengandung dan semalam itu dia nak bagi kejutan kepada aku tetapi aku pula yang bagi kejutan pada dia.
Phone aku bergetar menandakan ada panggilan masuk.
Mikael?
"Malique. Aku dah ada maklumat tentang lelaktu. Dia bersubahat dengan siapa nama minah tu? Hashifa? Hah begitulah," ujar Mikael.
"Bawa dia ke tempat korang. Aku nak pinjam. Dah dapat dia, aku nak kau bagitahu." Aku menutup mata aku. Gelora amarah bergelojak.
"Ok. Roger."
Kau takkan terlepas lah Mighael. Dan kau Hashifa. Riwayat kau tinggal dihujung tanduk kau! Kau memang lupa yang aku bukanlah baik sangat. Kau pancing aku, dan kau patut tanggung kesudahannya!
"KENAPA KAU KACAU ISTERI AKU!" jeritku.
"Buat apa aku nak bagitau kau? Hahahah. Tak ada manfaat pun aku nak bagitau kau." Mighael hanya ketawa walaupun badannya sudah sakit menerima betapa seksanya kena tumbuk dan tendang berkali-kali.
Aku senyum sinis. Aku mencapai pisau kecil dan aku tusuk lengannya tanpa berpikir dua kali.
"ARGH SAKIT! SAKIT!"
Lemah.
"HUJUNG PISAU KOT! TAK SANGKA AKU KAU NI LEMAH SANGAT!" herdikku lagi.
"Mighael, sangat lemah kau ni," bisikku keras di hadapan wajahnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/148640888-288-k232337.jpg)
YOU ARE READING
Ustaz Aku Bad Boy ©
RomanceDituduh oleh ayah tiri mempunyai bungungan bersama lelaki, Delilah Alyna dihalau dari rumah dan dihantar ke rumah nenek dan atok dia. Kehadiran seorang ustaz dalam dirinya membuatkan hidupnya di kampung begitu indah. Hari demi hari, hubungan mereka...